Uncategorized

Kali ni sebab lain, Ahmad Idham ‘angkat kaki’ lagi, letak jawatan CEO Finas kali kedua

SETELAH 15 bulan mengalas jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filam Nasional (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri sekali lagi menamatkan kontraknya secara mengejut pada Khamis lalu.

Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid berkata, Ahli Lembaga Finas bersetuju melepaskan Ahmad Idham dan menyokong penuh perjalanan kerjayanya selepas ini.

“Sedih kerana terpaksa melepaskan ketua komandan, tentulah rasa kehilangannya. Kami berjuang bersama dalam membantu menggerakkan dan membangunkan industri seni kreatif pada era pandemik.

“Terlalu banyak agenda dirancang dan dilaksanakan. Walaupun antaranya masih tertangguh dan baru hendak bermula disebabkan penularan serta peningkatan kes Covis-19,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita.

Menerusi laporan itu juga Ahmad Idham, 47, akan berpindah ke sebuah kementerian bertaraf diplomat yang boleh membuka ruang kepada industri kreatif melakukan anjakan lebih besar.

Bakal masuk kementerian?

Menerusi ruangan Desas Desus dalam sisipan B*POP, BH hari ini menyatakan khabar angin Ahmad Idham akan menyandang jawatan penting di sebuah kementerian bertaraf diplomat.

Mengulas perkara itu Zakaria berkata, pihaknya gembira dan berharap Ahmad Idham dapat melaksanakan tugas baharu dengan baik.

“Dalam bersedih, kami tetap gembira dengan lonjakan kerjaya Ahmad Idham.

“Apa yang dilihat, ia membuka ruang lebih besar untuk Ahmad Idham mengembangkan industri kreatif ke peringkat global. Kami mengharapkan Ahmad Idham dapat melaksanakan tugasan baharu dengan lebih cemerlang.

Difahamkan, tugasan baharu Ahmad Idham masih berkaitan dunia seni, kreatif dan budaya.

Namun, tugasan lebih mencabar apabila membawa budaya, muzik dan filem ke mata dunia.

Ahmad Idham dilantik menjadi CEO Finas pada 14 Mac 2019, namun pengarah dan penerbit itu meletakkan jawatan pada 9 Disember 2019 iaitu belum setahun kontraknya sepatutnya tamat.

Bagaimanapun, pada 5 Jun 2020, Ahmad Idham kembali ke agensi itu selepas tiga bulan meletakkan jawatan.

21 Tahun Hidup Bersama, Amy Aziz Isteri DR AHMAD IDHAM Kongsi Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga

Siapa yang tak kenal dengan pengarah, penerbit filem dan pelakon, Ahmad Idham yang terkenal menerusi drama bersiri popular iaitu ‘Cinta Antara Benua’ dan ‘Cinderella’. Kini bahagia bersama keluarga dan dikurniakan empat anak berusia belasan tahun.

Isteri tercintanya, Amy Aziz sentiasa menjadi tulang belakang di saat susah mahupun senang. Pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tahun 1999 dan antara pasangan yang jarang dilanda gosip rumahtangga. Berikut perkongsian Amy Aziz kepada Nona bagaimana dia menjaga kebahagiaan rumahtangga selama 21 tahun.

RAHSIA KEKAL BAHAGIA

“Bila berkahwin dengan seorang selebriti, saya perlu bersedia dengan segala dugaan dalam perkahwinan. Kami amalkan toleransi dan tak cepat melatah jika ada sebarang gosip. Alhamdullilah kami mampu harunginya bersama. Bohonglah kalau kata tak pernah bergaduh, yang penting jangan pendam dalam hati.

Suami seorang simple man dan sentiasa tenang dalam menangani masalah. Saya pula jenis yang tak suka pendam. Saya akan luah semuanya baru rasa lega. Kami juga tak akan sesekali bergaduh depan anak-anak. Mereka sedang membesar, kalau kita tunjuk sikap tak baik secara tak langsung mereka akan buat perkara yang sama kelak. We are their role model.”

BANGGA KEJAYAAN SUAMI

Saya sentiasa menyokong dan bangga dengan setiap kejayaan suami. Berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D.) adalah pencapaian terbesar suami sekaligus mendidik anak-anak tentang betapa pentingnya ilmu. Arwah ayah saya adalah penyokong tegarnya kerana sentiasa berbangga dengan pencapaian suami.

Ahmad Idham bersama anak gadisnya, Kintan Myra yang cantik manis.
Syukur alhamdulillah, suami diberi kepercayaan sekali lagi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkuatkuasa 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022. Banyak dugaan yang dihadapi dari permulaan perlantikannya sejak Mac 2019. Semoga di bawah pimpinan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dapat dia membangunkan semula industri kreatif tanahair selepas negara mengalami pandemik COVID-19. All the best to him!

Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu.

MILIKI ANAK ISTIMEWA

Sebagai manusia biasa pasangan ini juga tidak terkecuali daripada menerima ujian. Anak sulung mereka, Ahmad Firdaus Ahmad Idham, 20, merupakan seorang anak istimewa. Ketika usianya dua tahun Ahmad Firdaus diserang sawan dan doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis sehingga mengalami kesukaran berjalan dan bertutur.

“Sejak awal usianya Abang (panggilan kepada anak sulung) seorang anak yang aktif. Sehinggalah suatu hari dia mengalami sawan ketika usia dua tahun yang menyebabkannya sukar berjalan dan bertutur. Sebagai ibu bapa, kami pastinya sedih. Dalam tempoh dua tahun itu akademiknya terganggu kerana banyak yang delay.

Kini usianya sudah 20 tahun. Banyak perubahan positif berlaku pada dirinya seperti pandai berdikari, lebih berani dan yakin. Setiap perkembangan walau sedikit tetap menjadi kebanggaan kami. Hanya ibu bapa yang memiliki anak istimewa saja faham keadaan seperti ini.

Bersama anak sulung mereka, Ahmad Firdaus yang merupakan anak istimewa.
Kami mempunyai banyak support system iaitu keluarga dan teman-teman rapat. Alhamdulillah hingga ke hari ini Ahmad Firdaus tidak pernah dikecam atau dihina dengan keadaannya itu. Ahmad Firdaus bertuah kerana disayangi ramai orang.

Kami sentiasa memberikan yang terbaik buat Abang sama seperti anak-anak yang lain. Sebagai ibu, saya sentiasa ada untuk Ahmad Firdaus. Sekurang-kurangnya bila saya sudah tiada nanti saya dah tinggalkannya dalam keadaan selamat dan pandai berdikari.

Ahmad Firdaus seorang yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan apa yang dia mahu. Semua perkara dianggap penting baginya. Sehinggakan saya sering bercakap pada diri sendiri dan anak-anak yang lain “If only Abang is normal I’m sure he would be the smartest among all”

DIDIKAN

Anak-anak yang lain memang rapat dengan anak sulung. Kerana sejak kecil kami didik mereka saling menghormati, prihatin dan tak pandang rendah kepada orang lain. Tak semua keluarga bertuah dikurniakan anak istimewa seperti keluarga kami.

Sebagai ibu saya layan mereka seperti sahabat termasuk berkongsi cerita, pendapat mahupun masalah. Selalunya mereka lebih selesa dengan saya kalau berkongsi masalah atau meluah perasaan. Jika ada sebarang masalah berkaitan anak-anak, saya akan update kepada suami.

Sekarang ini kami ada banyak masa untuk mengaji dan solat berjemaah. Kami juga sering berpesan kepada mereka, kalau nak kesenangan di dunia jangan lupa Allah SWT. Harapan kami dapat melihat kejayaan mereka sebelum menutup mata.”

Tiga lagi anak pasangan ini ialah Ahmad Aydeel, 16, Kintan Myra, 14, dan Ahmad Khaliff, 10.

UMUR 44 TAHUN MASIH AWET MUDA

Tahun ini usia saya 44 tahun dan suami pula 49 tahun. Segalanya bermula dengan amalan gaya hidup sihat. Antara rutin sihat dan cergas saya ialah workout tiga kali seminggu dan sesekali turun bermain golf bersama suami. Saya tak makan nasi setiap hari namun masih mengikut diet seimbang. Saya juga tak ambil suplemen kerana kurang percaya dengan cara ‘segera’ untuk kurangkan berat badan. Bagi saya amalan gaya hidup sihat itu yang terbaik.

EDEN FIRDAUS SCHOOL

Dikurniakan anak istimewa telah mencetuskan idea untuk Amy dan suami menubuhkan Eden Firdaus School pada Februari 2016. Ia sebuah sekolah pendidikan khas dan terapi sempurna buat anak-anak istimewa (OKU).

“Sebelum ini kami menempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura pada tahun 2014. Dua tahun di sana kami nampak perkembangan positifnya. Dari situlah tercetusnya idea membina Eden Firdaus School. Ditambah pula dengan pengalaman saya yang hampir 20 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.

Sekolah ini dikhususkan bagi mempersiapkan kanak-kanak istimewa ini menempuh dunia luar sekaligus menjadikan mereka seorang yang mampu berdikari tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Harapan kami agar Eden Firdaus School menjadi hab sekolah pendidikan khas terkemuka suatu hari nanti. Semoga usaha ini mendapat sokongan kerajaan.”

Amy mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak dan pernah menubuhkan Tadika Sinar Indah Montessori di Ampang sekitar 1998-2010.

Kredit foto: IG @amyabdaziz

sumber: nona

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *