Uncategorized

“Nak marah saya, marahlah… saya dah buntu” – Sherie Merlis bimb4ng keselam4tan ibu bapa, adik

KEADAAN rumah yang padat dengan 11 orang ahli keluarga termasuk adik yang disahkan positif Covid-19 mengundang keresahan pelakon Sherie Merlis.

Lebih membimbangkan apabila kediaman dua bilik tidur yang didiami mereka turut dihuni ibu bapa yang berdepan masalah penyakit kronik serta lima kanak-kanak dan seorang bayi.

Ujar Sherie, adik perempuannya itu disahkan positif namun diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah sehingga tindakan lanjut diambil dalam masa terdekat.

“Di rumah ni juga ada bapa saya yang sakit jantung dan baru sahaja keluar hospital. Ibu saya menghidap Alzheimer dan terlantar atas katil.

“Rumah ini padat dan hanya ada dua bilik, satu bilik untuk ibu bapa saya dan lagi satu adik saya guna.

“Saya hubungi KKM dan mereka janji untuk datang secepat mungkin untuk swab test semua ahli keluarga. Tapi belum datang, mereka maklumkan kena tunggu sampai Isnin.

“Memang tak masuk akal. Apabila adik saya kena tunggu saya dah risau, sekurang-kurangnya maklumkan apa yang patut saya buat dengan adanya kanak-kanak dan warga emas kurang sihat di dalam rumah ini,” katanya.

Sherie menerusi siaran langsung di Instagram (IG Live) memberitahu adik perempuannya yang punyai bayi berusia 10 bulan baru sahaja disahkan positif Covid-19.

Adik saya terpaksa balik rumah dalam keadaan positif Covid-19.
Dalam pada itu, Sherie berkata dia buntu dan ingin mendapatkan bantuan dan pendapat orang ramai tentang tindakan yang perlu dilakukan.

Sementara itu, Sherie turut berkongsi mengenai keadaan adiknya yang mula mengalami demam sebelum disahkan positif Covid-19.

“Saya buat live bersebab, pertamanya kerana dah buntu dan tak tahu nak buat macam mana lagi.

“Tiga hari lalu adik saya demam, lepas tu dia pergi klinik kerajaan dia merayu minta check dan buat ujian swab.

Sherie bersama anak perempuannya.

“Mereka check dan dia positif Covid-19. Yang peliknya mereka suruh dia balik rumah. Adik saya terpaksa balik rumah dalam keadaan positif Covid-19,” ujarnya.

Situasi semakin meruncing apabila adik iparnya yang sudah lengkap dua dos vaksin mengalami gejala demam panas selain anak saudaranya sudah mula sakit tekak.

“Pagi tadi suami adik saya demam panas dan anaknya yang berusia empat tahun sudah sakit tekak. Tinggal saya seorang yang sihat dalam rumah ni untuk menjaga semua.

“Tolong saya, selain KKM siapa lagi boleh tolong kuarantinkan adik saya dan baby dia sebab baby dia yang sedang menyusu.

“Tolonglah… Saya tak tahu apa nak buat. Nak marah saya, marahlah sebab ini kenyataan. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak dan ibu bapa saya,” katanya.

Fizz Fairuz Cuba Bantu

Dalam pada itu, Fizz Fairuz cuba menghubungi Sheire dan meminta beliau untuk membalas masej yang di hantar. Terdahulu Fizz banyak membantu meringankkan urusan Shuib sekeluarga ketika berhadapan dengan m4salah Covid

“Kak.. saya try kol akak tak dpt.. ada msg,nanti reply” tulis Fizz Fairuz

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *