Uncategorized

“Ditiarapkan, ada sedikit d4rah beku di paru-paru’Ini perkembangan terkini Siti Sarah

PETALING JAYA – “Sarah sudah ditiarapkan dengan harapan 0ksigen dan paru-paru boleh bekerjasama.”

Demikian kata Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 37, berkenaan kondisi terkini isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang masih lagi bert4rung ny4wa dengan viru.s C0vid-19.

Hampir 30 jam koma sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (I.CU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak semalam, Shuib memberitahu, selain bahagian paru-paru yang terkesan, j4ntung Sarah juga berada dalam keadaan lem4h.

Ujarnya lagi, harapan mereka sekarang agar paru-paru boleh kembali normal dan bekalkan 0ksigen dalam badan.

“Memandangkan Sarah kena j4ngkitan Covid-19, paru-paru dia banyak terkes4n. J4ntung pun sudah lem4h. Mungkin sepanjang pembedahan mengeluarkan bayi semalam, jantung sudah banyak bekerja.

“Difahamkan juga, ada sedikit dar4h beku di paru-paru. Doktor kata, buat masa sekarang tak boleh apa-apa lagi sebab semalam baru lepas menjalani pembed4han,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib meluahkan rasa terharu apabila setiap hari mendapat mesej dan kiriman gambar anak-anak tahfiz dan orang persendirian yang membaca Yasin dan doa selamat buat permaisuri hatinya.

“Saya terlalu terharu apabila dalam keadaan sekarang, ada saja orang hantar gambar anak-anak tahfiz baca Yasin.

“Terima kasih banyak sebab mendoakan Sarah. Ia satu rahmat terlalu besar untuk kami,” ujarnya

“I Tau U Dah Buat yang Terbaik”

Sayang i tau u dah buat yg terbaik,,,U dah fight smpi anak kita dah selamat pon dilahirkan.Ayash Affan dah bukak mata,kaki dah tendang2,tangan dah gerak  syukur alhamdulillh dan skrg u penat dan SEDANG TIDUR,,TP JGN TIDUR LAMA2 EH SAYANG,,,I,ANAK2 dan FAMILY SEMUA RINDU U,,SEMUA MENUNGGU U DKT RUMAH SAYANG…JGN TIDO LAMA SGT TAU,KUAT KAN SEMANGAT DAN BUKA MATA OK  LOVE U SAYANG @sitisarahraissuddin MOHON SEMUA TERUS MENDOAKAN SARAH YA

Shuib yakin Sarah akan balik ke rumah

Pelawak dan usahawan terkenal, Shub Sepahtu, 37, melahirkan keyakinan bahawa isterinya, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 36, akan sihat dan kembali semula ke pangkuannya dan keluarga.

Menurut Shuib, sebagai suami, tentunya dia meletakkan harapan yang tinggi agar isterinya yang tercinta kembali sihat dan berada di sampingnya serta anak-anak.

“Saya yakin Siti Sarah kuat, saya yakin Siti Sarah akan balik ke rumah ini,”katanya selepas selesai majlis bacaan yassin secara virtual malam tadi.

Dalam menahan sebak di dada, Shuib juga benar-benar berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat Sarah yang sedang bertarung nyawa kerana dijangkiti Covid-19 dan kini dilaporkan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

“Teruskan berdoa untuk Siti Sarah, untuk anak dan keluarga. Teruskan berdoa untuk semua orang dan tolong jangan lupa selitkan nama Sarah dalam doa semua,”katanya.

Selain itu, Shuib juga memohon semua pihak agar dapat memaafkan isterinya seandainya dia pernah menyakiti hati mana-mana pihak selama ini dan menghalalkan makan minum serta dipermudahkan segala urusan.

“Saya minta maaf sekiranya Sarah ada menyakiti sesiapa, halalkan makan minumnya dan doakan agar dipermudahkan perjalanannya,”katanya.

Petang tadi, Siti Sarah yang dikomakan kerana tekanan oksigen yang semakin rendah namun selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembedahan.

Selain itu, Shuib turut meluahkan bahawa,sepanjang 10 tahun hidup bersama sebagai suami isteri, Sarah adalah orang yang telah banyak mengubah dirinya menjadi siapa dirinya yang dikenali sekarang.

“Malam ini mengajar saya banyak perkara. Allah ajar saya untuk reda yang paling reda. Ya, saya dah reda. Apa sahaja keadaan selepas ini saya akan reda. Allah telah banyak uji kami, dari tahun pertama kahwin sampai sekarang,Allah memang hantar dia untuk baiki hidup saya.

“Tolong doakan dia.Tolong doakan anak saya juga yang berada di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib juga mengaku bahawa Sarah sudah memilih nama untuk bayi mereka.

“Dia memang nak sangat anak kami dinamakan Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh, doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.