Uncategorized

“Anak-anak belum tahu lagi…” – Shuib cakap bila dia nak beritahu berita sed1h tersebut

PEMERGIAN Siti Sarah Raisuddin pada pagi Isnin masih belum diketahui oleh anak-anaknya yang kini berada di rumah.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu yang ditemui mStar selepas selesai proses pengebumian kira-kira pukul 1.20 petang Isnin berkata, dia akan memberitahu berita sedih itu kepada tiga anaknya setibanya di rumah nanti.

“Buat masa ini anak saya belum tahu lagi, sekarang ni saya nak balik dan akan beritahu mereka, InsyaAllah.

“Doakan urusan saya dipermudahkan dan terima kasih kepada semua yang terlibat yang bersusah payah untuk isteri saya sepanjang proses ini,” ujarnya kepada mStar.

Siti Sarah, 37, menghembu.skan naf4s terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke pusat peribatan berkenaan pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan yang kini masih dipantau di PPUKM, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

“Berbual Soal Kematian, Arwah Ada Menyebut Keinginan..” Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib Buka Mulut

Pelawak Shuib Sepahtu mendedahkan dia dan tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, ternampak arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, 37, mengalirkan air mata sewaktu sedang nazak.

Situasi itu berlaku ketika panggilan video terakhir dibuat mereka sewaktu arwah berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), semalam.

Kata Shuib, 37, titisan air mata arwah seperti membayangkan dia sedang mendengar apa yang dibualkan mereka.

“Dengan bantuan jururawat dan doktor, saya membuat panggilan video, itulah kali terakhir saya dan anak-anak dapat menatap wajah arwah ketika masih bernyawa.

“Ketika itu, saya nampak air mata berlinangan di pipinya, seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengannya,” kata Shuib memetik laporan BH Online.

Shuib menambah, kunjungannya ke hospital untuk menjenguk arwah bagaimanapun berbalas hampa kerana tidak diberi peluang memasuki bilik arwah ditempatkan.

“Saya sempat ke hospital selepas anak-anak tidur dan selesai majlis bacaan Yassin dan doa selamat, malam tadi.

“Bagaimanapun, saya tidak dibenarkan bertemu arwah. Saya kemudiannya berpatah balik ke rumah,” katanya.

Dia yang pasrah dengan ketentuan takdir, memberitahu, sukar baginya untuk menyampaikan perkhabaran sedih itu kepada tiga anak kecil mereka.

“Cuma, cabaran saya untuk memaklumkan kepada tiga cahaya mata mengenai ketiadaan arwah ibunya,” katanya.

Sementara itu, ulasnya, jenazah bakal ditayammum dan disolatkan di hospital tersebut dalam lingkungan pukul 10 pagi.

Katanya, arwah juga ada menyatakan keinginan untuk ditempatkan di sebelah kubur arwah ibunya apabila ajal menjemput.

“Jenazah arwah akan dikebumikan bersebelahan kubur arwah ibunya di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 12 tengah hari ini.

“Arwah memang minta dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya.

“Jika berbual soal kematian, arwah ada menyebut keinginan disemadikan di sebelah kubur arwah ibunya,” katanya.

Bertekad meneruskan perjuangan membesarkan keempat-empat anak mereka, Shuib mendedahkan kisah di sebalik nama ‘Ayash Affan’, bayi yang dianugerahkan kepadanya pada Jumaat lalu.

“Arwah menghadiahkan saya dengan kehadiran Ayash Affan yang lahir pada Jumaat lalu. Arwah bergelut untuk menyelamatkan anak kami. Nyata, Allah lebih menyayanginya.

“Nama Ayash Affan itu sendiri menjadi pilihan arwah kerana menurut pembacaannya, nama berkenaan mengenai seorang pejuang di Wilayah Gaza,” katanya.

Shuib membuat kenyataan sewaktu ditemui di kaunter bilik jenazah HCTM, pagi tadi.

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi di ICU, HCTM kerana dijangkiti COVID-19.

Penyanyi lagu Semakin itu koma dan ditidurkan lebih 48 jam sebelum pergi buat selama-lamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *