Uncategorized

Beli nasi berlauk gulai ayam, sekali dapat ‘lauk’ special

KOTA BHARU – Seorang pekerja swasta terkejut bercampur geram apabila sebungkus nasi berlauk gulai ayam yang dibeli di sebuah gerai makan untuk sarapan pagi di sini didapati hanya berisi lauk lapan hirisan asam keping.

Mohd Firdaus Shamsudin, 36, berkata, dia membeli dua bungkus nasi gulai ayam dan sebungkus laksam dengan harga RM9 pada jam 8.45 pagi, Isnin.

Katanya, satu bungkus nasi dimakan oleh anak kedua manakala satu bungkus lagi dimakan oleh isteri yang pada mulanya menyangkakan asam keping itu adalah hirisan daging.

Plastik kecil gulai berisi lapan hirisan asam keping dibeli di sebuah gerai di Kota Bharu pada Isnin. – Foto Sinar Harian

“Nasi yang dimakan oleh anak, elok berisi seketul paha ayam gulai namun nasi yang dimakan isteri didapati hanya berisikan lauk lapan hirisan asam keping.

“Saya membeli nasi tersebut yang sudah siap-siap dibungkus dan diletakkan oleh peniaga lain di gerai peniaga tersebut yang ditandakan lauk ‘gulai ayam’ dan bukannya ‘asam keping’,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Ujarnya, walaupun berasa geram namun isteri tetap menghabiskan nasi tersebut bersama kuah tanpa isi ayam dan memaafkan peniaga itu selain mendoakannya dimurahkan rezeki.

“Memang rasa geram tetapi kita tidak pasti peniaga itu perasan atau tidak ataupun tidak sengaja tertukar ayam atau daging dengan asam keping.

“Kami faham keadaan sekarang serba-serbi mahal, harga ayam pun meningkat tetapi peniaga seharusnya bersifat jujur dan seandainya disengajakan perkara sebegini tidak patut berlaku,” katanya.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Ujarnya, walaupun berasa geram namun isteri tetap menghabiskan nasi tersebut bersama kuah tanpa isi ayam dan memaafkan peniaga itu selain mendoakannya dimurahkan rezeki”
Kalau dah memaafkan dan mendoakan, kenapa ditularkan? Kenapa biarkan wartawan siarkan perkara ni? Kena bersikap konsisten, walau pun kita kena tipu. Dah tau ayam dah jadi asam keping, jangan makan dulu, pergi balik jumpa toke retoren tu. Confront. Minta ganti. Kalau dia enggan, baru lah ada sbb dan justifikasi untuk tular seperti ini.
Sekadar pendapat….

“Khilaf manusia. Baiknya tuan tegur dan bagitau si penjual bukan viralkan . Mungkin masa tu dia khilaf nak cepat tak perasan di letak asam keping bukan ayam. Beetter pegi kedai itu balik bukan war warkan sebgini. Tak menyelesaikan apa yg saudara hadapi

Berlaku jujur dan amanah dalam urusan perniagaan

DI ANTARA sifat-sifat yang mulia dan amat penting yang harus dimiliki pada setiap orang ialah sifat jujur dan amanah. Sifat inilah yang menentukan sama ada kita boleh dipercayai atau tidak. Sifat jujur dan amanah juga merupakan modal utama dalam segala apa jua urusan pekerjaan, kerana dengan memiliki sifat sedemikian akan mencapai kemajuan dan kejayaan.

Dalam urusan perniagaan, sifat jujur dan amanah amat diperlukan bahkan agama Islam turut mewajibkan supaya kita bersifat jujur dan menjauhi sifat khianat. Jika kita jujur pasti para pembeli akan percaya kepada mutu barangan yang dijual dan akan merasa selamat daripada penipuan. Berniaga merupakan salah satu usaha kita mencari rezeki yang baik, tetapi kadangkala rezeki yang baik dan halal itu boleh tercemar menjadi sebaliknya iaitu jika ada sikap dan perbuatan khianat dilakukan. Antaranya seperti melakukan penipuan dengan mengurangkan timbangan dan sukatan dari yang sepatutnya, menipu dengan sumpah-sumpah palsu, memuji-muji barang dagangan sendiri sedangkan tidak seperti yang diucapkan, memburuk-burukkan barang dagangan orang lain dan sebagainya.

Allah Subhanahu Wata’ala memerintahkan agar urusan jual beli dijalankan dengan menyempurnakan timbangan, sukatan dan sebagainya. Hal ini ditekankan melalui firman-Nya yang tafsirnya :

“… Dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil …”
(Surah Al Israa’ ayat 35).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *