Uncategorized

Walapun Ismail Sabri dpt undian tertinggi, tapi ada benda buat Umno mula gelis4h sampai MT akan bermesyuarat esok

“Kepada Allah kita berserah,” ungkap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hantaran terbaharu di Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkemungkinan berkaitan calon Perdana Menteri yang dijangka diumumkan hari ini.

Ahli Parlimen Bera itu turut memuat naik gambar beliau di dalam bas ketika menuju ke Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam.

Nama Ismail Sabri kini meniti di bibir rakyat dan pemerhati politik tanah air sebagai calon yang bakal diangkat menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Keputusan kini terletak pada Al-Sultan Abdullah selepas Baginda menerima sembah maklum nama yang dipilih oleh Ahli Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri dikatakan sudah memiliki 114 sokongan Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) selain disokong Perikatan Nasional (PN).

Hari ini Mesyuarat Majlis Raja-Raja berlangsung di Istana Negara bagi perbincangan lanjut antara Al-Sultan Abdullah dan Raja-Raja Melayu.

Dalam perkembangan terkini Raja-Raja Melayu mula berangkat tiba di Istana Negara bagi menghadiri perbincangan khas bersama Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkaitan isu bakal calon Perdana Menteri kesembilan dan kerajaan.

Tumpuan seluruh negara hari ini terarah kepada perbincangan khas itu yang dijadualkan berlangsung pada 2.30 petang.

Ketibaan berangkat bermula 1.57 tengah hari dengan kenderaan membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia diikuti dengan keberangkatan tiba Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada pada 2.14 petang, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 2.22 petang dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 2.24 petang.

Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong berangkat tiba pada 2.33 petang dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 2.36 petang.

Bagaimanapun, tidak kelihatan kenderaan membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

‘Umno gelisah sokongan bersyarat Muhyiddin, MT bermesyuarat esok’

Gara-gara gelisah dan mencurigai dengan sokongan bersyarat yang diikrarkan oleh sekutunya, Bersatu dalam memberi sokongan bersyarat kepada calon perdana menteri parti itu Ismail Sabri Yaakob, Umno dilaporkan akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) esok.

“Malam tadi, beberapa pemimpin Umno mengadakan perbincangan. Malam esok pula dijadual MT khas.

“Umno gelisah dan pandang serius kenyataan sokongan bersyarat Muhyiddin,” kata sumber dalaman itu kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi, seorang anggota MT mengesahkan perjumpaan malam tadi. Namun, katanya masih tidak pasti dengan mesyuarat khas esok.

“Saya dengar ada mesyuarat MT khas esok. Tapi, masih tidak menerima panggilan untuk mesyuarat. Mungkin tunggu pengumuman daripada Majlis Raja-Raja hari ini,” kata seorang lagi pemimpin parti yang tidak ingin mendedahkan namanya.

Semua ini gara -gara parti itu yang memandang serius dengan kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin yang menyatakan sokongan bersyarat kepada calon perdana menteri parti itu Ismail Sabri Yaakob.

“Ada juga kemungkinan mesyuarat MT diadakan selepas calon PM angkat sumpah,” tambahnya lagi.

Semalam, Muhyiddin menerusi kenyataan berkata bahawa sokongan daripada 50 anggota parlimen gabungan itu kepada Ismail Sabri adalah bersyarat.

Muhyiddin berkata naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

Selain itu Muhyiddin berkata Ismail juga mesti meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berperlembagaan.

Sementara itu, sumber parti berkenaan berkata mesyuarat beberapa pemimpin tertinggi Umno semalam membincangkan kesan jika terima sokongan brsyarat Muhyiddin.

“Umno berpendapat bahawa kenyataan Muhyiddin satu ugutan.

“Umno bimbang Ismail Sabri tak mampu bertahan, jika Bersatu teruskan ugutan,” kata sumber parti itu lagi.

Sumber itu turut menyentuh peristiwa 15 ahli Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin yang memaksa Presiden Bersatu itu meletak jawatan pada 16 Julai.

“Sekarang Umno bimbang Bersatu boleh buat tindakan yang sama. Tiada jaminan sebuah kerajaan stabil boleh dibentuk,” katanya.

Malaysiakini sedang menghubungi Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan untuk mendapatkan komen.

Raja-Raja Melayu dijadual mengadakan pertemuan di Istana Negara hari ini bagi membincangkan isu semasa negara, khususnya berkaitan dengan pelantikan Perdana Menteri Malaysia kesembilan.

Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu itu dijadual bermula 2.30 petang, dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan kenyataan parti-parti utama dan ahli parlimen sehingga semalam, nama naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob merupakan calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin, manakala PH kekal mencalonkan presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *