Uncategorized

Siti Nordiana s4aman 5 individu, sekali masuk komen Zulin Aziz

PETALING JAYA – Pelakon Zulin Aziz dikecam netizen selepas bertindak mempersoalkan nilai saman RM200,000 yang dituntut penyanyi Siti Nordiana atau Nana terhadap lima individu baru-baru ini.

Menerusi komen yang ditingggalkan pada hantaran dimuat naik Nana dalam Instagram, kenyataan Zulin menimbulkan pelbagai reaksi netizen selain menyifatkan dia cemburu dengan tindakan saman tersebut.

“Hmmm, nak buat apa RM200,000 tu. Dapat ke ubati hati yang terluka,” tulis Zulin pada ruangan komen.

KOMEN Zulin yang menerima kecaman netizen kerana tindakannya mempersoalkan nilai tuntutan saman dibuat Siti Nordiana terhadap lima individu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Zulin mengeluarkan komen sedemikian yang disifatkan tidak matang dan hanya sekadar mahu meraih publisiti.

“Dengki ke tu? Nak kak Nana saman awak juga ke?” soal netizen membalas komen yang ditulis Zulin.

Pada masa sama, terdapat segelintir netizen cuba menerangkan kepada Zulin tentang nilai saman yang dituntut Nana.

“Pengajaran untuk mereka ini. Dah berusia kan semua, tak kan nak jadi mak cik pak cik bawang mengata kawan sendiri.

“Berjuta saman pun tetap tidak dapat ubat hati, tapi bagi pengajaran itu pasti,” tulis netizen.

Terdahulu, nama penyanyi dan pelakon drama Dia Semanis Honey itu dipetik dan didakwa menjadi penyebab karier penyanyi Syura dan Lan Solo terjejas.

Pendedahan yang dikongsi isteri Lan, Sheila Razlan mencetuskan tanda tanya ramai. Sheila bahkan memaklumkan dia dan suami tidak lagi mengikuti pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran itu dalam Instagram.

Sheila menerusi InstaLive berkata, tindakan itu dibuat kerana terkejut apabila Nana mendakwa Lan mahu menumpang populariti dan tidak membayar duit makanan sekiranya mereka keluar bersama.

Syura turut meluahkan rasa terkilan apabila sesetengah pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepadanya dan perkara tersebut dipercayai berpunca daripada ‘mulut’ sahabat baiknya iaitu Nana.

Nana terpaksa meneruskan tindakan saman terhadap lima individu tersebut selepas tiada permohonan maaf secara terbuka dibuat seperti yang dituntut.

Terdahulu, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana, 36, memutuskan untuk meny4man kelima-lima individu terbabit yang dipercayai memfitnahnya dalam sesi live di Instagram.

Keputusan itu diambil selepas kesemua individu tersebut gagal membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut penyanyi lagu angkara itu sehingga 5.30 petang, 27 Julai lalu.

sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *