Uncategorized

“penat, lesu dan pucat” Petugas kesihatan bagitahu keadaan Sherie masa meraka sampai

PETALING JAYA – Pengasas bersama sebuah klinik swasta berkongsi keadaan pelakon, Sherie Merlis yang kelihatan terlalu penat, lesu dan pucat ketika pasukannya mengunjungi kediaman keluarga aktres itu yang kini menjalani kuarantin.

Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman menerusi akaun Instagram @kai_kaklong berkongsi, beliau dihubungi Sherie melalui panggilan video yang ingin bertanya mengenai keadaan ibunya.

“Pada ketika ini Sherie sedang menjaga ibu yang terlantar, bapa yang kurang sihat, dua anaknya serta dua lagi anak saudara.

“Kak Long tanya bila kali terakhir Sherie makan atau sempat tidur dan Sherie tidak memberi respons yang baik selain menunjukkan simptom ‘burnout’ yang amat ketara,” tulisnya semalam.

Katanya, apabila tiba, Sherie berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan petugas kesihatan memberinya air coklat suam namun dia hanya merenung minuman tersebut sebelum memintanya untuk baring dan cuba tidur.

“Sherie asyik terkejut, terjaga selain bercakap dalam keadaan mamai yang dia perlu bangun menguruskan ibunya, beri makan anak-anak, urus rumah dan macam-macam lagi.

“Allah luluhnya hati Kak Long melihat keadaan Sherie. Sherie dapat tidur ayam tidak sampai sejam sudah bangun,” ujarnya.

Ahad lalu, Kosmo! melaporkan, adik perempuan Sherie bersama suami dan dua anak yang positif Covid-19 telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19Berisiko Rendah Swasta (PKRCS) di ibu kota.

Sherie Merlis dah dibantu, adiknya dan suami dibawa ke pusat kuarantin Covid-19

Selepas membuat pendedahan berhubung keadaan adiknya yang positif Covid-19, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.

Menerusi hantaran video di Instagram pengguna akaun @nafidzrazak berkongsikan kisah bantuan dihulurkan kepada Sherie dan keluarganya yang sudah membuat ujian calitan di kediaman pelakon itu, siang tadi.

“Bila ramai yang tag tentang @sheriemerlis, abang long dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarga Sherie.

“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.

“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan,” tulisnya.

Terdahulu, dalam laporan Harian Metro melaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.

Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.

“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.

“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.

“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.

“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.

Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.

sumber:kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *