Hiburan

‘Dia BaIing Selipar Kt Muka Sy’ – IqbaI Ded4h Perangai Sebenar Vida, Nanti Rmai Pompuan Suka Pulak

Episod cinta Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, IqbaI Zulkefli seakan belum berkesudahan.

Terbaharu IqbaI menerusi akaun Instagramnya membuka semula kisah lampau dengan usahawan kosmetik itu dan berkongsi situasi sebenar yang berlaku antara mereka sebelum memutuskan untuk berkahwin baru-baru ini.

Menurut IqbaI, sejak berkerja dalam syarikat Vida, dia kerap menerima layanan yang kurang menyenangkan daripada jutawan kosmetik itu.

Malah, dedah IqbaI dia pernah dibuang kerja daripada syarikat Vida sebelum dipanggil semula bersama tawaran rumah banglo bernilai RM2 juta dan kereta mewah.

” Saya tidak terima kerana saya mempunyai bisnes sendiri. Namun tetap saya katakan, tidak perlu bayar, saya datang bantu.

” Apa yang menyedihkan Vida post video seolah-olah saya merayu kembali berkerja,” ujarnya menerusi hantaran di Instagram.

Malah, Vida pernah memaklumkan kepada kakitangan dan rakannya mengenai sikap IqbaI yang didakwa suka meminta-minta.

Lebih tegang apabila Vida difahamkan pernah melakukan kekerasan terhadap IqbaI kerana cmburu.

Bertahun tinggal bawah garaj kereta.. dibaIing selipar

” Saya ada memberitahu nak beli sebuah kereta Mercedes guna duit saya sendiri. Tapi DS Vida beritahu staff bahawa saya meminta-minta. Padahal saya boleh bayar tidak lebih 3 bulan saja.

” Katanya jika saya punya kereta, akan ramai perempuan suka pada saya dan saya boleh pergi ke mana sahaja. Saya mahu ke dobi menggunakan kereta syarikat, tayar tersebut dibuang angin oleh seseorang.

” Selama bertahun, saya tinggal di sebuah bilik bawah garaj kereta.

” Ada berlaku pertngkaran saya dengan Vida kerana saya mahu membeli kereta, perasaan cmburu beliau terlalu kuat.

” Beliau membaIing selipar pada muka saya,” tambahnya.

Kata IqbaI lagi dia tidak pernah diberikan peluang untuk menjelaskan perkara sebenar apabila dia dibuang kerja secara mengejut sebelum ini.

” Mereka mengarahkan saya keluar segera, saya merayu berikan masa untuk kemaskan barang.

” Jam 12 tengah malam saya keluar tanpa arah, waktu hujan lebat, saya tutup badan dengan kotak yang penuh barang,” ceritanya.

IqbaI juga kesaI dengan sikap ibu kepada dua cahaya mata itu yang tidak berusaha untuk menerangkan situasi sebenar dan memujuk ahli keluarganya sejak mereka merancang untuk berkahwin pada tahun 2018.

Kesannya melarat hingga kini apabila dalam video terbaharu yang mana Cik B terus memprotes dan memanggil IqbaI dengan panggilan ‘bro’ sekiranya bergelar bapa tiri kelak.

Kekecewaan IqbaI menebal apabila Vida seakan-akan tertawa dan menggalakkan Cik B terus mem.arahinya.

” 2018 memang kami mahu kahwin namun tentangan sangat dahsy4t. Saya tidak sesekali membangkang Cik B.

” Bagi saya, jika mahu mengahwini seorang lelaki, dalam keadaan anak trauma perlu dijelaskan betul-betul. Jika mereka silap faham saya nak kikis harta, jelaskan kepada mereka saya bukan begitu. Membiarkan anak-anak memberontak.

” Biarkan saya kelihatan seperti lelaki yang menumpang harta dan seolah saya saja terhegeh pada beliau,” katanya.

Tambah IqbaI lagi, persetujuan dicapai bersyarat seandainya mereka jadi untuk berkahwin.

” Cik B setuju kami berkahwin namun ada satu syarat, saya perlu belikan Mercedes bernilai RM1 juta lebih.

” Saya kcewa kerana terlalu merumitkan perkahwinan. Jika serius, percepatkan pernikahan bukan cipta drama hingga masyarakat rasa dipermainkan,” tegasnya.

Sementara itu, ketika ditanya bilakah waktunya IqbaI akan menamatkan ‘drama’ kahwin dengan jutawan kosmetik popular itu, jawab IqbaI, dia akan memberikan kenyataan terakhir dalam tempoh terdekat.

” Sekarang pun kalau perasan saya tak post langsung fasal DSV, dua tiga hari pun kurang tidur dan makan. Saya tak marah netizen, saya tak kecewa dengan Cik B dan Kacak.

” Saya di alam serius nak kahwin, sampai bila nak berdrama? Saya akan jelaskan kenapa tak jadi kahwin, sekurang-kurangnya orang tahu dan kita bukan main-main,” kata IqbaI.

Sumber:gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.