Uncategorized

Ini reaksi Najib lepas PM umum kemudahan bagi yg lengkap dua dos vaksin

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi menyampaikan pengumuman khas mengenai kemudahan-kemudahan bagi individu yang menerima vaksinasi lengkap.

Ia berdasarkan poster yang dimuat naik di laman Facebook rasmi perdana menteri, hari ini.

Kerajaan mengumukan bersetuju memberikan kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.

Penting untuk dijelaskan bahawa seseorang individu hanya akan diiktiraf sebagai individu yang telah lengkap vaksinasinya apabila telah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

a. Bagi jenis vaksin yang memerlukan dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca, dan Sinovac), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua; dan

b. Bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino), individu berkenaan mestilah telah melepasi hari ke28 dari tarikh suntikan.

Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan KUARANTIN dan PERJALANAN untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara.

a. Kemudahan-kemudahan yang dimaksud secara amnya adalah seperti berikut:

i. Pengembara warganegara dan bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia (termasuk PR dan Malaysia MY Second Home) yang pulang atau tiba dari luar negara dan telah mendapat vaksin dos lengkap, DIBENARKAN menjalani kuarantin
wajib di rumah dan diberikan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital.

ii. Pasangan suami isteri jarak jauh yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan rentas daerah atau negeri untuk bertemu
pasangan masing-masing.

iii. Ibu bapa yang telah mendapat vaksin dos lengkap dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak di bawah umur 18 tahun.

29.Saya juga amat memahami permintaan saudara dan saudari untuk kembali menunaikan solat di masjid dan surau. Sehubungan itu, kerajaan bersetuju supaya aktiviti solat sahaja DIBENARKAN di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Kemudahan ini juga terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara

a. Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.

b. Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat MESTI menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi COVlD-I9 (digital certificate COVlD-I9 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

c. Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.

d. Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam.

30.Kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan bagi SEKTOR SOSIAL kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.

31.Kemudahan-kemudahan tersebut secara amnya adalah seperti berikut:

a. Rentas daerah DIBENARKAN

i. Individu yang ingin melakukan perjalanan rentas daerah MESTI menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya
sijil digital vaksinasi COVlD-I9 (digital certificate COVlD-I9 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

b. Aktiviti dine-In DIBENARKAN

i. Jika dibandingkan dengan aktiviti sosial lain, aktiviti dine-in sememangnya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ini kerana pelitup muka akan dibuka ketika makan dan juga ketika berbual dengan teman semeja. Ini mendedahkan individu tersebut kepada jangkitan COVlD-I9.

ii. Sehubungan itu, saya ingin menasihatkan orang ramai untuk dinein apabila perlu sahaja dan tidak meluangkan masa yang terlalu lama.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk take-away jika situasi mengizinkan. Pilihlah premis yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan terbuka.

iii. Saya juga ingin menyarankan kepada pengusaha-pengusaha premis kedai makan supaya menyediakan lebih banyak ruang tempat makan di bahagian luar premis bagi pengudaraan yang lebih baik. Kita faham bahawa risiko penyebaran virus COVlD-I9 adalah jauh lebih tinggi di dalam premis berbanding di luar.

iv. Pemilik premis kedai makan perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVlD-I9 (digital certificate COVlD-I9 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

v. Bagi pasangan yang telah menerima vaksinasi lengkap dan ingin membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah untuk dine-in di premis kedai makan, pastikan anak-anak anda mematuhi SOP yang ketat.

c. Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) DIBENARKAN

i. Aktiviti sukan dan rekreasi amat penting bagi memastikan tahap kesihatan minda dan kecergasan fizikal yang baik. Oleh itu, aktiviti ini dibenarkan dengan mematuhi penjarakan fizikal dan dilakukan di kawasan terbuka (outdoor) termasuk separa terbuka bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 malam.

ii. Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah DIBENARKAN selaras dengan kebenaran dine-in. Pemilik premis perlu pastikan mereka yang memasuki premis untuk dine-in MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVlD-I9 (digital certificate COVlD-I9 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

iii. Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house adalah TIDAK DIBENARKAN. Ini bagi mengelakkan perkumpulan selepas
bersukan dan mengurangkan risiko jangkitan.

iv. Aktiviti yang dibenarkan adalah seperti jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya.

d. Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama DIBENARKAN melibatkan homestay dan hotel.

i. Pengusaha homestay dan hotel perlu pastikan mereka yang ingin memasuki premis MESTI menunjukkan sijil digital vaksinasi COVlD-I9 (digital certificate COVlD-I9 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

32.Kesemua kemudahan yang saya umumkan hari ini akan mula berkuatkuasa pada SELASA, 10 OGOS 2021. Perincian bagi kemudahan-kemudahan yang baru saya umumkan ini akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam waktu yang terdekat.

33.Kemudahan-kemudahan SEKTOR EKONOMI sedang dibincang dan dipertimbangkan di peringkat Sidang Khas MKN dan akan saya umumkan dalam waktu terdekat.

34.Kemudahan-kemudahan ini bukanlah bermakna kita boleh mengabaikan SOPSOP yang telah ditetapkan. Kemudahan dine-in dan aktiviti sukan terutamanya, adalah lebih berisiko bagi seseorang individu itu dijangkiti virus COVlD-I9.

Berikut pula ulasan Najib Razak

“Kegil.aan tahap maksimum”

Di luar negara, varian Delta Plus dan Lambda yang lagi bahaya berbanding varian Delta sedang menular.

Sebab itu, keputusan kerajaan membenarkan individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia untuk kuarantin di rumah dengan syarat mereka mesti mempunyai rumah di Malaysia adalah kegilaan tahap maksimum sebab mereka yang sudah divaksin penuh masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.

Ini seperti mengulangi kesilapan bulan Julai tahun lalu di mana kerajaan tiba-tiba tukar syarat kuarantin di pusat kuarantin kepada kuarantin kendiri di rumah lalu U-turn sebulan kemudian setelah terlambat.

Keputusan kurang bijak ini akhirnya cetuskan kluster Sivagangga dengan mutasi jenis D614G yang melanda negeri-negeri utara semenanjung dan menyebabkan gelombang Covid baharu seluruh negara (bukan hanya PRN Sabah).

“Kluster Sivagangga bukti mutasi jenis D614G”

https://www.hmetro.com.my/…/kluster-sivagangga-bukti…

Kerajaan tak rugi besar untuk arahkan mereka yang pulang dari luar negara untuk kuarantin di pusat-pusat kuarantin atau hotel dipantau kerajaan sebab mereka yang pulang dari luar negara sudah tentu mampu untuk membayar kos kuarantin.

Sekiranya kerajaan berhasrat untuk bawa masuk varian-varian lambda dan Delta Plus maka sila teruskan kegilaan ini.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *