Uncategorized

Caprice mahu Susun strategi, tak mahu ulang kesilapan ikut em0si

HAMPIR 40 hari mengikuti misi kemanusiaan untuk Gaza, penyanyi rap Caprice terus dihimpit tek4nan yang belum diketahui puncanya.

Menurut Caprice atau Ariz Ramli, 33, perjuangan demi ummah yang dilaungkannya selama ini seolah-olah memakan diri selepas terdedah dengan pelbagai maklumat penting.

“Waktu sukar untuk saya… yang betul-betul memakan diri kita apabila mempunyai semua maklumat, kebenaran dan bebanan atas bahu tapi terpaksa berdiam sementara.

“Setiap hari saya di sini, saya bertemu dengan beberapa orang penting yang mahu saya kongsikan kebenaran. Sebab ia bukan saja beri kesan kepada Palestin tapi Malaysia juga,” katanya menerusi perkongsian terkini di Instagram.

Caprice ambil masa untuk b0ngkarkan kebenaran.

Untuk rekod Caprice berangkat ke Cairo, Mesir pada 23 Jun lalu dan dia kini masih berada di sana bagi meneruskan misinya seorang diri.

Caprice pernah cuba untuk mengadakan sesi Instagram live pada 21 Julai lalu untuk membuat beberapa pendedahan yang didakwa penting namun terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan.

Dia juga pernah mencetuskan kontroversi apabila membuat teguran terbuka kepada personaliti dakwah, Ebit Lew berhubung misi ke Gaza.

Mengulas lanjut mengenai maklumat yang terus menghantui hidupnya itu, Caprice berkata dia sedang menyusun strategi sebelum membuat sebarang pendedahan.

Kita fikir pergi Cairo dan Gaza, bantu orang Palestin, buat sesuatu yang baik dan pulang.

“Saya tidak mahu ulang kesilapan yang sama dalam keadaan em0si dan gil.a. Tapi waktu sekarang, saya perlu susun strategi betul-betul. Susun peluru, lain kali saya tembak ia menjadi logik.

“Ramai suruh saya buat kerja dengan cepat, buat video… tapi ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya.

Sementara itu, Caprice mengakui dia tidak menjangka misinya ke Gaza, Palestin akan menjadi lebih serius malah buat pertama kali dia menangis memohon agar Allah membuang bebanan yang ditanggungnya.

Caprice batalkan sesi IG Live melibatkan isu Ebit Lew yang sepatutnya diadakan pada 21 Julai lalu.

“Sejujurnya saya tak jangka misi ini menjadi sedalam ini. Kita fikir pergi Cairo dan Gaza, bantu orang Palestin, buat sesuatu yang baik dan pulang.

“Saya percaya ini kali pertama saya sujud dan menangis memohon agar Allah membuang bebanan atas bahu saya tapi malangnya ia masih ada. Dalam hati saya, ini adalah bebanan yang perlu saya bawa dan tamatkan.

“Jujurnya, banyak pintu sudah buka di negara ini untuk saya dari Malaysia. Bagi saya, kita kena usaha lagi Insya-Allah kalau tiada pintu lagi, saya akan pulang,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *