Uncategorized

“It is a one man show,” Muhyiddin jelaskan peranan sebenar PM Sementara

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, beliau akan menjalankan tugas sebagai perdana menteri sementara, sebagaimana yang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Ia adalah tugas yang terhormat, dan saya akan terus jalankan tugas sebagai Perdana Menteri (sementara) bagi membantu negara,” katanya dalam satu pertemuan dengan editor kanan media di pejabat Perdana Menteri di sini.

Muhyiddin yang menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri tengah hari tadi kepada Yang di-Pertuan Agong berkata, beliau akan memikul tanggungjawab itu dan berharap lantikan penggantinya dibuat secepat mungkin.

Mengulas lanjut, katanya apabila Yang di-Pertuan Agong meminta beliau meneruskan tugas sebagai perdana menteri sementara, beliau terus merujuk kepada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun mengenai bidang tugas itu.

“Saya sudah mendapatkan pandangan Peguam Negara yang kemudiannya menyatakan bahawa saya boleh menjalankan fungsi eksekutif dan menasihati Yang di-Pertuan Agong sehingga perdana menteri yang baharu dilantik.

Apabila ditanya sama ada barisan jemaah menteri akan dikekalkan sebagai kabinet sementara, Muhyiddin berkata, setahunya hanya beliau seorang yang akan menjalankan tugas.

“It is a one man show,” katanya secara berseloroh.

Mengenai tanggungjawab dan kuasa sebagai Perdana Menteri sementara, Muhyiddin berkata, ada keterbatasan kuasa, tidak seperti sebelum ini (menjadi perdana menteri).

“Kalau apa-apa hal tertentu yang memerlukan mungkin sesuatu perkara, tak kan Agong buat sendiri kan? Dalam keadaan tidak ada perdana menteri, baginda mungkin memanggil saya (untuk mendapatkan nasihat).

“Tetapi (perdana menteri caretaker) ada keterbatasan kuasa bukan seperti perdana menteri sebelum ini,” katanya seperti dipetik.

Menurut Muhyiddin, antara had kuasa itu adalah dia tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan yang besar.

“Sebagai contoh, saya tidak boleh tanda tangan cek bernilai RM1 billion. Saya perlu rujuk dan ikut nasihat Peguam Negara,” tambah beliau.

‘Do what Allah says is right’ – Muhyiddin

“Terima kasih rakyat Malaysia.”

Demikian ucapan terakhir Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika perjumpaan perpisahan bersama pegawai Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Muhyiddin akan menggalas jawatan Perdana Menteri Sementara sehingga jawatan tertinggi dalam kerajaan itu dilantik Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin menerusi video terbaru berdurasi dua minit 29 saat dimuat naik di Facebook rasminya mengakui dia seorang manusia yang sentiasa mengikut aturan peraturan dan tunduk pada perlembagaan.

“Apabila saya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, saya berjanji akan menjunjung perlembagaan negara, institusi Raja dan sebagainya.

“Saya kira saya sudah buat apa yang saya fikir diperlukan untuk menyelamatkan nyawa rakyat jelata, menentukan mereka ada makanan di atas meja dan nyawa mereka selamat, these are very very very important (ini adalah sangat sangat sangat penting),” katanya.

Katanya, mungkin kerana itu juga Allah mengangkatnya di kedudukan sebagai Perdana Menteri bagi tujuan itu.

“Seperti anda lihat, walaupun pentadbiran kerajaan kita dalam keadaan sukar masih mampu untuk diteruskan.

“Kita meneliti bagaimana hendak membantu rakyat dan kesan Covid-19 ini cukup mendalam.

“Sebab itu saya sanggup memperkata apa yang benar walaupun pahit, do what Allah says is right (lakukan apa yang Allah katakan itu betul), don’t do what Allah says is not right (jangan lakukan apa yang Allah katakan tidak betul),” katanya.

Muhyiddin berkata, hidupnya sentiasa berpegang kepada prinsip.

“Fight against evil (melawan kejahatan), itu pokoknya, jadi kalau kita berpegang pada hukum sebegini, Insya-Allah hidup kita selamat.

“Jawatan ada amanah, itu berat, sebab itu saya kena buat betul. Betul bukan pasal saya rasa betul, tapi Allah kata ini betul.

“We don’t do what we feel is right, but you do what it is right (Kami tidak melakukan apa yang kami rasa betul, tetapi anda melakukan apa yang betul).

“There is a diffence there, you might feel it is right (terdapat perbezaan, anda mungkin merasa betul) tetapi Allah kata itu tak betul, saya berpandu kepada itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *