Uncategorized

MKT UMNO akhirnya ambil keptusan teg4s terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Majlis Kerja Tertinggi UMNO memutuskan untuk berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong, dan tidak akan mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan pimpinan Muhyiddin ternyata gagal di mata rakyat, dan keputusan itu selaras dengan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran Kerajaan pimpinan beliau terhadap Agong dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara terhormat.

“Kenyataan terbaharu Perdana Menteri hari ini, kata Ahmad Zahid, tidak menjernihkan masalah bahkan menyerlahkan kekhilafan Kerajaan yang jelas telah menyanggah titah KDYMM Yang di Pertuan Agong.

“Malah (ia) mempersendakan Baginda, yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan untuk semua Ordinan Darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos lagi bukan September 2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sidang media, secara maya di sini, hari ini.

Ahmad Zahid turut berkata, bagi menzahirkan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Agong, MKT UMNO sebulat suara bersepakat untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perikatan

Nasional dan Muhyiddin selaku Perdana Menteri.

Tambahnya lagi, surat Akuan Ahli-ahli Parlimen UMNO yang mencukupi angka bagi menzahirkan penarikan sokongan Perdana Menteri telahpun dipersembahkan kepada Agong, sekaligus menunjukkan kepimpinan beliau sudah hilang majoriti dan keabsahan selaku Ketua Kerajaan.

Shamsul Anuar Nasarah meletakkan jawatan sebagai menteri tenaga dan sumber asli.

Anggota parlimen Lenggong daripada Umno berkata langkah itu diambil susulan pendirian partinya yang menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Malah, katanya, pimpinan Umno yang mencadangkan dia sebagai menteri sebelum ini.

“Maka, sebagai ahli Umno yang patuh dan setia kepada parti. Saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli jemaah menteri kerajaan persekutuan,” katanya.

Dalam kenyataan ringkas sebentar tadi, Shamsul mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan warga Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli.

“Tumpuan saya selepas ini ialah memberikan fokus kepada tugas sebagai ahli parlimen Lenggong dan membantu memperkuat parti dalam menghadapi situasi politik yang semakin mencabar,”

katanya.

Zahidi: 40 wakil BN, 3 PKR sokong Muhyiddin

Seramai 40 anggota parlimen BN menandatangani akuan menyokong Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, dakwa Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin.

Sementara dua lagi, termasuk anggota parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, masih dalam proses rundingan, menurut Zahidi.

Dalam senarai itu juga, dakwanya, terdapat tiga anggota parlimen PKR.

“Bukan kita berkurang, (tapi) bertambah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam sidang parlimen khas baru-baru ini, Razaleigh memohon untuk berpindah tempat duduk ke blog bukan penyokong kerajaan atas alasan tidak menyokong “kerajaan gagal”.

Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 29 Julai berkata kerajaan masih mendapat sokongan lebih 110 daripada 222 anggota parlimen.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, dalam perarakan 107 anggota parlimen semalam, bagaimanapun mendakwa Muhyiddin hilang majoriti di parlimen.

“Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.

“Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan,” katanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *