Uncategorized

“Pagi ini dia dah buka mata”-Dr Faiz HUKM Beritahu Shuib Perkembangan Terkini

Tiada apa yang diharapkan pelawak Shuib Sepahtu buat masa ini melainkan kes.embuhan isteri, Siti Sarah dan kesihatan bayi mereka yang baharu dilahirkan.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia dan Siti Sarah bersetuju untuk menamakan cahaya mata keempat mereka itu dengan nama Ayash Affan.

“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan.

“Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh… doakan dia kuat untuk bert.ahan dalam masa dua bulan ini,” ujar Shuib pada Jumaat malam.

Shuib berkata demikian selepas majlis bacaan Yasin dan doa untuk Siti secara Sarah yang sedang bert.arung n.yawa mel.awan C0vid 19.

Shuib memohon agar semua mendoakan kesembuhan isterinya. Pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki pram.atang selepas menjalani pemb.edahan selama hampir tiga jam bermula pukul 2 petang.

Siti Sarah dimasukkan ke Unit R.awatan Rapi (ICU) H.ospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada pagi Jumaat selepas tahap o.ksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Atas n.asihat doktor, penyanyi berusia 37 tahun itu perlu menjalani pemb.edahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang kini mencecah lapan bulan.

Sementara itu Shuib berkata sejak berdepan ujian ini, dia hampir hilang pertimbangan kerana tidak pernah menyangka perkara sebegini akan berlaku.

Bagaimanapun setelah menerima nasihat daripada golongan agama, dia mula reda dengan apa yang berlaku.

“T.ipu la kalau cakap saya ni ok emosi stabil…10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.

“Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost l.ost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.

“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” katanya penuh s.ebak.

Doktor HUKM Beritahu Keadaan Terkini Anak Beliau

Kata Shuib, bayi mereka yang diberi nama Ayash Affan itu sudah membuka mata dan stabil.

” Alhamdulillah sedikit update untuk Ayash Affan ( abyi baru lahir pramatang 7 bulan).

” Dr Faiz HUKM beritahu Alhamdulillah pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan bayi stabil.

” Ya Allah syukur, ini juga berkat doa korang semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.

” Saya balikkan doa-doa kalian, semoga korang juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar dari segala kemudaratan InsyaAllah Aminn..” tulis Shuib.

Yakin isteri akan pulang

Terdahulu Shuib melahirkan keyakinan isterinya akan pulang ke rumah mereka selepas ini pada majlis bacaan Yasin dan doa selamat untuk Siti Sarah secara maya

” Syukur ya Allah kerana hantar orang yang baik kepada saya sekarang. Terima kasih banyak-banyak kerana meluangkan masa.

” Insya-Allah saya cukup yakin isteri saya kuat. Saya cukup yakin dia akan balik ke rumah. Anak-anak semua mendoakan dia.

” Insya-Allah semoga dengan bacaan Yasin malam ini harap-harap Allah angkat doa kita semua dah insyaAllah Sarah akan sihat,” kata Shuib.

Menurut Shuib, selepas bacaan Yasin dan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Salahuddin Harun itu, dia semakin terbuka dan okay.

” 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya. Kejayaan saya juga kerana doa dia. Saya mohon maafkan segala salah dan silapnya. Halalkan makan minumnya.

” Insya-Allah. Saya yakin dia akan balik. Saya yakin dia akan sihat. Semoga dengan memaafkan dia ini akan memudahkan perjalanannya.

” Saya sangat berlapang dada untuk malam ini untuk segala doa,” katanya.

Reda dengan ketentuan Ilahi

Shuib berkata, dia juga reda dengan ujian Allah SWT.

” Saya yakin setiap ujian yang saya lalui ada kebaikan di depannya. Saya dah lalui pelbagai ujian dengan dia. Tapi malam ini bila semua orang ada, ia buka mata dan hati saya untuk lebih reda untuk terima apa saja akan jadi.

” Saya cukup yakin. Walau pun tidak baik, itu adalah yang paling baik Allah nak bagi untuk saya dan keluarga saya,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkata apa pun yang terjadi, dia yakin Allah mahu memberikannya perkara yang lebih baik.

” Allah nak ajar saya. Saya mohon kalau boleh setiapkali solat doakan Sarah sampai bila-bila,” katanya.

Sementara itu majlis bacaan Yassin malam ini turut disertai oleh Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah serta rakan-rakan artis antaranya Lah Ahmad, Bob Yusof dan Liza Hanim.

Untuk rekod Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif C0vid 19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011, memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *