Uncategorized

Vie Shantie ‘Terbang’ Ke Arab Saudi, Tunai Umrah Buat Arwh Siti Sarah, Shuib Masuk Komen

Usahawan yang juga bekas isteri aktor Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan berada di Mekah bagi menunaikan umrah buat Allahyarhamah Siti Sarah.

Menerusi laman sosial Instagram, Vie berkongsi sebuah video sedang berada di Mekah untuk tatapan umum.

Menurut Vie, meskipun hanya mengenali ar.wah Siti Sarah dari media sosial, dia mengikuti rapat perkembangan ar.wah dan memang berniat untuk melakukan umrah buat ar.wah.

“Hari ini 23 September jam 7.10 pagi, alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah, saya baru sahaja selesai buat umrah untuk ar.wah Siti Sarah Raisuddin.

“Daripada hari saya tahu saya akan pergi meeting di sini (Arab Saudi) dan saya akan tinggal beberapa hari di Mekah sehinggalah semua kerja-kerja di sini selesai, saya niat sejak Siti Sarah me.ning.gal haritu di Malaysia, saya nak buatkan dia umrah kerana dia seorang ibu dan mempunyai tiga orang anak kecil, alhamdulillah saya sempat mendoakan bagi keempat-empat anak-anak Siti Sarah, saya juga ada empat orang anak, perasaan seorang ibu itu tak boleh digambarkan.

“Alhamdulillah kami dapat buat unlimited umrah yang diberi oleh kerajaan Saudi, jadi saya berpeluang buat untuk Siti Sarah, ini umrah kedua saya alhamdulillah allahuakbar.

“Semoga ar.wah Siti Sarah dan semoga anak-anaknya menjadi anak yang beriman walaupun tidak ada ibu di sisi.

“Semoga Shuib dan anak-anaknya selalu mendapat keberkatan dan semoga membesarkan anak Siti Sarah atau baby Ayash Affan menjadi anak yang beriman,” ujarnya menerusi sebuah video.


Sementara itu di ruangan komen, suami arwah, Shuib Sepahtu menitipkan ucapan penghargaan buat Vie yang menunaikan umrah buat arwah isterinya.

“Masyallah, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. Ya Allah terima kasih di atas badal umrahnya, doa-doanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan ini, semoga Allah merahmati @vieshantiekhan sekeluarga dunia dan akhirat Amin ya rabal alamin,” tulis Shuib di ruangan komen.

Komen Netizen:

Kemudian Vie dilihat berada di Riyadh dan Jeddah, Arab Saudi, difahamkan atas tujuan kerja.

Wajah cantik Datin Vie Shantie Khan sering mencur1 perhatian ramai. Pernah bergelar isteri kepada pelakon Eizlan Yusoff suatu ketika dahulu,namun jodoh tidak menyebelahi mereka dan masing-masing membawa haluan sendiri. Dikurniakan tiga orang cahayamata , Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Datin Vie yang kemudiannya mengahwini seorang orang kenamaan dikurniakan pula seorang cahayamata comel diberi nama Vie Raissa pada 2 Januari lalu. Mendidik anaknya dengan tegas dan kasih sayang, Datin Vie mengharapkan anak-anaknya itu menjadi seseorang yang boleh dibanggakan dari segi agama dan peribadi.

Namun kini tiada lagi rahsia, selebriti laman s0sial Vie Shanti Khan akhirnya berkongsi gambarnya dengan suami Datuk Seri Rahman Dahlan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *