Hiburan

“Laa dkat mna ni, Jordan..” Sharnaaz, Shukri Yahaya Main filter ‘Pak Arab’. Sekali Caprice Panggil Sahrnaaz S0tong

Dua aktor terkenal, Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahaya sememangnya bersahabat baik. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 lagi, mereka kerap berhubung dan membuat IG live bersama ber.borak sambil menyapa peminat.

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu tiap kali mereka berdua melakukan IG live bersama kerana sudah tentu ramai yang ‘pe.cah pe.rut’ mendengar sembang kosong mereka.

Selepas lama tidak menyapa peminat di media sosial, kali ini mereka kembali dengan bergurau bermain filter di Intagram.

Hal ini dimuat naik kembali seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @_syifahanafi sehingga ramai yang turut terhibur sama menonton telatah dua aktor popular ini.

Namun, paling mencu.ri tumpuan sudah tentu salah satu filter yang digunakan Sharnaaz yang memperlihatkannya seperti orang Arab.

Hal tersebut membuatkan ramai terhibur dan berdek4h kerana memahami ‘perli4n’ harus pelakon berkenaan yang merujuk kepada siapa.

Sehubungan dengan itu, ramai yang telah meninggalkan komen diruangan TikTok tersebut dengan memaklumkan berasa terhibur dengan ‘perangai’ dua aktor hebat Tanah Air.

Mereka juga memahami double meaning yang dibuat Sharnaaz sehingga Shukri Yahaya tak boleh berhenti ketawa.

Komen Netizen:

“Orang laki kalau membaw4ng lagi te.ruk..”

Walau bagaimanapun ada yang kurang senang dengan gurauan halus mereka apabila dikatakan mengaitkan orang lain. Beberapa warganet turut memberi nasihat supaya tidak terus memerli orang kerana bimbang ia menjadi satu d0sa antara manusia.

“Ni la pun.ca orang ber.laga semula..”

Sekadar Perkongsian Dan jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Baik Sahaja.TQ

Caprice Tak Puas Hati Dengan Sharnaaz

Sebelum ini nama Caprice menjadi bualan hangat netizen selepas dia mendedahkan situasi yang berlaku di Gaza.

Malah, dia turut memaklumkan UEL menyekatnya di Instagram serta memberi bayangan bahawa pendakwah itu antara punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga kini.

Dalam perkembangan terkini, Caprice telah memuat naik satu video di IG memaparkan perbualan Sahrnaaz dan Syukri Yahya yang seolah menyindir beliau

Tidak berpuas hati Caprice memanggil Sahrnazz sebagai s0tong dan berkongsi lakonan Sharaaz ketika dalam drama Encik Sot0ng

“Dari jauh je berani sotong see u when i see u @sharnaazahmad”

Mula k0yak dengan gurauan tersebut, Caprice telah memuat naik video suntingan Sharnaaz Ahamd ketika melakonkan watak lelaki lembvt

Tidak berdiam diri, Sharnazz kemudian berkongsi perbualan wassap di mana dia telah mengajak Caprice untuk datang makan tengah hari

“Sudah hantar location, mari lah syg jemput makan tgh hari, lauk s0tong ada ni. Petik nama orang tapi bl0ckk orang. Lu memang penakut la. Konon bawak panji islam, jarum ppun nangis pegang tangan orang..belum kena gegar lagi” tulis Sharnaaz di IG story beliau

Tidak berdiam diri, Caprice memberi am4ran kepada Sharnaaz untuk berfikir masak-mask jika ingin cari pasal dengan dia

Caprice juga tidak menyangka, Sharnaaz yang selama ini di anggap  telah beberapa kali perli dia ketika di IG live

Sharnaaz pernah tegur Caprice, jangan jadi macam budak-budak

Pelakon Sharnaaz Ahmad menegur sikap penyanyi dan aktivis, Caprice supaya tidak bertindak seperti kebudak-budakan apabila didakwa mempunyai konflik dengan Ustaz Ebit Lew (UEL).

Sharnaaz berkata, dia berharap Caprice tidak terlalu menghebohkan masalah yang dihadapinya kepada umum sebaliknya, cari solusi terbaik untuk meredakan keadaan.

“Masyarakat sangat mengagumi anda, malah di Gaza pun sudah ada yang mengenali kamu. Malah, banyak negara Islam tahu yang kamu berjuang untuk rakyat di Palestin.

“Lebih baik selesaikan masalah ini mengikut protokol. Jangan jadi perangai budak-budak dan bergaduh sesama orang Islam. Anda patut tahu yang kamu mewakili Malaysia dan negara Islam.

“Saya sangat menyayangi anda sebagai rakan dan saya harap kamu berfikir panjang. Apa yang anda nak dedah teruskan dan tak perlu tunggu 21 Julai ini. Tapi, apa yang boleh diselesai secara rahsia selesaikan dulu,” katanya ketika menyertai sesi Instagram Live bersama Caprice, kelmarin.

Menurut Sharnaaz, dia tidak bersetuju dengan tindakan Caprice yang memuat naik gambar dan hantaran di Instagramnya kerana akan merumitkan lagi keadaan.

“Bagi saya perkara ini boleh diselesaikan secara baik daripada anda merumitkan lagi keadaan dan cetus kekecohan. Sudahlah Malaysia penuh dengan masalah yang belum selesai.

“Saya harap kalian selesaikan secepat mungkin. Kalau nak saya bagi komen mengenai apa yang berlaku, saya tak tahu hujung pangkal. Jadi, saya tak boleh nak menghakimi sesiapa pun.

“Cuma, apapun yang anda lakukan tolong respek orang yang ada di Malaysia serta nama yang anda bawa kerana kamu ke sana turut membawa nama negara ini,” katanya.

Teguran demi teguran yang dibuat Sharnaaz disambut baik oleh Caprice ketika siaran langsung yang mendapat lebih 200,000 tontonan itu.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Sharnaaz kerana sudi bersama saya dalam siaran langsung ini. Jujur, saya agak tertekan dalam tempoh dua minggu ini selepas mengetahui apa yang berlaku,” kata Caprice.

Sharnaaz turut menitipkan pesanan kepada Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir supaya tidak mencipta sebarang kontroversi atau melakukan perkara yang memberi impak negatif.

Sumber: TikTok @_syifahanafi, IG Caprice

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook TrexMedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *