Amalan

Selepas habis mesyuarat, Umno sebulat suara dedah calon PM

Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Semenara itu ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah, dalam hantaran di Facebook berkata, dengan sokongan tersebut ahli parlimen Bera itu dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Jika menjadi kenyataan, jumlah itu mencukupi untuk naib presiden Umno terbabit mendapat sokongan majoriti di parlimen

T0lak kluster mahkamah, Anwar dan Shafie pilihan utama Pejuang

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim, dan Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, merupakan pilihan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) untuk dinamakan sebagai calon perdana menteri kesembilan.

Pada masa sama, kata Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, parti itu juga terbuka untuk memberikan sokongan kepada mana-mana calon yang memiliki majoriti mencukupi, kecuali daripada kalangan “kluster mahkamah”.

Ini bermakna, katanya, Pejuang sedia bekerjasama dengan ahi parlimen Bersatu, PAS dan Umno-BN yang bukan terdiri daripada kalangan kluster dinyatakannya.

Pejuang, menurut Mukhriz, juga bersedia menerima Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika tiada pilihan lain.

“Sejak awal prinsip kami ialah menolak rasuah. Justeru kita akan ada masalah kalau majoriti yang kita sokong termasuk apa yang kita kenali sebagai kluster mahkamah,” katanya dalam program disiarkan Astro Awani malam ini.

Ditanya jika Pejuang sedia menyokong Anwar, Mohd Shafie dan Ismail Sabri, ahli parlimen Jerlun itu berkata, mereka bersikap terbuka kepada ketiga-tiga mereka.

“Tetapi keutamaan kami ialah rakan-rakan dalam PH. Justeru tumpuan kami adalah dua nama yang terawal,” katanya.

Pada masa sama Mukhriz juga menggesa ahli parlimen untuk tidak berpaling tadah apabila ada kerajaan baru dibentuk nanti dan keinginan mereka tidak dipenuhi.

Mesti kompromi, berk0rban

Sebaliknya, kata Mukhriz, mereka perlu menghormati hasrat Yang di-Pertuan Agong serta mandat rakyat pada PRU ke-14 lalu.

“Ini akan membawa kepada satu lagi suasana politik yang tidak stabil serta mengganggu tumpuan kerajaan daripada tugas yang jauh lebih penting iaitu menguruskan krisis kesihatan.

“Kita tidak boleh memberikan jaminan mengenai hal ini, tapi jika kita menghormati pandangan Agong, kita mesti berkompromi, berkorban dan tidak terlalu keras dalam pendirian kita,” katanya.

Untuk rekod “kluster mahkamah” merujuk kepada beberapa pemimpin kanan Umno yang sedang dibicarakan termasuk bekas presiden parti itu, Najib Razak, serta presiden semasa, Ahmad Zahid Hamidi.

Kalau anda terlepas…

Turut terbabit ialah Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan (Pontian).

Pejuang merupakan parti yang ditubuhkan Mukhriz bersama bapanya, Dr Mahathir Mohamad, ekoran jatuhnya kerajaan PH akibat Langkah Sheraton pada tahun lalu.

Ketika ini Pejuang mempunyai empat ahli parlimen. Selain Mukriz dan Mahathir (Langkawi) ia diwakili Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Sharuddin Md Salleh (Sri Gading).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *