Uncategorized

Najib Bagitahu Apa Yg Akan Berlaku Kepada Kabinet Malaysia Selepas 100 hari

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berharap agar kesemua barisan Kabinet yang dibentuk pada Jumaat dinilai berdasarkan hasil dan pencapaian.

Jelas bekas Perdana Menteri itu, sekiranya penilaian itu kurang memuaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu menggugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian selepas berakhirnya tempoh 100 hari.

“Harapan saya satu sahaja. Bahawa kabinet hari ini perlu berdasarkan hasil dan pencapaian.

“PM ke-9 akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Kata Ahli Parlimen Pekan itu lagi, countdown 100 hari seperti yang ditegaskan oleh Ismail Sabri dalam pengumuman Kabinet baharu itu mestilah bermula sekarang.

Beliau pada masa sama mempertahankan barisan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, meskipun menyedari ramai rakyat kecewa dengannya.

“Bagaimanapun, saya faham kenapa PM9 dan YDP Agong membuat keputusan berikut. Ia dibuat bagi mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini,” jelasnya.

Bagaimanapun, Najib memberitahu akan cuba membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara termasuk membabitkan COVID-19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Terdahulu, Ismail Sabri menegaskan, barisan Kabinet baharu itu akan dipastikan kekal komited dalam menjayakan agenda negara melalui jalinan kerjasama rentas parti bagi memacu pemulihan ekonomi demi kesejahteraan rakyat.

Beliau dalam perutusan ‘Pembentukan Kabinet’ berkata, barisan Jemaah Menteri tersebut dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman serta diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi.

Menurut Ismail Sabri lagi, Kabinet baharu itu juga perlu berorientasikan hasil berlandaskan tiga prinsip – peka dengan keperluan semasa; bertanggungjawab dan beramanah serta mengembalikan semula keyakinan rakyat.

Dalam masa sama, Ismail Sabri menegaskan, beliau secara peribadi akan memastikan Kabinet tersebut menekan budaya kerja berprestasi tinggi.

Ismail Sabri arah kadar vaksi.nasi di enam negeri ditingkatkan

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan supaya kadar v4ksinasi di enam negeri ditingkatkan melebihi 50 peratus menjelang hujung bulan depan.

Perdana Menteri berkata, negeri berkenaan iaitu Terengganu, Perak, Johor, Kelantan, Kedah dan Sabah masih mencatatkan kadar pemberian v4aksin di bawah 50 peratus setakat ini.

“Saya sudah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM) dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) supaya tumpuan diberikan kepada enam negeri ini.

“Saya mahu menjelang hujung September ini, keenam-enam negeri ini mesti melebihi 50 peratus kadar v4ksinasinya. Kalau awal, lagi bagus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan pemberian v4ksin AstraZeneca dos kesejuta di Pusat Pemberian V4ksin (PPV) Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata, setakat ini Terengganu merekodkan sebanyak 46.2 peratus pemberian v4ksin, Perak (46.5 peratus), Johor (44.9 peratus), Kelantan (43.2 peratus), Kedah (43 peratus) dan Sabah sebanyak 37.1 peratus.

Tegasnya, kerajaan tidak akan menunggu jika ada v4ksin yang ditempah berdepan masalah seperti penghantaran dan sebagainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan akan beralih kepada bekalan v4ksin sedia ada di negara ini iaitu daripada Pharmaniaga yang membotolkan v4ksin jenis Sinovac.

“Saya tidak mahu ada kelewatan hanya untuk menunggu v4ksin yang dijanjikan dibekal kepada kita, akhirnya lewat dan rakyat jadi mangsa, kita tiada apa-apa ‘obligation’ untuk menunggu mereka kerana rakyat tak boleh tunggu.

“Lupakan tentang mereka yang lambat bekalkan dan kita akan menggunakan apa yang dah ada dalam negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ada menempah kira-kira 500,000 dos v4ksin dari sebuah syarikat namun beliau difahamkan ia akan sampai lewat.

“Ada satu lagi syarikat yang kita tempah namun v4ksin mereka belum mendapat kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) membabitkan kira-kira 6.5 juta dos.

“Saya kata kita lupakan. Jadi kita ambil v4ksin ini daripada Pharmaniaga supaya kita boleh selesaikan v4ksinasi ini tanpa gangguan daripada syarikat yang sepatutnya membekalkan v4ksin kepada kita,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *