Amalan

Hans Isaac tegur pasal Gunung Dikejar, sekali Shahrul Shiro masuk komen “Awk untunglah pernah dapat gunung”

Dua hari kebelakangan ini ‘kecoh’ sindir-menyindir di antara pelawak dan Exco Pemuda Umno Bahagian Kluang, Johor, Shahrol Azizie Azmi atau Shahrol Shiro dengan pengarah dan pelakon, Datuk Hans Issac.

Shahrul sebelum ini mendakwa Hans menyindir barisan Kabinet baharu kerajaan menerusi satu hantaran video.

Sehubungan itu Hans menerusi hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG)nya tampil menjelaskan perkara sebenar selain menganggap dakwaan Shahrol jauh tersasar daripada niat sebenarnya berkongsi video tersebut.

Dalam pada itu Hans turut berpesan kepada Shahrol supaya tidak sewenang-wenangnya menyerang orang lain tanpa pedoman kerana perkara tersebut boleh diselesaikan dengan perbincangan.

Hans, dalam nada sinis juga meminta Shahrol bertenang dan katanya jika ada impian tersirat, takkan lari gunung dikejar.

“Kepada sahabat saya Sharol Shiro, tenang-tenang saja. Kalau ada impian tersirat, tak kan lari gunung dikejar.

“Dalam norma baru, amalkan duduk berbincang, bukan menyerang tanpa pedoman. Malaysia perlukan pemimpin yang terbuka. Mungkin anda sebahagian darinya.

“Masa akan beritahu,” tulisnya.

Shahrol masuk komen

“Terima kasih brother diatas pencerahan dan sy telah meneliti satu persatu ulasan saudara.Pertama sekali sy nak tekankan bahawasanya sy tiada masalah langsung dengan individu yg memberi ceramah tersebut dan sy hormatinya Allayarham Dato Dr Siddiq bekas presiden ABIM.Tolong jangan spin and play roll as a Victim.Bro sepanjang 365 hari setahun kenapa awk terfikir nak post selepas pengumuman kabinet??Adakah kena dengan situasi atau tertonton di group wassap dan kena dengan situasi??Bro itu video lama bro.Yang sy nak tekankan hari ini kita lihat pergolakkan politik dan kita janganlah MENGERUHKAN lagi keadaan.Fokus utama adalah membantu menyelesaikan masalah rakyat yg betul2 tersepit hari ini dengan kelebihan yg kita ada.Lagi satu bro, sy tak pernah mengejar gunung bro.Awk untunglah pernah dapat gunung dan dah lari gunung tu.Jangan try hard sgt bro kejar balik gunung tu Sorry bro jika terkurang ajar tapi bila kita berani mengkritik kita juga mesti berani dikritik.Tenang tenang sahaja di Ampang bro.All the best”

Terdahulu, Shahrol dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi IGnya mendakwa video yang dimuat naik oleh Hans dipercayai ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri

Yaakob sebagai satu sindiran memandangkan ia dikongsikan selepas pengumuman barisan Kabinet yang baharu.

“Barisan yang dipilih diyakini mampu bekerja dgn baik. Jika Hans menjadi pemimpin pun, sudah tentu barisan yang dipilihnya adalah individu yang beliau senang bekerja dan saya yakin salah satunya adalah Afdlin Shauki.

“Lihat sahajalah dalam realiti bagaimana dia banyak bekerjasama untuk menghasilkan karya kerana dia yakin Afdlin dapat melakukan tugas dengan baik.

“Saya respect awak sebagai senior dalam industri seni tapi dalam politik tiada senior atau junior tetapi yang patut ada ialah kualiti pemikiran dan gerak kerja yang ikhlas untuk menjadikan generasi serta negara akan datang lebih baik.

“Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tidak akan k0yak kerana kamu sudah berada di dalam dunia politik dan politik bukannya untuk mereka yang berjiwa nipis. Selamat menyambut kemerdekaan ke 64,” tempelaknya.

Belum setahun dalam PKR, Hans Issac sudah ‘mengundang’ ser4ngan politik pergunakan isu peribadi

Selebriti Hans Isaac mulai diserang mus.uh politik susulan keputusannya menyertai PKR tahun lalu, di tambah dengan spe.kulasi bertebaran bahawa beliau akan bertanding di Parlimen Ampang, menentang Zuraida Kamaruddin dari PPBM.

Hans menegaskan kesediaannya menangkis ser4ngan politik itu dan pada masa sama, menerima hakikat bahawa ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan dalam dunia politik.

“Dalam politik ini, semua akan cari yang salah sahaja. (Perkara) yang bagus, saya rasa, susah nak tonjol melainkan anda parti pemerintah lah…itu cerita lain, sebab media boleh dikawal, media boleh digunakan untuk manfaat (sendiri).

“Saya perlu bersedia. Sekarang ini dah berlaku dan saya tengah mengalami ‘benda’ itu sekarang. Tapi saya rasa benda-benda ini akan kuatkan semangat saya lagi,” katanya dalam wawancara FMT.

Diminta mengulas lanjut mengenai “ser4ngan politik” yang dialaminya, Hans yang kini menginjak usia 50 tahun berkata, ia “agak peribadi”.

“Jadi tidak perlulah saya cerita (dalam temubual ini), lagipun itu hal saya. Isu (seperti) ini selalunya, bila kita naik, (bermakna) orang akan menggunakan mulut untuk menjatuhkan kita. Kan?

“Sebab, mungkin mereka tidak bekerja. Jadi bila tak bekerja, (dia fikir) nak jatuhkan orang macam mana?” katanya.

Hans antara selebriti top dalam dunia hiburan tanah air, dengan mengukir nama sebagai pelakon, pengarah, penerbit untuk sekian lama serta pernah juga menjadi model. Beliau juga bekas pengerusi bukan eksekutif di Finas, sebelum mengambil keputusan menjadi ahli politik sepenuh masa bersama PKR.

Masyarakat kini lebih matang

Hans percaya tindakannya menceburi bidang politik sepenuh masa bersesuaian dengan keadaan semasa negara dan pemikiran masyarakat yang lebih matang.

“Saya pernah kerja dengan semua parti lain semasa mereka jadi kerajaan. Sahabat saya semua datang daripada pun parti-parti lain, tapi masih boleh lepak di Ampang, bincang, minum bersama, tak ada masalah.

“Tak ada sedikit pun bergaduh, memanggil nama-nama tak berfaedah, seperti di Parlimen. Mungkin ini masa depan…ini sesuatu yang kita perlu perhatikan. Kita boleh jadi contoh kepada orang lain.”

Walaupun sudah lama menyimpan cita-cita menjadi ahli politik, Hans berkata hasrat itu dipendamkan sekian lama kerana mengambil kira kerjayanya dalam alam hiburan.

“Saya sudah fikir perkara ini selama 10 tahun, setiap kali saya lalu di Ampang, saya nampak muka ahli-ali politik, saya katakan pada diri nantilah (saya akan masuk alam politik), bukan sekarang.

“Sebabnya, pada masa itu kalau kita masuk politik, secara tidak langsung kerja seni akan berkurang, tidak dipanggil dan peminat juga berpecah,” kata beliau.

“Tetapi, masa sudah berubah, masyarakat sudah matang. Hal ini kerana bukan lagi satu parti pegang kerajaan secara sepenuhnya, ia gabungan,” katanya.

Dalam politik gabungan, kata Hans, perbezaan pendapat diraikan dan amalan cantas-mencantas hanya kerana pemikiran politik berlainan dibendung dengan lebih berkesan.

“Pandangan saya, mungkin pilihan raya umum ke-15, akan jadi gabungan juga. Jadi, adakah anda mahu senarai hitam saya atau saya juga senarai hitam anda? Mungkin nanti juga kita akan berkawan,” katanya.

Nafi intai Ampang

Hans kini aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan bergelar Kita Budak Ampang yang menjalankan kerja kebajikan seperti membantu warga emas, mangsa kebakaran, dan aktiviti sosial bersama masyarakat di Ampang dan luar daerah berkenaan.

NGO ini sudah aktif lebih dari setahun lamanya dan penglibatan Hans mencetuskan spekulasi beliau akan bertanding di Parlimen itu menentang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, pada PRU15.

Walaupun Hans nafi mengintai kerusi yang disandang Zuraida sejak 2008, ia gagal meredakan spekulasi berkenaan, malah menjadikan beliau sasaran serangan politik.

“Dari segi pergerakan di Ampang, saya rasa…boleh buat lagi baik. Yang saya tahu, sebelum saya gerak Kita Budak Ampang, Ampang ‘senyap’ setahun lebih. Tidak ada apa yang bergerak di Ampang.

“Jadi bila saya mula bergerak di Ampang ini, untuk buat dengan NGO saya, saya nampak semua orang mula bergerak. Tak tahu kalau kerana mereka takut saya bergerak, (sebab itu) mereka nak gerak…atau pun memang mereka dah tunggu untuk bergerak sama dengan saya.”

Jawapan kepada persoalan itu tentunya hanya semakin jelas menjelang PRU15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *