Uncategorized

‘Buk4n Muhyiddin’ Res3t Malaysia Mahu Majlis Raja-Raja lantik org lain ketuai MPN

KUALA LUMPUR – Res.et Malaysia merayu kMajlis Raja-Raja agar melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk menangani pandemik Covid-19.

Ketua Sekretariatnya, Dr. Nurul Ashikin Mabahwi berkata, jawatan itu perlu digalas pemimpin yang terbukti cekap menguruskan krisis negara sebelum ini seperti bekas Perdana Menteri ketujuh itu.

“Kami bersama 116 NGO yang lain menuntut agar seorang pengerusi, pemimpin yang terbukti menguruskan negara sewaktu pandemik untuk mengetuai MPN.

“Kami mencadangkan Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi MPN.

“Kita perlukan seorang yang cekap, terbukti dan ternyata boleh menguruskan negara sewaktu pandemik untuk mempengerusikan MPN,” katanya pada sidang media di luar pekarangan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja, hari ini.

Terdahulu beliau bersama Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Hudin menyerahkan memorandum memohon limpah perkenan Majlis Raja-Raja bagi penstrukturan semula MPN.

Dalam pada itu, pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi MPN yang baharu dilihat tidak bertepatan dengan kehendak rakyat kerana beliau gagal menangani Covid-19 sebelum ini.

“Kita tidak nampak kenapa kita perlu meletakkan seorang pengerusi yang telah pun gagal sebelum ini mentadbir kerajaan sewaktu pandemik sebagai pengerusi MPN.

“Kita juga kecewa kerana merasakan kerajaan ini hanya memikirkan jawatan dan kuasa politik dengan meletakkan seseorang yang terbukti gagal sebagai pengerusi MPN,” katanya.

Nurul Ashikin turut berharap kerajaan dapat memikirkan nasib 18,000 keluarga yang kehilangan ahlinya akibat pandemik Covid-19 berbanding jawatan dan kuasa politik mereka.

“Kita telah menyerahkan warkah kepada Tan Sri Syed Danial Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja untuk dipanjangkan kepada setiap Raja-Raja Melayu memohon perkenan agar penstrukturan MPN ini diadakan.

“Kita betul-betul berharap apa yang kami dan rakyat mahukan akan terlaksana,” katanya.

Sementara itu, Abu Hafiz mengakui bahawa cadangan dan penyerahan memorandum itu telah mendapat persetujuan daripada Dr Mahathir sendiri.

“Penyerahan ini kami telah maklumkan dan beliau telah bersetuju untuk kami bergerak menghantar memorandum ini.

“116 NGO memberi sokongan agar Tun Dr Mahathir dilantik sebagai pengerusi MPN,” katanya.

Selain itu, beliau turut meletakkan keyakinan tinggi kepada Raja-Raja Melayu untuk mencermati keadaan semasa pandemik Covid-19 yang tinggi ketika ini

“Kes Covid-19 tidak berkurang secara signifikan, setiap hari ada yang mati akibat Covid-19 dan peningkatan kes mendadak sangat menakutkan.

“Kami memohon seluruh kepimpinan sama ada peringkat Istana mahupun negara untuk takut kepada Allah SWT di atas nyawa-nyawa ini.

“Isu ini bukan sekadar isu mainan politik tetapi ia berkaitan dengan nyawa manusia.

“Ia perlu diambil tindakan dan semua yang mempunyai wewenang untuk bertindak secepat mungkin,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *