Amalan

Ismail Singgah Rumah Bekas PM, Shahrir Ismail Sabri pesan jangan ulangi kesilap4n Muhyiddin

JOHOR BAHRU – Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baru dilantik menjadi Perdana Menteri kesembilan supaya tidak mengulangi kesilapan dilakukan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, Muhyiddin melakukan beberapa kesilapan semasa menjadi memegang jawatan nombor satu negara itu.

“Kesilapan utama Perdana Menteri sebelum ini adalah beliau telah ‘memandulkan’ Parlimen. Dewan Rakyat ialah punca kuasa seseorang Perdana Menteri. Sebab itulah ditanya setiap satu ahli Parlimen siapa yang mereka sokong sebagai Perdana Menteri.

“Kedua, Perdana Menteri adalah Ketua Dewan, ‘Leader of the House’ dan demikian kenalah juga memimpin Dewan Rakyat.

“Caranya, jadikan Dewan Rakyat sebagai landasan untuk ‘engage’ atau melibatkan kesemua Ahli Parlimen dalam menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi rakyat dan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri sebagai menggantikan Muhyiddin yang meletak jawatan pada Isnin.Keputusan itu ditetapkan Agong selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 ahli Dewan Rakyat dan beliau bakal mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Shahrir berkata, ‘Perdana Menteri kelapan’ terlalu ‘ego’ sehingga tidak langsung mahu menjadikan Parlimen sebagai landasan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen sama ada pembangkang atau kerajaan.

Katanya, Dewan Rakyat juga mempunyai pelbagai peranan yang seharusnya dimanfaatkan kerajaan untuk kebaikan rakyat.

Menurut beliau, Dewan Rakyat mempunyai berbagai jawatankuasa yang patut dibenar memainkan peranan untuk manfaat kerajaan.

“Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) umpamanya, boleh memeriksa akaun-akaun kementerian, jabatan dan entiti yang mendapat dana awam.

“Dewan Rakyat juga adanya Ketua Pembangkang. Tak payah nak ikut cara Perdana Menteri kelapan sehingga hendak dijadikan Ketua Pembangkang Bertaraf Menteri. Bukakan perbincangan antara Perdana Menteri kelapan dengan Ketua Pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa beliau memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang baharu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan, hari ini.

Sokongan itu dinyatakan Muhyiddin ketika menerima kunjungan Ismail Sabri di kediamannya, petang tadi.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri. Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu K.erajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara.

“Saya mendoakan semoga YAB Datuk Seri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *