Entertainment

‘Bukan Lari Daripada Hutang’ Siti Kasim Bagitahu Sebab Sebenar Mengapa Sajat Lari

Sejak berita Sajat telah ditangkap di Thailand dan kini memegang kad pelarian UNCHR, nama usahawan kosmetik ini sekali lagi menjadi bualan utama netizen di media sosial.

Ada netizen yang mengharapkan pihak berkuasa akhirnya dapat menangkap Sajat dan ada juga yang meminta supaya pihak berkuasa berhenti memburu Sajat.

“JAIS buru Sajat”

Macam yang korang tahu juga, ada segelintir mengatakan punca sebenar Sajat lari dari Malaysia adalah kerana dia kalah kes sivil dan enggan membayar ganti rugi yang diperintahkan oleh mahkamah.

Namun, Siti Kasim yang mengatakan dia pernah menjadi peguam kepada usahawan tersebut menafikan perkara ini.

Saya adalah peguam yang memulakan kes tersebut tapi kes itu telah diambil oleh peguam lain untuk diselesaikan dan malangnya tidak berjaya. Sajat kalah kes kerana peguam tersebut tak cekap.

“Dia ada kes yang bagus untuk melawan bekas pekerjanya. Saya tahu fakta. Sajat terpaksa larikan diri kerana JAIS burunya.”

“Jangan percaya fitnah”
Siti Kasim turut meluahkan kekecewaannya bila ramai orang percaya Sajat melarikan diri kerana kalah kes sivil.

Menakjubkan bagaimana orang boleh percaya dia lari kerana kes sivil? Itu tak benar. Dia lari kerana JAIS nak dakwa dia pakai baju kurung di satu majlis. Jangan percaya fitnah.”

Selain itu, Siti Kasim juga turut meminta agar pihak berkuasa lebih fokus dengan kes yang lebih penting berbanding kes Sajat.

Macam mana mereka boleh bersungguh-sungguh sampai melibatkan negara lain untuk perkara macam ni. Kita masih ada kes kanak-kanak hilang seperti Indira yang polis masih belum jumpa. Kelakar dan mereka diskriminasi kes mana yang perlu didahulukan.”

Pihak berkuasa masih lagi dalam proses perbincangan dengan pihak Thailand serta meminta agar Sajat pulang ke Malaysia.

Pulanglah Sajat – Mohd. Shahzihan

Usahawan Kosmetik, Nur Sajat perlu tampil berani bagi menghadapi pertuduhannya di Mahkamah Syariah tanpa ragu-ragu bagi memulakan perbicaraannya.

Beliau yang nama sebenarnya Muhammad Sajjat Kamaruzaman, 36, belum ditentukan bersalah justeru perlu kembali ke tanah air bagi menghadapi pertuduhan yang melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd.Shahzihan Ahmad berkata, pertuduhan yang dihadapi usahawan itu hanyalah melibatkan hal berkaitan undang-undang negara dan tidak perlu melarikan diri atau mendapatkan suaka di negara lain sehingga menjadi isu antarabangsa.

“Pulanglah saja ke Malaysia dan hadapi kes di mahkamah. Tiada siapa yang mengugutnya terutama kakitangan JAIS. Kita mempunyai ramai peguam yang baik di negara ini boleh mewakili beliau di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) di Dewan Syarahan Dan Muzakarah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sajjat dilaporkan ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand akibat kesalahan memiliki pasport tamat tempoh dan susulan ditahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama dari negara jiran untuk membawa pulang usahawan kontoversi itu.

Dalam pada itu, Mohd. Shahzihan turut mempersoalkan tindakan Muhammad Sajjat yang dikatakan pergi ke Australia bagi mendapatkan perlindungan berikutan usahanya untuk membawa pulang juga ditentang oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

“Kes belum dibicarakan, belum tentu dia bersalah atau tidak di mahkamah. Jangan jadikan kes tersebut sebagai propaganda. Hadapi perbicaraan bagi menentukan sama ada dia bersalah atau tidak itu sahaja,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.