Uncategorized

Ramai yang tak perasan ada yang tak kena ketika Zahid buat sidang media semalam

Semalam UMNO memilih mengambil berpendirian berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mempertahan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung selama maya hari ini.

Katanya, MT UMNO sepakat menarik sokongan kepada PN dan Muhyiddin.

Beliau akan mempersembahkan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan kepada Muhyiddin dan Kerajaan PN.

“Saya akan mempersembahkan surat warkah tambahan kepada Baginda,” katanya.

Zahid Masih Dalam Tempoh Kuarantin

Namun ramai tak perasan, ketika Presiden UMNOmembuat sidang media, dia sebenarnya masih dalam tempoh kuarantin kerana di jangkiti dengan C0vid

Zahid p0sitif C0vid-19 kategori 1, tidak bergej4la

Pada 25 Julai lalu media melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz masing-masing negatif Covid-19.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun didapati positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumahnya.

Sumber rapat kepada Ahmad Zahid yang dihubungi Bernama berkata, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dij4ngkiti C0vid-19 kategori satu dan tidak bergejala.

Dalam pada itu, Annuar dan Nik Mohamad Abduh masing-masing secara berasingan mengesahkan mereka neg4tif viru.s itu.

Annuar ketika dihubungi Bernama berkata: “Saya baik dan sihat,” manakala Nik Mohamad Abduh juga dalam respons ringkas kepada Bernama berkata: “Alhamdulillah neg4tif,”.

Pegawai Komunikasi Strategik kepada Mohd Rashid, Muhammad Afiq Mohd Hanif berkata, selain Ahli Parlimen Batu Pahat itu, semua pegawainya juga didapati neg4tif C0vid-19 selepas menjalani saringan di Parlimen pada Jumaat.

Beliau berkata, Mohd Rashid juga bukan kontak rapat kepada mana-mana individu yang dilaporkan positif viru.s itu.

“Semua pegawai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah negatif selepas ujian (saringan) yang dijalankan di Parlimen dan Datuk Mohd Rashid juga neg4tif. Datuk (Mohd Rashid) ada buat ujian sendiri (di klinik swasta) tadi dan keputusannya juga negatif,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) belum menerima laporan penuh daripada ujian saringan yang dijalankan di Parlimen pada Khamis dan kelmarin di Dewan Rakyat.

Terdahulu media melaporkan hasil saringan itu, sekurang-kurangnya 35 individu termasuk beberapa Ahli Parlimen dikatakan positif C0vid-19.

Saringan C0vid-19 itu dilaksanakan sebagai langkah keselamatan dan pencegahan penularan wabak menjelang Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok.

Panduan dari doktor untuk pes4kit C0vid-19 kuarantin di rumah

Pakar perunding pediatrik Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin, menyarankan beberapa tindakan sementara yang boleh dilakukan pes4kit Covid-19 sementara mereka menunggu di rumah.

Berikut adalah garis panduan yang dicadangkan:

1. Jika anda positif tetapi asimptomatik, terus berada di rumah dan lakukan pengasingan kendiri sebaik saja keputusan ujian diterima

2. Semua isi rumah juga perlu melakukan pengasingan

3. Pejabat kesihatan daerah akan menghubungi anda pada waktu yang sepatutnya

3. Anda hanya boleh meninggalkan rumah dalam keadaan tertentu

4. Jangan pergi ke tempat kerja, sekolah atau kawasan awam

5. Jangan gunakan pengangkutan awam atau teksi

6. Jika perlu keluar rumah, anda mesti memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal sebelum kembali serta-merta selepas selesai berurusan

7. Di Selangor Pasukan Khas Covid-19 Selangor (STC) akan memaklumkan keputusan anda melalui aplikasi SeLangkah dalam tempoh 24 jam selepas ujian dijalankan. Justeru anda tidak perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

8. Jauhkan diri sebaik mungkin daripada orang lain dalam rumah, terutama jika mereka adalah golongan berisiko tinggi

9. Di mana boleh, elakkan daripada menggunakan ruang bersama seperti dapur atau seumpamanya ketika ada orang lain dan bawa makanan anda ke bilik untuk dimakan.

10. Pakai pelindung muka atau pelitup muka pembedahan semasa meluangkan masa di kawasan bersama dalam rumah anda

11. Lakukan kegiatan beriadah di dalam atau kawasan halaman rumah saja

12. Patuhi nasihat umum bagi mengurangkan penularan jangkitan dalam kalangan penghuni rumah

13. Tempoh pengasingan anda termasuk hari anda melakukan ujian dan 10 hari berikutnya

14. Maksudnya jika ujian pertama dilakukan 15 hari bulan, tempoh pengasingan anda berakhir pada jam 11.59 malam 25 hari bulan.

15. Tempoh pengasingan rasmi 10 hari bermula pada hari keputusan ujian menunjukkan anda positif

16. Kebanyakan pesakit Covid-1 mengalami rasa tidak sihat yang ringan. Dapatkan segera rawatan sekiranya keadaan anda atau penghuni rumah anda semakin buruk

17. Anda boleh kembali menjalani kehidupan biasa dan menamatkan pengasingan 10 hari penuh jika anda kekal dalam keadaan sihat, atau simptom anda cuma batuk ringan atau kehilangan deria baru yang mungkin memerlukan masa beberapa minggu untuk pulih.

Tapi nampaknya apa yang di tujukkan oleh pemimpin parti poltik di negara kita sekarang ini sangat mengec3wakan rakyat

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *