Uncategorized

Netizen Mula K0rek Balik Status Facebook Abang Arwah Siti Sarah

Beberapa status tulisan abang kepada penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin yang pernah ditulis sejak tahun lalu tular di Twitter sejak semalam.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan pengguna media sosial Twitter, Ahmad Firdous pernah beberapa kali menyatakan pandangan mengenai pengambilan v4ksin.

Di samping status Ahmad Firdous itu juga diletakkan bersama keadaan terkini dirinya yang turut menerima raw4tan sebagai pes4kit C0VID-19.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan netizen berkongsi semula pandangan Ahmad Firdous di ruang Facebooknya sebelum ini.

Untuk rekod, Ahmad Firdous dimaklumkan oleh Shuib dijangkiti virus berbahaya itu pada 11 Ogos lalu selang dua hari selepas pemergian Siti Sarah.

Ahmad Firdous kemudiannya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang sehari kemudiannya namun dilaporkan telah kembali stabil pada Jumaat lalu.

Allahyarhamah Siti Sarah menghe.mbuskan naf4s ter4khir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat C0VID-19, jam 5.13 pagi Isnin lalu.

Terdahulu, ibu kepada empat cahaya mata itu bert4rung ny4wa akibat COVID-19 selepas lebih 48 jam ditidurkan.
Allahyarhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Abang Siti Sarah sudah sedar

Keadaan abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Ahmad Firdous yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang sudah sedar, jam 9 pagi ini.

Perkara itu disahkan isteri Ahmad Firdous kepada syarikat pengurusan, Indigital Music.

Pengurus Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, keadaan Ahmad Firdous semakin stabil dan dikehendaki menjalani senaman untuk menguatkan paru-paru.

“Alhamdulillah, Ahmad Firdous sudah sedar. Isterinya memberitahu suami menghubunginya sendiri untuk memaklumkan keadaan perkembangannya terkini, pagi ini.

“Ketika sedang bercakap dengan Ahmad Firdous, isteri terdengar jururawat memanggil suami untuk melakukan senaman paru-paru,” katanya kepada BH Online.

Pada majlis tahlil dan bacaan Yassin secara virtual, suami arwah, Shuib Sepahtu memaklumkan keadaan abang iparnya tidak berapa baik, semalam.

Terdahulu, keadaan Ahmad Firdous dikongsi pelawak popular itu menerusi laman Instagram (IG), pagi semalam.

“Abang ipar dimasukkan ke ICU dan ditidurkan pada jam 5 pagi, semalam. Kira-kira jam 11 pagi, isteri Ahmad Firdous menghubungi dan memaklumkan keadaannya tidak berapa baik.

“Doktor juga menjelaskan situasi dialami abang ipar hampir sama dengan arwah Siti Sarah kerana paru-parunya tidak baik,” katanya.

Bagaimanapun, perkembangan terkini Ahmad Firdous dikongsi Shuib dalam IG, pagi ini dengan memaklumkan gembira berkenaan.

“Allahuakbar. Allah Maha Besar. Syukur dah buka mata. Terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

“Tapi kita sambung lagi doa yang lain yang sedang bertarung nyawa. Kita nak semua orang kembali sihat.

“Balik jumpa keluarga. Amin.. Syukur Ya Allah,” tulis Shuib.

Sebelum ini, Shuib memberitahu, abang sulung arwah Siti Sarah itu terlalu sedih atas pemergian satu-satu adik perempuan, memandangkan hubungan mereka sangat rapat.

Ahmad Firdous terkilan tidak dapat mengiringi perjalanan terakhir adiknya. Ahmad Firdous dan isterinya dilaporkan positif kira-kira empat hari selepas arwah Siti Sarah dan keluarga positif, manakala dua anak pasangan itu bebas daripada virus berkenaan.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, akibat COVID-19, pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazah Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkub.uran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, kira-kira jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Beliau meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *