Uncategorized

Guru Sam4n Ain Husniza RM1 Juta, Sekali Bapa Ain Husniza Rancang S4man Balik

Pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam mengakui emosinya tidak stabil selepas menerima surat tuntutan saman RM1 juta daripada guru yang didakwanya bergurau mengenai rogolAin menerusi bebenang di Twitter berkata, dia terkejut ketika menerima tuntutan tersebut ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PDPR) di rumah.

“Hi…Hari ni Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”. Dalam surat ini Ain diberi 7 hari untuk semua tuntutan ni, antaranya membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi.

“Saya hanya mohon semua doakan urusan dipermudahkan.

“Saya minta maaf, emosi sangat tak stabil, yang buat Ain tak aktif dalam sosmed (media sosial), tengah dalam kelas online dapat surat macam ni,” katanya.

Menerusi tinjauan Gempak di laman sosial tersebut, rata-rata netizen turut terkejut apabila guru tersebut bertindak menghantar surat tuntutan saman.

Ada yang bersimpati terhadap Ain kerana terpaksa menempuh dugaan ini pada usia yang sangat muda.

Namun apa yang lebih menarik perhatian ialah apabila bebenang ditulis Ain turut menarik perhatian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam ciapannya kepada Ain berkata, gejala ‘victim blaming’ tidak seharusnya dijadikan normalisasi dan kaum wanita serta kanak-kanak mesti dibela.

“Tolong jangan normalisasi gejala ‘victim blaming’ terutamanya dalam kes seperti ini. Kita mesti hormati kaum wanita, dan kanak-kanak mesti dibela.

“Masyarakat mesti tegas melawan budaya jelek ini dan harus dukung perjuangan adik Ain.

“Teruskan perjuangan!,” katanya sambil memberi kata-kata semangat buat pelajar berusia 17 tahun itu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, guru pendidikan jasmani terbabit telah memfailkan tuntuan saman berjumlah RM1,000,000 kerana mendakwa dirinya difitnah Ain.

Bapa Ain, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, guru tersebut membuat tuntutan terhadap dirinya (bapa), anak (Ain) dan isteri.

“Guru itu letak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.
“Dia menuntut untuk menarik balik, membuat permohonan maaf dan bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Pada 24 April lalu, seorang guru mata pelajaran pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan kerana seolah-olah seperti menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rog0l.

Dalam pada itu, Saiful Nizam berkata, pihaknya menerima surat tuntutan daripada Tetuan Rasshidi Ema & Yung jam 2 petang pada Rabu.

“Sekarang ini kami sudah berbincang dengan peguam apa tindakan seterusnya yang perlu dibuat dan masih dalam perbincangan mengenai perkara itu,” ujarnya.
Jelasnya, emosi Ain tidak stabil lebih-lebih lagi dia akan menghadapi peperiksaan pada tahun ini apabila menerima surat tuntutan tersebut.

Bapa Ain Husniza rancang sam4n semula guru RM5 juta – Peguam

Sungai Buloh: Bapa dan pelajar yang mendakwa guru pendidikan jasmani bergurau keterlaluan berkaitan melakukan perbuatan rogol akan membuat s4man balas RM5 juta.

Peguam mereka, Datuk Sankara Nair berkata, berdasarkan surat tuntutan diterima pihaknya daripada guru terbabit, beliau menasihatkan anak guamnya untuk memfailkan s4man balas.

“Saya sudah maklum melalui surat kepada peguam guru terbabit bahawa kami akan memfailkan tuntutan s4man RM5 juta kerana sengaja menyebabkan tekanan emosi,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, hari ini.

Terdahulu Ain Husniza Saiful Nizam, 17, dan bapanya, Saiful Nizam Abdul Wahab hadir di IPD Sungai Buloh kira-kira jam 5 petang untuk memberi keterangan berkaitan laporan polis yang dibuat guru berkenaan berhubung perkara itu, baru-baru ini.

Mereka turut ditemani Ahli Parlimen Sungai Buloh R Sivarasa, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Difahamkan Ain serta bapanya diambil keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan dan mereka dilihat keluar dari IPD Sungai Buloh jam 6.15 petang selepas kira-kira hampir satu jam memberi keterangan.

Sementara itu, Ain berkata, dia hanya mahu jadikan sekolah sebagai persekitaran yang selamat dan s4ma sekali tidak pernah berniat untuk menghina mana-mana pihak dalam kenyataannya yang dibuat sebelum ini yang berkaitan guru pendidikan jasmaninya bergurau keterlaluan berkaitan melakukan perbuatan rogol.

“Ini adalah hak kami sebagai pelajar untuk mendapat persekitaran yang selamat di sekolah.

“Ketika keterangan saya dan bapa diambil, pihak polis sangat profesional dan kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada mereka,” katanya.

Semalam Harian Metro melaporkan guru pendidikan jasmani yang didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol tidak diambil tindakan lanjut oleh polis yang selesai menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki susulan kenyataan berbaur fitnah serta mengaibkan dirinya sebagai seorang guru pada 5 Mei lalu.

“Menerusi laporan dibuat lelaki terbabit, kenyataan itu dibuat oleh seorang pelajar perempuan di sekolah tempat pengadu bertugas semasa wawancara di media sosial sebuah akhbar tempatan pada 30 April lalu berkaitan isu guru pendidikan jasmani yang menyebut mengenai elemen rogol ketika proses pembelajaran di dalam kelas.

“Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sungai Buloh memanggil pelajar berkenaan bersama bapanya untuk tujuan rakaman percakapan bagi membantu proses siasatan berkaitan aduan terhadap laporan polis dibuat pengadu terbabit.

“Siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Kedua-dua individu berkenaan hadir dengan ditemani oleh peguam, Datuk Sankara Nair dan Elyse Ng Zi Qian,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu media melaporkan polis menerima notis tiada tindakan lanjut (NFA) daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung kes itu.

Media 24 April lalu melaporkan seorang guru pendidikan jasmani di sebuah sekolah di Selangor didakwa bergurau keterlaluan seolah-olah menggalakkan pelajarnya melakukan perbuatan rogol dalam sesi pendidikan itu.

Ain mendakwa pada mulanya pelajaran berjalan lancar dan mereka berbincang mengenai kesedaran gangguan seksual serta cara-cara menjaga diri ketika menghadapi gangguan terbabit.

Bagaimanapun, pelajar itu mendakwa guru lelaki itu bergurau dan mula bercakap luc4h.

Malah kes itu tular di media sosial sehingga menjadi bualan ramai.

Pelajar terbabit turut berdepan tindakan sam4n RM1 juta selepas didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitn4h

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *