Uncategorized

Nama Kena Petik Bagi Ayat ‘Double Meaning’, Sekali Yusuf Azmi Turun Ajak Jumpa

Baru baru ini heboh di media sosial mengenai seorang usahawan dan sosial media influencer telah membuat perkara yang mendatangkan amarah netizen.

VIDEO BERADA DI BAWAH ARTIKEL

Carl Samsudin telah dikecam netizen kerana tiada adab dengan orang tua ketika sedang memberi motivasi di pusat gelandangan Kuala Lumpur.

Namun perkara ini dapat diselesaikan secara aman apabila Yusuf Azmi telah datang mempertemukan Carl Samsudin dan pakcik gelandangan tersebut.

Semua ini adalah salah faham dan telah disalah erti. Tetapi ramai juga yang masih tidak berpuas hati.

YUSUF AZMI DIPETIK NAMA

Yusuf Azmi bukan lagi bersama PPIM – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

Selepas selesai keterangan Carl Samsudin bersama Yusuf Azmi rata rata ramai sangkakan perkara ini habis.

Tiba tiba muncul satu video yang dikatakan datang dari pekerja dan juga adik lelaki Carl Samsudin telah memuat naik beberapa video yang ditujukan kepada jofliam.

Di dalam video tersebut jofliam tidak dapat menahan sabar sehingga terpaksa mencari lelaki tersebut kerana dia telah menyebut nama isteri jofliam dalam keadaan tiada adab.

Video 1:

Jofliam telah beberapa kali ‘tag’ nama Yusuf Azmi dan Semboyan kerana sebelum itu Yusuf Azmi ada bersama dengan Carl Samsudin.

Netizen menyokong dengan tindakan Jofliam kerana mempertahankan maruah isteri beliau Cik Epal.

Yusuf Azmi telah mengatur pertemuan antara Jofliam dan lelaki bernama Wandi yang telah menggangu dia.

Menurut Jofliam, video permohonan telah dibuat tetapi dia masih tidak dapat menerima mohon maaf tersebut.

Jofliam beritahu perkara ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan.

KENYATAAN PENUH YUSUF AZMI SELEPAS SELESAI TABLE TALK

Dari semalam, saya lihat ramai yang cuba ‘petik’ nama saya Yusuf Azmi di sosial media berhubung isu satu kenyataan ‘double meaning’ yang dikeluarkan oleh seorang individu..
Maaf, tapi apa yang perlu saya TEGASKAN.. Kalian sudah salah faham!

Sejujurnya, saya tidak ada kena mengena dengan isu tersebut.. jauh sekali menyokong di belakang mana-mana pihak..

Awalnya, pertemuan saya bersama saudara Carl Samsudin di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur tempoh hari adalah bagi membela nasib Pakcik Hadi.. yang sebelum ini didakwa ‘dihina’ secara terbuka oleh saudara Carl.

Siapa sangka, bermula dari situ ramai yang telah salah faham terhadap saya dan pihak Semboyan Malaysia.

Kemudian, semalam juga telah tular sebuah video yang dimuat naik daripada saudara Jofliam berhubung perselisihan peribadi antara dirinya dan saudara Wadi (staff kepada Carl Samsudin). Di mana saudara Jofliam telah tag saya di video terbabit.

Alhamdulillah, hari ini kedua-dua pihak telah dipertemukan bagi meleraikan pertelingkahan mereka sekali gus membersihkan nama saya dan Semboyan Malaysia.
Isu ini adalah masalah peribadi mereka dan kedua-duanya bersetuju untuk menyelesaikan secara damai.

Di sini saya sekali lagi menegaskan bahawa saya dan pihak Semboyan Malaysia tidak berpihak kepada sesiapa terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.
Kami berharap semoga isu ini tidak berpanjangan dan jumpa jalan penyelesaikan yang positif.

“Ingatlah, orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya). sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” [Surah Asy-Syuraa: 43]

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (ketika jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara.

Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu ketika jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu daripada neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” [Surah Ali ‘Imran, ayat 103]

VIDEO 2:

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *