Uncategorized

Lama Berdiam Diri, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Kepada Takiyuddin

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan telah dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, ia dipercayai akibat masalah kesihatan jantung dialami Setiausaha Agung Pas itu sehingga terpaksa menjalani pembedahan selama tiga jam.

Turut dilaporkan, beliau telah masuk ke sebuah hospital di Lembah Klang iaitu Pusat Perubatan IHEAL, bersebelahan dengan Mid Valley, Kuala Lumpur.

“Datuk Seri Takiyuddin jalani angiogram kelmarin selama 3 jam sebab ada tiga tempat yang tersumbat.

“Bagaimanapun, keadaannya stabil dan dipercayai keluar esok,” katanya.

Minggu lalu, Takiyuddin diasak pembangkang berhubung isu pembatalan Ordinan Darurat yang dijelaskan pada hari pertama Sidang Khas Dewan Rakyat.

Takiyuddin berkata, kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menyambung Proklamasi Darurat yang akan tamat pada 1 Ogos.

Tambah beliau, kerajaan juga memutuskan berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, semua ordinan yang telah dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat dibatalkan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan di hospital untuk rawatan.

Azhar berkecuali dari usul isu Takiyuddin, Idrus ‘kelir.ukan parlimen’

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hari ini mengumumkan bahawa dia tidak akan membuat keputusan mengenai usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

Usul Kulasegaran menggesa tindakan diambil terhadap menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan Peguam Negara, Idrus Harun kerana disifatkan mengelirukan Dewan Rakyat berhubung pembatalan isu ordinan darurat.

Azhar mengatakan dia tidak dapat memutuskan perkara itu kerana Idrus adalah abang kandungnya.

“Oleh kerana itu, saya telah membuat keputusan untuk mengecualikan diri saya daripada membuat apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut

“Apa-apa keputusan mengenai, berkenaan ataupun yang bagaimana jua pun berkaitan dengan usul tersebut saya serahkan kepada timbalan-timbalan Yang di-Pertua mengikut kekananan mereka iaitu, pertamanya Mohd Rashid Hasnon dan keduanya Azalina Othman Said.

“Saya tidak akan campur tangan dengan apa cara sekalipun dalam pelaksanaan tugasan timbalan-timbalan Yang di-DiPertua di dalam hal berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang di-Pertuan Agong sebelum ini amat dukacita berhubung pengumuman Takiyuddin, dengan menyatakan bahawa baginda tidak pernah memberikan perkenan pembatalan tersebut.

Agong juga menyatakan kekecewaannya pada Takiyuddin dan Idrus kerana ordinan darurat tidak dibentang dan dibahaskan di parlimen.

Usul Kulasegaran menggambarkan tindakan itu sebagai derhaka dan meminta agar Takiyuddin dan Idrus diambil tindakan.

Semalam, Kulasegaran meminta Azhar untuk melepaskan dirinya daripada memutuskan usul ahli parlimen DAP itu kerana Idrus adalah abang kandungnya.

Kulasegaran juga mengatakan bahawa Idrus juga seharusnya mengundurkan diri ketika konflik timbul mengenai ordinan darurat.

“Saya ingin menyatakan bahawa terdapat konflik kepentingan yang jelas ketika Peguam Negara juga menasihati Raja, Kabinet dan Speaker.

“Oleh itu, Peguam Negara seharusnya mempertanggungjawabkan (recused) dirinya paling awal ketika konflik ini berlaku,” katanya.

Sementara itu, Kulasegaran dalam satu kenyataan hari ini menggesa Azhar untuk melanjutkan persidangan parlimen selepas Isnin dan memastikan masa yang cukup diberikan untuk usul berkenaan diperdebatkan, serta usul dan ordinan darurat lain seperti yang diminta oleh Agong.

“Saya gembira kerana speaker akhirnya menyedari terdapat konflik kepentingan untuk dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat ketika saudaranya adalah peguam negara.

“Sayang sekali dia tidak menyedari hal ini ketika dia dilantik pada mulanya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *