Uncategorized

Lelaki ditemukan terdampar di Teluk Dalam cetus misteri

Lumut: Seorang lelaki ditemukan terdampar di atas batu dalam keadaan lemah dan separuh sedar di Teluk Dalam, Pulau Pangkor di sini, semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bantuan pemindahan dan perubatan (Medevac) dilakukan anggota bot Benteng 6 selepas menerima aduan orang awam pada 1.10 tengah hari.

Katanya, setibanya di lokasi, lelaki berusia 43 tahun berkenaan didapati terbaring di atas batu dalam keadaan lemah dan separuh sedar.

“Kru Benteng 6 bersama komuniti nelayan setempat berusaha memberi bantuan kecemasan kepada mangsa.

“Mngsa dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan sebelum dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Enggan Beri Kerjasama

Lelaki ditemukan terdampar di atas batu dalam keadaan lemah dan separuh sedar di Teluk Dalam, Pulau Pangkor, di sini, kelmarin dikatakan enggan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk maklumat lanjut.

Susulan itu, punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Lelaki berusia 43 tahun berkenaan berada dalam keadaan emosi tidak stabil serta enggan memberi kerjasama apabila ditanya mengenai kejadian itu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya membantu daripada segi perubatan memandangkan mngsa dalam keadaan separuh sedar.

“Lelaki berkenaan dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk rawatan dan dia dibenarkan keluar dari hospital.

“Bagaimanapun, punca kejadian sedang dikenal pasti, setakat ini kita cuma dapat maklumat mangsa berada dalam emosi kurang stabil dan enggan memberi kerjasama (ketika ditanya punca kejadian),” katanya di sini, hari ini.

Laporan polis dibuat atas alasan membantu mangsa di perairan Pulau Pangkor dengan kes diklasifikasikan sebagai bantuan pemindahan perub4tan.

LELAKI ditemukan terdampar di atas batu di Teluk Dalam, Pulau Pangkor, kelmarin. FOTO ihsan APMM

Semalam, Harian Metro melaporkan, seorang lelaki ditemukan terdampar di atas batu dalam keadaan lem4h dan separuh sedar di Teluk Dalam.

Shahrizan dilaporkan berkata, bantuan pemindahan dan perub4tan (Medevac) dilakukan anggota bot Benteng 6 selepas menerima aduan orang awam pada 1.10 tengah hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *