Amalan

M1mpi seorang kanak-kanak lelaki bertemu Allahyarham Siti Sarah buat Shuib terp4ku

Mimpi seorang kanak-kanak lelaki bertemu Allahyarham Siti Sarah Raissuddin di kawasan yang indah membuatkan suaminya, Shuib Sepahtu terpaku.

Dalam hati, Shuib berkata, satu persatu perkara yang Allah tunjukkan setiap hari selepas pemergian arwah, pagi Isnin lalu.

Shuib mendedahkan, dia tersentuh menerima nota suara wanita tidak dikenali menerusi seorang rakan ketika hatinya sarat menanggung kerinduan terhadap arwah.

Menerusi nota suara itu, katanya, ibu berkenaan bercerita anaknya bersama arwah dalam mimpinya.

“Jujurnya, saya takut nak bercerita, risau dikatakan berlebihan berkongsi kebaikan arwah. Namun, saya kongsi juga kerana saya percaya Allah hendak tunjuk satu demi satu kebaikan supaya kita percaya amal baik dan sedekah.

“Mulanya, saya fikir solat ghaib jenazah di Masjidil Haram, Makkah atas usaha insan tidak dikenali adalah klimaks membuktikan arwah seorang luar biasa.

“Hari ini (semalam) saya terima satu nota suara ini. Ketika itu, saya amat merindui, keadaan saya ‘koyak’ teruk sambil menangis duduk atas kerusi yang arwah suka duduk, setiap pagi.

“Ia adalah nota suara seorang wanita yang menceritakan mimpi anaknya. Wanita ini beritahu anaknya mengejutkannya jam 4 pagi semalam (kelmarin) untuk menceritakan mimpinya,” katanya.

Dalam mimpinya, Shuib berkata, kanak-kanak lelaki itu sampai ke satu tempat indah, di mana tidak pernah melihat kawasan secantik itu.

“Dia nampak seorang kakak baru sampai, seperti terpinga-pinga melihat sekeliling dan duduk atas kerusi. Kemudiannya, ada ramai kanak-kanak datang menyerbunya.

“Anak itu beritahu kenal kanak-kanak menyerbu kakak berkenaan, itulah kanak-kanak Palestin. Ketika dikelilingi kanak-kanak Palestin, dia sempat berbual dengan kakak ini.

“Kakak ini memberitahu namanya Sarah. Kemudiannya, mereka membawa kakak ini berjalan-jalan melihat kawasan sambil naik dan minum lembu susu bersama,” katanya.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu melihat kakak berkenaan sangat seronok, wajahnya penuh kegembiraan.

“Anak itu bertanya pada ibunya, adakah mengenali kakak bernama Sarah. Wanita beritahu, mengenali seseorang bernama Sarah, tetapi tidak pernah menemui, hanya melihat di kaca televisyen.

“Lantas, wanita ini terus membuka telefon bimbit dan menunjukkan video arwah dalam YouTube. Anak itu terus beritahu, inilah kakak yang ditemuinya.

“Jujurnya, saya terkedu apabila mendengarnya dan sehingga kini, menyimpan nota suara itu,” katanya.

Shuib menerima nota suara seorang wanita bercerita anak lelakinya bertemu Allahyarham Siti Sarah dalam mimpinya.

Dedah Shuib, dia sebenarnya tidak tahu arwah terbabit dalam program ibadah korban di Gaza.

“Mulanya, arwah meminta saya bertanya program ibadah korban di Gaza kepada Noh Salleh. Namun, arwah berhenti bertanya soal itu.

“Dalam diam, arwah buat sendiri dan saya tidak tahu ibadah korban yang dibuat di Gaza. Arwah ada juga buat ibadah korban di Puchong.

“Saya pernah dengar, apabila melakukan ibadah korban, tunggangan kita di akhirat nanti adalah haiwan dikorbankan seperti lembu.

“Jadi, mimpi diceritakan wanita ini membuatkan saya terfikir soal amalan arwah,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan Allahyarham Siti Sarah menyertai program ibadah korban di Gaza yang mana seekor lembu dibayar dengan harga belasan ribu ringgit.

Tidak hanya itu, Shuib berkata, dia terkedu menerima video daripada pengurus arwah, Nana Mohammad Rom mengenai sekolah agama di Bandung, Indonesia yang membabitkan lebih 450 anak-anak yatim dan tahfiz mengadakan majlis tahlil buat arwah.

“Saya tidak pernah minta mereka berbuat demikian. Jadi, pengajaran boleh diambil adalah amalan arwah. Allah mahu tunjuk kepada kita untuk mencontohinya. Wallahualam,” katanya.

Shuib berkongsi cerita selepas majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah, semalam.

Majlis itu diketuai oleh Fakhrul UNIC dan bacaan doa daripada pendakwah bebas, Uztaz Tarmizi Abdul Rahman diikuti tazkirah oleh Ustaz Shahrizan.

Ia turut disertai rakan artis seperti Ziana Zain, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Datuk Fizz Fairuz, Sharnaaz Ahmad, Achey, Adira Suhaimi, Hafizul Kamal dan bapa arwah, Raissuddin Hamzah.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan pada Jumaat lalu.

BERTAHUN DIA SIMPAN RAHSIA DAN HARI INI RIDER OKU INI TERPAKSA BUKA RAHSIA APA ARWAHH SITI SARAH BUAT

“Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin minta saya rahsiakan pemberiannya dan tidak mahu ia dihebohkan di laman sosial.”

Itu permintaan penyanyi terkenal tersebut terhadap seorang penghantar barang orang kelainan upaya (OKU), Mohd Hafiz Abdullah, 32, kira-kira lima tahun lalu lalu.

Cerita Mohd Hafiz, Allahyarhamah memberikan bantuan barangan keperluan kepada 15 penerima terpilih di Temerloh, Mentakab dan Jengka.

“Ikutkan Allahyarhamah nak bagi lebih tapi saya cakap cukup kerana dengan kekangan yang ada, cukuplah untuk beri kepada 15 penerima sahaja.

“Saya sebenarnya amat terkejut ketika dihubungi Allahyarhamah Siti Sarah ketika itu kerana tidak menyangka beliau menghubungi saya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Hafiz yang menjadi runner diminta oleh Siti Sarah supaya merahsiakan pemberian terhadap golongan memerlukan pada 2016.

Ujarnya, pada masa itu dia tular kerana menawarkan perkhidmatan sebagai penghantar barang dalam keadaan kekurangan fizikal, kudung tangan kiri akibat kemalangan jalan raya pada usia 20 tahun.

“Sudah lama saya rahsiakan perkara ini kerana menghormati permintaan beliau dan bila berita pemergiannya akibat jangkitan Covid-19 Isnin lalu, ia memang memberikan kesan selain saya berasa amat sedih dengan kehilangannya,” luahnya.

Allahyarhamah Siti Sarah kata Mohd Hafiz, juga menawarkan motosikal baharu kepadanya ketika itu namun dia menolak tawaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *