Uncategorized

Ziela Jalil Beritahu Pada Awal Muharram Anak Dia Ada Minta Masakkan Mee Goreng. Dia Buat Ikut Apa Yg Arwahh Siti Sarah Amalkan

“Saya pernah rasa kehilangan itu,”.

Itu luahan pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil kepada pelawak dan usahawan Shuib selepas selesai majlis tahlil dan bacaan yassin malam Selasa.

Jelas Ziela, Shuib adalah orang yang beruntung kerana dipinjamkan Allah bidadari syurga.

“Bila baca kenyataan daripada kalangan rakan Allahyarhamah atau pun rakan-rakan kakak yang tidak kenal, mereka pun terkesan.

“Apabila dapat berita pemergian dia saya terkedu. Cara pemergiannya saya cemburulah, Allah muliakan dia dan angkat dia.

“Shuib juga sangat bertuah kerana dipilih untuk berkongsi hidup bersama dengan insan yang istimewa,” ujarnya.

Ziela yang mengusahakan rumah produksi, Pena Creative Picture, kongsinya lagi, sempena awal Muharram baru-baru ini dia memasak masakan dengan amalan doa Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Anak minta saya masakkan mee goreng, biasa masak selalu selawat. Tapi hari itu, saya masak ikut cara amalan arwah seperti mana yang dikongsikan di Instagram.

“Itulah yang dia tinggalkan, ilmu yang bermanfaat, ramai ikut jejak langkahnya.

“InsyaAllah Shuib kuat dan anak-anak yang ditinggalkan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,” akhirinya.

Air Tangan Terakhir, SITI SARAH Sempat Kongsi Resipi Ketam Sweet & Sour Chinese Style

Sesungguhnya pemergiaan insan hebat ini memberi kesan yang mendalam dan turut dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Pemergiaan yang dicemburui dan bakal menjadi suri teladan buat semua wanita yang bergelar isteri

DOA SITI SARAH KETIKA MENYEDIAKAN RESIPI INI,

“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG, YA ALLAH, YA TUHANKU, SIAPA SAHAJA YANG MAKAN MAKANAN INI YA ALLAH, TENANGKAN HATI

MEREKA, MURAHKANLAH REZEKI MEREKA, JADIKANLAH MEREKA HAMBAMU YANG TAAT YA ALLAH,” UCAPNYA.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *