Uncategorized

Baru Je Menang Pingat Perak, Sekali Ada Yg Pertikai Kos Bangunkan Basikal Azizulhasni, Shah Firdaus

Kuala Lumpur: Ketika ramai berbangga dengan pencapaian pingat perak diraih Datuk Azizulhasni Awang dalam acara keirin di Olimpik Tokyo 2020 hari ini, ada pihak mempertikaikan kos membangunkan basikal miliknya dan seorang lagi pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim menerusi hantaran di Facebook berkongsi artikel mengenai kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) berjumlah RM13 juta antara Institut Sukan Negara (ISN) dengan syarikat dari United Kingdom, TOTALSIM Ltd., yang mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan aerodinamik untuk menghasilkan basikal kedua-dua jaguh negara itu.

“Walaupun ini berita tahun lalu, tetapi ia mula menjadi perhatian sekarang. Sepanjang saya menyokong kejayaan pasukan kebangsaan kita dalam sukan, saya rasa ia berlebihan melihat kepada keadaan negara kita sekarang.

“Bayangkan RM13 juta, berapa banyak mulut boleh diberi makan? Saya minta maaf kerana saya mendapati ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya.

Untuk temasya Olimpik Tokyo 2020 kali ini, Azizulhasni dan Shah Firdaus menggunakan basikal WX-R Vorteq bernilai RM300,000 sebuah dengan setiap pelumba dibekalkan tiga basikal berkenaan.

Basikal berkenaan diperbuat daripada bahan karbon fiber yang lebih keras, tetapi ringan dengan menggunakan teknologi aerodinamik terkini untuk memastikan rintangan angin lebih rendah.

Berdasarkan syarat Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), jentera digunakan bagi Sukan Olimpik perlu berada di pasaran, dan basikal model WX-R Vorteq itu sudah berada di pasaran sejak 1 Januari tahun lalu.

Di sebalik pelaburan besar itu, ia dilihat berbaloi dengan pencapaian Azizulhasni meraih perak ketika dia sebenarnya mampu untuk memenangi emas, namun tidak bernasib baik pada perlumbaan hari ini.

Azizulhasni dedah ‘jentera’ direka dengan kos RM13 juta untuk buru emas di Olimpik Tokyo

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang mendedahkan jentera atau basikal yang akan digunakan untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020 nanti.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azizulhasni memuat naik video basikal sentuhan akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi ‘senjata’ utamanya nanti di Velodrom Izu.

Difahamkan, kos penyelidikan dan pembangunan (R&D) basikal WX-R Vorteq berwarna hitam dan perak itu mencecah RM13 juta.

Ia dibina khas bagi membolehkan dua jaguh basikal trek negara, Azizulhasni dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom, mempamerkan aksi terbaik pada temasya berkenaan nanti.

Kedua-dua mereka yang mengejar impian merangkul pingat emas itu akan dibekalkan tiga buah basikal setiap seorang untuk kegunaan di Olimpik itu nanti.

Azizulhasni pernah melakar sejarah apabila menjadi atlet berbasikal trek pertama negara memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil akan berlepas ke Tokyo pada 25 Julai ini.

Azizulhasni, 34 tahun telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) oleh Sultan Terengganu baru-baru ini.

Untuk rekod, basikal itu dihasilkan melalui pelaburan besar Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama syarikat United Kingdom, TOTALSIM Ltd. sejak empat tahun lalu yang menekankan teknologi aerodinamik dan berat fizikal basikal bagi menyesuaikan dengan karakter pelumba.

Harga sebuah basikal dianggarkan bernilai RM300,000.

Dalam satu perkongsian di Instagram, Azizulhasni memuat naik video basikal sentuhan akhir model WX-R Vorteq yang akan menjadi senjata utamanya nanti di Velodrom Izu.

Wartawan terpaksa kongsi satu berita buat Datuk Azizulhasni terus sujud syukur

Pemenang pingat Perak acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang menyampaikan dan menerima khabar yang meng.ejutkan sebaik merangkul kilaun yang sangat didambakan tersebut.

Sambil menangis, Azizulhasni membuka ra.hsia bahawa ayahnya, mengalami midl st.roke dan telah dimasukkan ke h.ospital saat dirinya berangkat ke Jepun untuk mengharumkan nama negara.

“Sewaktu berlumba saya teringat anak, isteri, mak dan ayah di kampung.

“Ayah saya berada di h.ospital. Ayah sa.kit, kena mild st.roke. Tapi adik beradik minta saya fokus dengan perlumbaan ini.

“Tak mudah buat saya. Saya perlu fikir negara,” luah atlet yang digelar The Pocket Rocket Man ini.

Biarpun sempat menyampaikan khabar d.uka, Azizulhasni telah dikejutkan dengan berita gembira apabila wartawan Astro Arena, Bazly Azmi yang diamanahkan menyimpan r.ahsia besar daripada isteri pelumba itu memaklumkan beliau bakal bergelar seorang ayah.

Isteri Azizulhasni, Athiah Ilyana yang berada di Melbourne, Australia, kini hamil anak ketiga mereka.

“Saya simpan ini, Tya hamil anak ketiga,” ujar Bazly.

Mendengarkan khabar gembira itu, Azizulhasni secara spontan dilihat melakukan sujud syukur.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah. Saya tak sabar nak pulang bertemu anak anak dan isteri. Hari hari anak anak tanya bila saya nak balik,” kata Azizul yang sudah dikurniakan dua anak perempuan iaitu Amna Maryam, 8 dan Amna Khadeeja, 5.

Terdahulu, Azizulhasni yang berulang kali meminta maaf kepada keluarga dan seluruh rakyat Malaysia kerana tidak dapat membawa pulang pingat emas dalam acara kegemarannya itu.

“Saya asyik teringat anak anak, isteri, mak dan ayah. Saya tinggalkan mak ayah dari saya umur 15 tahun di kampung seorang diri untuk negara.

“Saya harap mereka tak kecewa dengan result saya hari ini, untuk rakyat Malyasia dan sukan negara,” katanya.

Untuk rekod, Azizulhasni telah memenangi pingat gangsa dalam acara sama di temasya Olimpik Rio yang lalu.

VIDEO DISAAT AZIZUL TERIMA BERITA ISTERI MENGANDUNG

“Saya terpaksa berkongsi satu berita gembira yang saya simpan dah  dah lama, isteri mengandung, anak ketiga”

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *