Uncategorized

Bangga P0tong Gelang Pink Sebab Nak Berjalan, Sekali P0lis Nampak Video Tersebut

Tindakan remaja perempuan menanggalkan gelang merah jambu untuk keluar bersiar-siar membawa padah apabila dia dikompaun polis sebanyak RM5,000.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, tindakan kompaun dikeluarkan selepas video remaja berusia 17 tahun itu tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Kamunting di sini.

“Selepas mengenalpasti video itu, polis berjaya mengesan lokasi remaja terbabit yang didapati menanggalkan gelang kuarantin tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Remaja terbabit menjalani ujian calitan pada Sabtu lalu dan keputusannya masih belum diperolehi.

“Difahamkan ketika kejadian itu, dia dikatakan hanya singgah di rumah rakannya di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kompaun dikenakan kerana remaja itu melakukan kesalahan di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Polis menasihatkan masyarakat supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memerangi wabak Covid-19.

“Mana-mana individu yang didapati sengaja melanggar peraturan yang ditetapkan akan diambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.

Semalam tular di TikTok video berdurasi 31 saat yang memaparkan seorang remaja yang memakai topi keledar menanggalkan gelang merah jambu di sebuah kediaman.

Difahamkan remaja itu berbuat demikian berikutan mahu keluar bersiar-siar.

VIDEO:

Sumber : HMETRO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *