Uncategorized

Nama Janna Nick kena petik, perkahwinan anak Sheila Rusly dikaitkan punca hubungan ret4k

UMPAMA rumah siap pahat berbunyi, perkahwinan anak Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy didakwa menjadi punca hubungan retak penerbit terkenal itu dengan aktres Janna Nick.

Berang dengan tuduhan itu, Sheila, 50, tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyifatkan ia satu fitnah melampau lebih-lebih lagi membabitkan m4ruah keluarga.

“Cukup-cukuplah menabur fitn4h! Benda lain saya boleh tolak tepi tapi ini maruah keluarga saya.

“Ramai blogger di Facebook memanjangkan isu ini dengan berkongsi fitnah tersebut. Ia tidak benar!” katanya kepada mStar.

Sebelum itu menerusi Instagram, Sheila berkongsi paparan skrin satu Facebook Page menulis mengenai pun.ca hubungannya dengan Janna Nick retak kerana aktres itu menolak untuk dikahwinkan dengan anaknya.

Sheila jawab fitn4h yang ditulis oleh satu pemilik akaun Facebook.

“Dulu Sheila Rusly nak recommend Janna Nick untuk anak Sheila Rusly tapi Janna Nick tak nak jadi pilih Elisya Sandha ni.

“Kepada perempuan di luar sana, kalau mak atau mak angkat awak nak recommend calon terima sajalah sebab itu jalan terbaik,” tulis pengendali akaun Facebook berkenaan.

Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kal4h!

Dalam pada itu, Sheila mencabar pihak yang menyebarkan fitnah berkenaan agar tampil dengan bukti jika dakwaan itu benar.

“Jangan sampai saya ambil tindakan undang-undang. Diam saya tak bermakna kami kal4h.

“Kepada mereka yang mencanang fitnah, sila tunjukkan bukti… saya sanggup berdepan,” ujarnya.

Fitn4h itu mengg0res hati keluarganya dan menantu.

Sementara itu, suami Sheila yang juga pengarah terkenal Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya pula berkata fitn4h yang ditulis pengendali akaun berkenaan telah mengg0res hati menantunya.

“Dengan nama Allah kenyataan awak Kaki Komen (pemilik akaun Facebook) adalah dusta dan fitnah serta telah mengg0res hati menantu saya juga maruah keluarga dan menantu saya.

“Sebelum surat saman saya sampai pada awak… percayalah syurga dan neraka itu benar kecuali awak dilahirkan tanpa agama,” katanya.

Pada 21 Ogos lalu, anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy, 25, selamat disatukan dengan pelakon Elisya Sandha di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID), Selangor.

Elisya Sandha terima hantaran RM22,222.22 – “Sepatutnya nikah Februari depan, cepatkan sebab kes C0vid-19 meningk4t”

SELAIN Remy Ishak menamatkan zaman bujang pada Sabtu, rupa-rupanya pelakon Elisya Sandha turut memilih hari yang sama untuk disatukan dengan tunangnya, Uzair Haqimy pada Sabtu.

Pasangan berkenaan bernikah kira-kira pukul 3.11 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.

Pada majlis ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) itu, Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih daripada Uzair, 25, yang bekerja sebagai pengurus produksi.

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini menerima wang hantaran berjumlah RM22,222.22 dan menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Dalam pada itu, Elisya berkata pada awalnya majlis pernikahan dirancang pada 22 Februari tahun depan, namun terpaksa dipercepatkan.

Elisya dan Uzair disatukan dalam majlis sederhana mengikut SOP.

“Memang perancangan bernikah hari ini berlangsung pada minit akhir, dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang tak boleh dijangka dan peningkatan kes harian naik mendadak, semuanya perlu dipercepatkan termasuk hal membina masjid ini.

Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya!

“Kita dahulukan yang wajib dahulu. InsyaAllah kalau tiada aral, kami merancang untuk mengadakan majlis keraian di kampung halaman saya di Perlis cuma tarikh belum tahu lagi,” katanya.

Ditanya mengenai sisi peribadi suaminya, Elisya menyifatkan anak sulung kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly ini seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Sikap Uzair mementingkan keluarga membuatkan Elisya terpikat.

“Paling utama yang membuatkan saya tertarik kepada Uzair adalah cara dia menjaga dan menyayangi keluarganya. Itu antara ciri yang saya lihat menjadi jaminan dia boleh menjaga saya dengan baik.

“Dia juga rajin bekerja dan menghormati orang tua. Kami juga mengharungi pelbagai ujian hidup bersama sejak dulu,” katanya.

Dalam majlis tersebut Elisya anggun mengenakan persalinan daripada Teh Firdaus dan ditatarias Datuk Alha Alfa.

Majlis nikah petang itu turut saksikan oleh adik beradik, sanak saudara dan teman rapat secara atas talian.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *