Uncategorized

Ismail Sabri Dah Pun Jadi PM, Sekali Zahid Garis 5 Keg4galan PN Urus C0vid

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata rakyat meletakkan harapan besar di bahu kerajaan baru untuk melakukan perubahan agar negara dapat terlepas daripada ancam4n wab4k Covid-19 yang semakin bur.uk.

Dalam hantaran di Facebooknya semalam, Zahid menyenaraikan lima kegagalan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu dalam mengendalikan Covid-19, yang katanya, harus dijadikan “sempadan” oleh kerajaan baru.

Paling atas dalam senarainya ialah “keputusan populis yang membahayakan”, yang menyentuh soal terlalu banyak kelonggaran dibenarkan sebelum imuniti kelompok dicapai dalam kalangan rakyat, selain membuka sekolah semasa jangkitan sedang tinggi sekaligus membahayakan pelajar dan guru.

Zahid turut membangkitkan soal kelonggaran kepada pengembara dari luar negara menjalani kuarantin di rumah ketika dunia berdepan anc4man pelbagai varian baharu Covid-19.

Kegag4lan seterusnya yang digariskan Zahid ialah sikap berat sebelah dalam pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP).

Kata Zahid, ini termasuk tindakan menutup sektor kurang berisiko dan membenarkan sektor penyumbang kluster tertinggi beroperasi; pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang tidak bersungguh-sungguh; k0mpaun yang tidak munasabah; serta dasar cuba jaya (try and error) yang mengundang ‘flip flop’ sehingga mengel.irukan rakyat.

Kegagalan ketiga menurutnya ialah “bantuan” yang menguntungkan pihak ketiga – membabitkan pemberian moratorium pinjaman bersifat refinance yang menguntungkan pemiutang; bantuan yang sebahagiannya bersifat terakru; serta kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menyeluruh.

“Banker jaga banker”, kata Zahid.

Kegagalan dalam mempertahankan demokrasi pula, kata Zahid, dilakukan apabila PN menyekat persidangan parlimen, sekaligus menyanggah titah Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu serta membelakangi perlembagaan negara.

Akhir sekali, kata Zahid, kegagalan dalam soal memastikan tiada percanggahan polisi dalam memerangi wabak Covid-19.

“Pintu depan ditutup, tetapi pintu belakang dibuka dalam pentadbiran kerajaan berlaku secara nyata.”

“Nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan pakar kesihatan diambil mudah demi memenuhi tuntutan kroni dan ‘monetary’,” katanya lagi.

Ungkapan ‘tutup pintu depan’ juga pernah dahulu digunakan Ismail Sabri Yaakob ketika mengepalai kementerian pertahanan kerajaan PN, mengundang spekulasi warganet bahawa ia ditujukan buat Mohamed Azmin Ali, yang ketika itu menteri perdagangan antarabangsa dan industri yang mengeluarkan surat kebenaran operasi untuk perniagaan.

Ismail Sabri – yang kini perdana menteri – merupakan salah seorang menteri dari Umno yang menggalas tugas penting dalam pengendalian wabak Covid-19 dalam kerajaan PN terdahulu.

Selain Ismail Sabri, beberapa ahli Umno lain turut memegang jawatan penting dalam pengendalian Covid-19 termasuklah bekas menteri kesihatan Dr Adham Baba, dan menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin yang juga menteri penyelaras Pogram Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Pick).

Berikut reaksi netizan atas kenyataan Zahid tersebut

Tiada wakil pembangkang dalam Kabinet – Ismail Sabri

Dalam perkembangan lain PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau tidak akan melantik anggota parti pembangkang dalam senarai barisan Kabinet baharu.

“Tidak melibatkan wakil pembangkang dalam Kabinet. Tiada kerajaan perpaduan bersama pembangkang,” katanya dipetik sebagai berkata pada Isnin.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa senarai Kabinet akan diumumkan pada minggu ini dan menafikan setiap senarai yang tersebar di media sosial.

“Jangan percaya mana-mana senarai. Setiap hari akan ada senarai baru. Tapi terima kasih kepada anda kerana membantu saya,” ujarnya secara berseloroh.

Beliau menambah, senarai Kabinet baharu perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ismail Sabri berkata, setakat ini beliau menerima maklum balas yang menggalakkan daripada parti pembangkang yang mahu menyertai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

“Nampaknya kita mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembangkang. InsyaAllah, kita akan duduk bersama dan berbincang,” kata Perdana Menteri.

Ditanya sama ada beliau akan mengatur barisan Kabinet berdasarkan peratusan perwakilan parti politik, beliau bagaimanapun enggan mengulas.

“Ia berbahaya, semakin dekat,” kata beliau dipetik oleh Vibes sebagai berkata, dalam sidang media, Isnin.

Ismail Sabri dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, meminta semua rakyat Malaysia untuk bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ untuk memulihkan negara dan memer4ngi pande.mik C0vid-19

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *