Amalan

Tak dapat ke luar negara, Ini cara ‘Golongan Atasan’ belanjakan duit mereka

Langkawi: Pengusaha hotel di pulau ini yang kehilangan pendapatan lebih setahun setengah susulan penutupan sektor pelancongan akibat Covid-19, kini mula tersenyum lebar apabila Langkawi bakal dibuka kepada pelancong 16 September ini.

Mereka mula menerima tempahan sejurus Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan Khamis lalu.

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, hotel-hotel yang bernaung bawah MAH mula menerima tempahan antara 20 hingga 50 peratus.

“Difahamkan beberapa hotel lima bintang yang letaknya berhampiran Pantai Kok, Datai, Chenang dan Penarak sudah menerima tempahan lebih 50 peratus sejak Khamis lalu.

“Bagaimanapun hotel-hotel berstatus tiga bintang menerima kadar tempahan sekitar 20 peratus,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Razmi berkata, peningkatan tempahan hotel lima bintang kerana rakyat ‘golongan atasan’ yang tidak dapat bercuti di luar negara mengambil peluang untuk bercuti di Langkawi.

“Sebaliknya hotel tiga bintang menjadi pilihan golongan pertengahan dan mereka ini bersikap berhati-hati berikutan catatan harian kes C0vid-19 di Langkawi masih berada di sekitar dua angka.

“Ada yang bercuti bersama keluarga dengan menggunakan kereta sendiri dan feri untuk ke Langkawi, jadi kena fikir banyak kali kerana jeti Kuala Kedah masih menjadi sebahagian lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 19 September ini,” katanya.

Menurutnya, tempahan hotel di Langkawi membabitkan individu dan kumpulan dijangka meningkat dengan ketara menjelang pertengahan Oktober termasuk bagi penganjuran mesyuarat dan bengkel.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA) Langkawi, Datuk Noorazly Rosly, berkata, tempahan yang diterima 45 ahlinya ketika ini amat perlahan kerana SOP menyatakan pelancong yang menggunakan jalan darat perlu menggunakan agensi pelancongan.

“Kebiasaannya agensi pelancongan akan memilih penginapan di hotel yang ada bintang kerana komisen tinggi.

“Pada masa sama, seperti hotel lain kami juga hanya akan menerima pelancong yang lengkap dua dos vaksin Covid-19 untuk menginap,” katanya.

antara hotel 5 bintang di Langkawi

‘Travel bubble’ ke Langkawi: Individu dari luar Kedah guna pengangkutan darat perlu surat polis – Khairy

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan individu dari negeri lain yang berhasrat untuk melancong ke Langkawi dan menggunakan pengangkutan darat perlu mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melalui sekatan jalan raya (SJR).

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat dari PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” jelasnya di Twitter pada Ahad.

Ciapan Khairy turut mendapat respon daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengharapkan agar penjelasan berkenaan dapat menjawab kekeliruan orang ramai mengenai keperluan kebenaran daripada pihak polis.

“Diharapkan penjelasan ini akan merungkaikan kekeliruan mengenai keperluan permit polis untuk ke Pulau Langkawi.

“Penerbangan ke Langkawi tidak perlu permit polis,” tulis Dr Noor Hisham menerusi satu ciapan.

Dr Noor Hisham terdahulu menerusi satu hantaran di Facebook menyarankan agar semua bakal pengunjung ke Pulau Langkawi di bawah projek rintis gelembung pelancongan domestik agar sentiasa mengamalkan norma baharu dan kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Ujarnya, semua pihak perlu bersama-sama memainkan peranan bagi memastikan tiada peningkatan jangkitan vir.us C0vid-19 di pulau percutian itu dalam usaha mengimbangi antara nyawa dan kelangsungan hidup serta ekonomi.

Pada Khamis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara iaitu Langkawi mulai 16 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *