Uncategorized

‘Wife Mengandung Kena Kepala” – Netizen M4rah Cara Ryzal Bergurau, Sekali Ini Jawapan Balas Maryam

Instafamous warga Korea Selatan, Maryam You Narae atau dikenali sebagai Maryam sekali lagi menarik perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video.

Walaubagaimanapun, video berdurasi sekitar 10 saat itu mencetuskan kemarahan ramai apabila suaminya dikatakan berkelakuan agak k4sar.

Menerusi posting berkenaan, Ryzal dilihat cuba bergurau dengan melakukan balingan botol ke atas kepala Maryam.

Reaksi Maryam yang agak terkejut itu kemudian menimbulkan kerisauan ramai apatah lagi dia kini sedang sarat mengandung.

“Janganlah kasar-kasar tengah mengandung tu.”

“Gurau kas4r nampak Ryzal.”

“Hurmm tak kelakar, first sebab kepala, 2nd its your wife. Nak bergurau pun ada batas dan wife kau mengandung kot,” kata beberapa netizen.

Biarpun begitu Maryam menganggap ia bukanlah satu perkara yang seri.us dan hanya sekadar gurauan antara suami dan isteri.

“Saya sangat okay. Kalau tak ok saya tak post video ni, terima kasih,” balas Maryam menerusi ruang komen.

Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.


Terdahulu, Ryzal bersyukur selepas dua tahun mendirikan rumah tangga akhirnya isterinya, Maryam Yun Nae hamil anak pertama mereka.

Ryzal berkongsi berita gembira tersebut di akaun Instagram mereka @duriankimchi.

Perjalanan indah hidayah Maryam

SEBELUM memeluk agama Islam, You Narae dari Ansan, Gyeonggi-do, Korea Selatan hanya seorang gadis biasa yang mengusahakan kedai menjual kuih walnut bersama ibunya.

Namun takdir ALLAH menemukan You Narae dengan Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, seorang jejaka Melayu berasal dari Kota Bharu, Kelantan yang kini menjadi pasangan hidupnya.

Pada awal perkenalan mereka lebih setahun lalu, Nik Muhammad Rizal atau mesra disapa sebagai Ryzal menawarkan untuk mengajar bahasa Inggeris secara percuma kepada You Narae atau kini dikenali dengan nama Islamnya, Maryam dengan syarat wanita itu sudi mengajarnya bahasa Korea.

Bermula daripada hubungan ‘guru dan pelajar’ keakraban yang terjalin menjadikan masing-masing tidak berasa janggal untuk berkongsi kisah peribadi.

Lebih bermakna apabila hati kecil wanita itu terbuka untuk mengenali Islam setelah berkenalan dengan Ryzal yang pada ketika itu merupakan seorang pelajar Jurusan Kewartawanan di Universiti Korea.

“Keperibadian Ryzal yang tidak terlalu mendedahkan gaya hidup Islam secara berlebihan, malah berfikiran terbuka membuatkan saya jatuh hati,” ujar Maryam secara eksklusif kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Nama Maryam mula menjadi perhatian pelayar media sosial Malaysia menerusi video-videonya mempelajari bahasa Melayu yang dimuat naik menerusi saluran Duriankimchi TV YouTube.

Maryam yang kini berkhidmat sebagai ahli fisioterapi di sebuah hospital di Ansan berkata, bulan Ramadan tahun lalu merupakan saat permulaan dirinya terdetik untuk mendalami Islam terutama apabila melihat kegembiraan Ryzal dan rakan-rakan Muslimnya berpuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *