Uncategorized

“Bukan mengendeng atau b0dek Dafi” – Azwan Kombos tiba2 kongsi gambar dgn Dafi

KUALA LUMPUR : Pelakon, Azwan Kombos, 36, tidak menyangka perkongsian gambarnya dengan Dafi menimbulkan salah faham ramai sehingga ada yang menuduh dirinya cuba mengendeng atau membodek anak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menurut Azwan, isu ini tidak sepatutnya timbul kerana tujuan gambar bersama Dafi itu dimuat naik dalam Instagram cuma sebagai satu tanda penghargaan buat Dafi dan bapanya.

“Mana ada mengendeng. Saya sebenarnya gembira. Semua orang sedang memperkatakan tentang berita pelantikan bapa Dafi semalam, jadi saya cuma muat naik sebagai menghargai dan meraikan perkara itu.

“Sebenarnya, kalangan kawan-kawan pelakon, kami saja bergurau dengan Dafi begitu. Kononnya sekarang artis nombor satu Malaysia bukan lagi Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Ernie Zakri misalnya, tetapi Dafi.

“Ini gurauan sesama teman-teman industri saja. Harap jangan ada yang salah faham,”katanya kepada Utusan Malaysia semasa dihubungi semalam.

Terdahulu, Azwan dilihat memuat naik sekeping gambar bersama Dafi di akaun Instagram sambil menulis ‘campak belakang sikit dengan penyanyi No 1 Malaysia dan kegemaran saya ini’ di ruangan kapsyen.

Perkongsian tersebut bagaimanapun telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut dengan ada antaranya menganggap pelakon ini mahu mengendeng atau cuba membodek anak Perdana Menteri.

Selain itu, jelas Azwan, dia tidak melihat ini sebagai suatu isu memandangkan dalam masa yang sama, sebagai rakyat, dia menyokong pelantikan Ismail Sabri di posisi tersebut.

“Dafi selama ini pun memang dikenali sebagai anak menteri, semua orang tahu perkara itu. Tetapi satu yang saya tahu, dia tidak pernah menggunakan peluang itu atau guna kabel untuk mengangkat kerjaya seninya.

“Bagi saya, Datuk Seri Ismail Sabri layak diangkat sebagai Perdana Menteri sebab dia paling banyak bekerja sejak negara berdepan dengan pandemik. Hari-hari ada sidang media dan sentiasa ambil berat tentang rakyat.

“Ini pendapat peribadi saya saja tahu. Jangan politikkan saya pula,”katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perkembangan terbaru, Azwan memaklumkan bahawa dia dan isterinya, pelakon Ezzaty Abdullah, 32, baru sahaja aktif semula menjalankan perniagaan mee udang secara atas talian.

“Setelah tiga bulan kami terpaksa hentikan sekejap operasi perniagaan, baru semalam kami berdua mula ambil tempahan dan penghantaran kepada pelanggan. Sekarang baru berani nak keluar beli barang dapur berdua.

“Kalau tidak, kami jenis tak keluar. Memang betul-betul jaga prosedur operasi standard (SOP). Iyalah, takut juga dengan kes yang semakin tinggi. Kita pun tak tahu mungkin boleh terjangkit atau menjadi pembawa sebab macam-macam varian pula sekarang,”katanya.

Dalam pada itu, Azwan yang telah lengkap menerima suntikan vaksin baru-baru ini lega apabila isterinya, Ezzaty juga berpeluang menjalankan tanggungjawab itu menerusi slot yang ditetapkan pada dua minggu lagi

“Semoga Allah permudahkan kerja Papa tadbir negara” – Doa Dafi buat ayahnya

Sebaik menerima khabar pelantikan ayahnya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan, penyanyi terkenal, Dafi memanjat kesyukuran kepada Allah.

Bagi Dafi, rezeki yang tertulis buat bapanya dipilih sebagai Perdana Menteri merupakan anugerah tertinggi daripada Yang Maha Esa berkat dedikasi dan kerja kerasnya selama ini.

“Saya terlalu gembira buat Papa. Kerja kerasnya serta disiplinnya akhirnya memberikan hasil. Ini semua kejayaan peribadi Papa, saya dan adik-beradik lain serta ibu hanyalah sistem sokongan buatnya.

“Papa tidak akan menjadi Perdana Menteri kalau bukan kerana komitmen luar biasanya pada negara. Saya amat yakin Allah hadirkan rezeki ini buat Papa kerana Papa mampu untuk memikul amanah rakyat,” kata bintang kelahiran program realiti, Akademi Fantasi itu kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Dilantik sebagai pentadbir urusan negara dan rakyat, Ismail Sabri disifatkan Dafi adalah sumber inspirasi buat mereka sekeluarga.

Kata Dafi, ayahnya tidak pernah mengeluh sekalipun sering pulang lewat ke rumah kerana terikat dengan kerja.

Bahkan, ketika mengendalikan krisis kesihatan semasa pandemik COVID-19 juga, ayahnya, jelas Dafi, sangat tenang melaluinya sekalipun dalam masa sama terlalu banyak tekanan yang diterima.

“Saya mengagumi tahap kesabaran Papa. Saya fikir, Papa berhak mendapat apa yang diperolehnya sekarang kerana dedikasinya.

“Doa saya semoga Allah permudahkan kerja Papa mentadbir negara. Kami keluarganya menyedari Papa mengambil alih negara dalam suasana penuh gelora.

“Namun, berkat pengalaman Papa, saya amat yakin Papa akan dapat mengharungi segala cabaran dan rintangan,” jelas penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Bila Terasa Rindu itu lagi.
Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *