Uncategorized

Bekas kekasih suami s4kit tenat, tapi tindakan wanita ini buat dia sendiri menangis

Satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia, lapor Suara.com, semalam.

Video yang dimuat naik oleh instagram PalembangTerkini itu memaparkan seorang wanita berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital.

Menurut keterangan video, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sa.kit ten.at dan memerlukan penjaga.

“Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah.

“Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu.


Isteri pertama menitiskan air mata sebaik sahaja akad nikah selesai. – Instagram

Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.

Ada diantaranya beranggapan isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia mena.ngis.

“Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen seorang pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut sebak menyaksikan video itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang beranggapan wanita itu tidak reda dengan pernikahan suaminya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *