Uncategorized

Muhyiddin hargai sokongan Ismail Sabri, Sekali Ahmad Maslan ajar matematik

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tampil menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan beliau hari ini.

Muhyiddin turut berterima kasih di atas pendirian mereka yang bersetuju bahawa keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri, ditentukan melalui usul undi percaya ketika persidangan Dewan Rakyat pada September ini.

“Ini selaras titah perkenan Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan kepada saya semasa sesi menghadap di Istana Negara di sini, pada Rabu lalu.

“Saya berharap agar pendirian Ahli Parlimen BN ini akan menghentikan polemik politik yang sedang berlaku ketika ini dan memberi ruang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha menangani COVID-19, mempercepatkan proses vaksinasi serta memulihkan ekonomi negara.

‘Saya sedia berdepan sebarang kemungkinan’

‘Keabsahan sokongan BERSATU terhadap MB Johor perlu diuji’ – AMANAH

“Kepentingan rakyat dan negara perlu diutamakan dalam kita berhadapan dengan pandemik ini,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu pagi tadi, seramai 31 Ahli Parlimen UMNO dan BN menyatakan sokongan dan kekal bersama kerajaan PN pimpinan Muhyiddin pada sidang media dihadiri 21 wakil rakyat gabungan itu, diketuai Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO.

Ketika mengumumkan pendirian itu, mereka juga menyokong supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan kepemimpinan Perdana Menteri ditentukan ketika persidangan Parlimen pada September depan.

Seramai 10 lagi Ahli Parlimen UMNO, BN yang bersetuju mengambil pendirian sama, tidak hadir ketika sidang media terbabit.

Kelmarin, Muhyiddin menegaskan keabsahan beliau sebagai Perdana Menteri serta kedudukan kerajaan PN akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, September ini.

Ahmad Maslan ajar matematik kira majoriti Muhyiddin

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan membuat perkiraan matematik mudah berhubung majoriti dimiliki Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas 11 ahli Parlimen parti itu menarik sokongan.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata selepas 11 wakil rakyat Umno menarik sokongan, jumlah majoriti dimiliki Muhyiddin kini tinggal 103.

“Matematik mudah. Disebut 31 sokong Mahiaddin (Muhyiddin) daripada 42. Maka 42-31=11 tak sokong (sebenarnya lebih)

“Kerajaan sebelum ini ada 114. Tolak 11 tinggal 103 MP (ahli Parlimen) ada 222. Meninggal dunia dua tinggal 220. Majoriti perlu 110+1=111.

“103 tentulah bukan lebih daripada 111. Rumusan, 103 bukan majoriti,” katanya di laman sosialnya, hari ini.

Terdahulu,Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mendakwa seramai 31 ahli Parlimen BN menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga parlimen bersidang September ini.

“Pendirian kami adalah ahli parlimen junjung kasih dan junjung titah Yang di-Pertuan Agong iaitu perkenankan supaya kerajaan har ini meneruskan pentadbirannya dan akan menentukan keabsahan ini di parlimen,” katanya.

Perkara itu diumumkan dalam sidang medianya petang tadi.

Ismail membacakan senarai itu, yang didapati terdapat tiga nama bertindih dengan senarai kem Presiden Umno Zahid Hamidi – yang menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Nama-nama yang bertindih itu ialah:

Mohd Nizar Zakaria (Parit)

Noh Omar (Tanjong Karang)

Azeez Abdul Rahim (Baling)

Selepas sidang media Ismail Sabri, Noh dan Azeez tampil menjelaskan dakwaan yang dia menyokong PN.

Noh dan Azeez dia sekadar hadir pertemuan ahli Parlimen Umno dengan timbalan Perdana menteri saja.

Najib juga pertikai angka Ismail: Dari 40 jadi 31

Bekas perdana menteri Najib Razak mempertikaikan angka sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“(Seramai) 21 hadir sidang media hari ini. Didakwa pula ada sokongan 31 orang BN sebab 10 orang tak hadir.

“Tapi hari itu bukan kata ada 40 orang BN yang sokong PN untuk menjadikan sokongan majoriti sebanyak 115?”soalnya.

Najib di media sosialnya hari ini justeru membangkitkan sama ada benar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai sokongan majoriti “jika angka 40 itu sudah jatuh ke 21 atau 31?”

“Takkanlah usaha begitu lama dengan kuasa penuh darurat scheme of things selama tujuh bulan untuk pujuk/ugut tapi nombor semakin mengecil?” soalnya sini.

Pada 3 Ogos lalu, imbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mendakwa 40 anggota parlimen BN menandatangani akuan menyokong Muhyiddin.

Ismail yang juga naib presiden Umno hari ini mendakwa seramai 31 anggota parlimen BN menyokong PN sehingga parlimen bersidang September ini.

Muhyiddin bersedia berdepan undi percaya dalam sesi itu, ketika pembangkang mahu ia diadakan segera.

Ismail berkata 31 anggota parlimen BN bersamanya, termasuk 10 yang tidak hadir.

Terdapat tiga nama bertindih dengan senarai Presiden Umno Zahid Hamidi – yang menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *