Uncategorized

Menteri jelaskan RM10j utk baik pulih padang seluruh negara, sekali TMJ cakap ‘Jangan tukar cerita’

Kuala Lumpur: Peruntukan penambahbaikan stadium berjumlah RM10 juta yang dimaklumkan sebelum ini bukan hanya membabitkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) saja namun turut merangkumi beberapa venue utama di seluruh negara.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kos itu sebenarnya akan digunakan bagi kebanyakan padang stadium yang memerlukan baik pulih atau penambahbaikan di seluruh Malaysia.

“Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim termasuk mengenai untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara bukan saja di Bukit Jalil.

“Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.

“Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaik taraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia,” kata Ahmad Faizal kepada media selepas mengadakan kunjungan ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Perkara itu dijelaskan Ahmad Faizal bagi menjawab pertanyaan media susulan kenyataan pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mempersoalkan jumlah kos berkenaan bagi membuat padang baharu di SNBJ.

Terdahulu, TMJ mempersoalkan kos berkenaan sedangkan beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, tanah dan pelbagai lagi.

Tunku Ismail agak terkejut apabila kos baik pulih padang berkenaan agak tinggi hingga melihat kemungkinan ada pihak yang mengambil keuntungan atas angin.

“Saya berbual dengan Menteri KBS baru-baru ini dan tanya berapa kos saya buat padang. Dia terperanjat apabila saya cerita kos padang kerana dia dapat tawaran buat padang baharu di Bukit Jalil yang sama seperti ini, RM10 juta. Banyak sangat orang nak ‘mark up.’

“Saya buat RM1.4 juta sahaja. Saya pakai Zoysia. Kos dia tetap sama… paling mahal pun RM1.5 juta, takkan ada lebih mahal daripada itu. Kenapa jadi sampai RM10 juta?.

“Untuk kos penyelenggaraan pun, (kos) tidak lebih RM300,000 setahun. Kalau ada orang nak selenggara padang perlukan berjuta-juta, itu cerita dongeng.

“Jadi kalau boleh saya nak minta pada kerajaan dan KBS, bajet yang ada jangan diberikan pada kelab tetapi pada Majlis Sukan Negeri (MSN) untuk buat padang. RM1.4 juta untuk 14 negeri, bagi saya tiada apa-apa,” kata TMJ menerusi rancangan Bola@Mamak, sebelum ini.

‘Jangan tukar cerita’ – TMJ

“Jangan tukar cerita”, itu teguran pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Jelas Tunku Ismail, beliau tidak pernah berbohong ataupun salah tafsir mengenai isu RM10 juta membabitkan baik pulih padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Sebaliknya Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu menegaskan Faizal Azumu sendiri menyatakan kos RM10 juta itu adalah jumlah untuk kegunaan di SNBJ di mana ia turut didengari saksi lain.

“Saya ada ramai saksi malam itu beliau cakap 10 juta, apabila saya tanya berapa bajet buat padang SNBJ. Jadi, jangan tukar cerita,” katanya di laman sosial.

Sebelum ini, Tunku Ismail mempersoalkan kos RM10 juta yang diperlukan untuk membuat padang baharu di SNBJ.

Katanya, kos itu terlalu tinggi kerana beliau hanya memerlukan RM1.4 juta untuk membuat padang menggunakan rumput jenis Zoysia di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang lengkap dengan sistem perpaipan, perparitan, tanah dan pelbagai lagi.

Namun, kelmarin, Menteri Belia dan Sukan itu menafikan kos membuat padang baharu di SNBJ membabitkan belanja RM10 juta, sebaliknya menjelaskan ia turut merangkumi kos membaikpulih padang di seluruh negara.

Menurut Faizal Azumu, kos itu sebenarnya akan digunakan bagi kebanyakan padang stadium yang memerlukan baik pulih atau penambahbaikan di seluruh Malaysia.

“Benar saya ada mengadakan perjumpaan dan berbicara tentang beberapa perkara dengan Tunku Mahkota Johor termasuk mengenai untuk memperbaiki padang-padang bola sepak di seluruh negara bukan saja di Bukit Jalil.

“Saya kira ada kemungkinan sembah saya mungkin tidak begitu tepat tetapi perkara yang dibincangkan adalah untuk padang-padang di seluruh negara, bukan hanya satu padang di Stadium Nasional.

“Perkara itu sering diingatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada saya, malah selepas perbincangan itu sering diperingatkan kepada saya untuk memberi fokus kepada menaiktaraf padang bola sepak di stadium seluruh Malaysia,” kata Mantan Menteri Besar Perak itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *