Amalan

‘Rahsia’ Sebenar Tukang Cuci Cvri Tabung Masjid Terb0ngkar

KANGAR – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mencuri tabung masjid di Padang Pauh dekat sini.

MAIPs dalam kenyataan memaklumkan, kes wanita itu juga telah dirujuk kepada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bantu memantau keadaan dan keperluannya secara berkala termasuk bantuan rumah sewa.

Katanya, wanita terbabit yang difahamkan dalam proses pembubaran perkahwinan sebelum ini pernah dirujuk berkaitan permasalahan keluarga dan bantuan segera telah dihulurkan.

“Selain itu, isu yang dihadapi wanita itu turut dirujuk kepada agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan sokongan, serta turut mendapat bantuan NGO yang amat prihatin,” katanya

MAIPs berkata, pihaknya berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya, selaras dengan petunjuk daripada contoh tauladan golongan terdahulu.

“Pihak tertuduh wajar diberikan ruang untuk kembali mengubah diri dan dalam masa sama, pengurusan masjid juga harus diberikan ruang untuk menjalankan peranan mereka sewajarnya,” ujarnya.

Tambahnya, isu saringan awal pihak berkuasa berkaitan positif bahan terl4rang dan sebarang isu lain yang tidak membabitkan pihak masjid, MAIPs menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa.

Kosmo! hari ini melaporkan seorang wanita, Nor Amira Roslan, 28, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri tabung mengandungi wang sebanyak RM40 di Masjid Sirajuddin di Padang Pauh dekat sini pada Sabtu lalu.

Isu Wanita Curi Tabung Masjid

Isu wanita mencuri tabung masjid di Perlis telah heboh. Untuk makluman, wanita tersebut memang sering dibantu oleh MAIPs, NGOs, masjid dan masyarakat. Pun begitu saya menjemput pengerusi masjid berkenaan Ust Omaq untuk mendengar penjelasan beliau sendiri.

Berikut penjelasan bertulis beliau;

Oleh: Ustaz Omaq Mohd Umar Ahmad

Kes Curi Tabung Masjid

1. OKT (orang kena tuduh) berumur 28 tahun dit4ngkap polis dan ditu.duh mencu.ri duit tabung masjid sebanyak RM40. Tapi OKT kata dia curi RM28 sahaja, bukan RM40.

2. Selepas dit4ngkap, ujian air kencing dibuat ke atas OKT dan di dapati positif dad4h sy4bu.

3. OKT menghadapi masalah rumahtangga dan dalam proses percer4ian dengan suaminya. Saya difahamkan suaminya juga seorang pen4gih d4dah.

4. OKT ada seorang anak berumur 2 tahun lebih yang dijaga oleh ibu mertuanya. Sebelum dit4ngkap polis pun ibu mertuanya yang menjaga anak OKT.

5. Hamba Allah yang bersimpati dengan OKT telah membantu OKT mendapatkan bantuan Baitulmal.

6. Hamba Allah lain telah menyewa bilik di Arau dan mambayar sewa 3 bulan mulai pertengahan bulan Ogos 2021 untuk membolehkan OKT tinggal di situ sementara menunggu proses perceraian yang akan dibuat.

7. Ada beberapa orang Hamba Allah telah membantu OKT dari segi kewangan dan barang2 keperluan makanan bernilai lebih RM500 sejak 13/8/21 sehingga OKT ditangkap pada 30/8/21 jam 10.47 malam.

8. Pada 28/8/21 jam 6.58 petang OKT telah datang ke Masjid Sirajuddin Padang Pauh mohon bantuan barangan dari Foodbank masjid. Pihak masjid telah mengesyorkan supaya OKT mengambil maksima 5 item dari Foodbank tetapi OKT hanya mengambil sebungkus Milo. Barang-barang lain seperti beras tidak diambil.

9. Pada pukul 8.54 malam hari yang sama OKT sekali lagi datang ke masjid tersebut semasa jemaah masjid sedang solat fardu lsyak. OKT mengambil tabung kayu masjid dan membawa menaiki motosikal. Perkara ini dirakam oleh CCTV masjid.

10. Pihak masjid telah membuat laporan polis mengenai kecurian tabung ini. Tidak diketahui berapa jumlah duit yang ada di dalam tabung itu.

Wanita curi tabung masjid bebas dijamin Pengerusi Bersatu Perlis

Wanita yang dituduh di Mahkamah Majistret di sini semalam, kerana mencuri tabung masjid yang mengandungi wang bernilai RM40 di Padang Pauh, Padang Besar dibebaskan selepas dijamin hari ini.

Wanita berusia 28 tahun itu diikat jamin oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Abu Bakar Hamzah.

Tertuduh yang tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kangar kira-kira pukul 12.50 tengah hari dibebaskan kira-kira 22 minit kemudian selepas selesai proses ikat jamin yang membabitkan RM2,000 itu.

Abu Bakar berkata, pihaknya menerima arahan daripada Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dibantu oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mahu isu tersebut diselesaikan segera.

Katanya, usaha tersebut dilakukan kerana tidak mahu melihat rakyat yang sudah pun berdepan dengan kesempitan hidup dibebani lagi dengan kesusahan seperti itu.

“Sekurang-kurangnya pertolongan ini membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan sentiasa pandang serius dengan kes-kes kecurian yang berlaku dalam negara. Kita tahu mencuri itu salah dari segi agama dan undang-undang, tetapi kita akan cuba atasi kerana tidak mahu perkara sama berulang di tempat lain.

“Kami juga berterima kasih pada ahli jawatan kuasa masjid di atas aduan yang dibuat. Bagaimanapun, kami akan cuba selesaikan perkara ini dengan baik kerana kita tahu dia (tertuduh) ada menerima bantuan tetapi mungkin bantuan itu tidak seberapa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

ABU BAKAR HAMZAH kanan) bersama Nor Amira Roslan (tengah) selepas diikat jamin di Kompleks Mahkamah Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI

Semalam, akhbar ini melaporkan seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan mencuri tabung di sebuah masjid di Padang Pauh, Padang Besar, Sabtu lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, yang bekerja sebagai tukang cuci membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md. Zain.

Kamaliza kemudian menetap jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, tertuduh tidak dijamin dan ditahan di lokap Penjara Pokok Sena.

Ekoran itu, ramai pihak yang ingin tampil membayar wang jaminan itu termasuk seorang pemain bola sepak Kedah ketika era 80-an menyatakan hasrat sama.

Tambah Abu Bakar, usaha untuk menjamin wanita yang mempunyai seorang anak berusia empat tahun itu juga mendapat kerjasama Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihaknya difahamkan tertuduh, Nor Amira ada menerima bantuan daripada pelbagai pihak di negeri ini.

“Mungkin dalam keadaan kesusahan pada ketika ini dengan pelbagai keperluan, kerana itulah berlaku perkara seperti ini. Seseorang yang berfikiran waras tidak akan buat kerja salah terutama di dalam masjid. Mungkin dia tertekan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nor Amira yang agak sebak dan terharu dengan pertolongan yang diberikan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Abu Bakar.

“Jika tidak dijamin, saya terpaksa duduk di penjara. Alhamdulillah kerana bagi peluang kepada saya untuk buka buku baharu.

“Saya pun minta maaf atas kesilapan dan berjanji dengan bantuan yang diberikan ini, saya akan memulakan hidup baharu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *