Amalan

Berang Pesanan lambat Sampai, Namun Akhirnya Tersentak Apabila Menjenguk Di luar Tingkap Rumah

Aplikasi Grab yang dahulunya hanya menawarkan perkhidmatan e-hailing telah mengambil langkah berani dengan menambah beberapa perkhidmatan lain seperti GrabFood dan GrabDelivery.

Perkhidmatan GrabFood kini semakin mendapat tempat di hati ramai. Namun, dalam kes-kes tertentu, kebarangkalian makanan pelanggan lewat dihantar, masih boleh berlaku.

Wanita 0KU menjadi penghantar Grab

Menerusi perkongsian Shahril Jantan melalui akaun Facebook, dia menceritakan pengalaman menyentuh hati ketika seorang wanita istimewa (0KU) yang menghantar pesanannya. Malah kisah ini telah mendapat lebih 11 ribu tanda suka (likes) dan telah mendapat perkongsian sebanyak 9 ribu.

Mula2 berang jugak sebab pesanan lambat sampai!

Kebiasaannya, penghantaran barangan akan mengambil masa yang sekejap, bergantung kepada keadaan kerana menaiki kenderaan seperti motosikal.

Namun menurut Shahril, dia berasa agak berang kerana pesanan lewat tiba. Dia yang menetap di kawasan Empangan Bedok di Singapura, telah membuat pesanan melalui aplikasi GrabFood dan memesan minuman ‘bubble tea’ untuk isterinya.

Namun, penghantar minumannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk mengantar pesanannya daripada Tampines, yang kebiasaanya mengambil masa 10 ke 12 minit menggunakan kereta.

Kesabaran Shahril mula menipis namun apabila dia melihat ke luar tingkap, dia ternampak seorang wanita berkerusi roda yang membawa beg berlogo Grab di belakang kerusi roda automatiknya, sedang mendekati blok kediamannya.

Tersentak lihat wanita 0KU hantar pesanan!

Hatinya mula tersentak dan Shahril bergegas turun bersama anaknya. Dia cuba untuk memulakan perbualan kecil dengan wanita itu.

“Akak bawa minuman ni daripada Tampines ke sini?”

Wanita yang bernama Sumaiyah itu hanya mengangguk dan menyerahkan minuman itu kepada Shahril lantas terus beredar.

Shahril sempat memberikan wang kepada Sumaiyah sebagai sedekah kepadanya. Dia benar-benar kagum malah berasa rendah diri apabila melihat seorang wanita kelainan upaya yang masih tabah dan cekal bekerja walaupun dilabelkan sebagai 0KU.

Antara komen netizen :

Mohd Hafiz Syokri –yg muda mudi sihat perkasa masih berharap kat BRIM…tak dapat meroyan..

Missyana Lee –Kepada para kaki samun , peragut mintak sedekah ! pe cah masuk rumah . Kau hadam benda ni baik2 ya .

Siti Fatimah –msih ade lg yg komplen kata kt malaysia ni ssh nk dpt kerja. tgok akk ni korang x malu ke ?? hahaha. btw semoga akk ni d murahkn rezki d beri kekayaan melimpah ruah. proud of you kak .

Zizie Adrina –0KU tkde kaki tgn boleh terima hakikat yg mrka dilahirkan begitu…diorg usaha buat keje mcm2 cari rezeki buat ibadah.

Badri Hkr –Tunjuk kisah ni pada peminta-peminta sedekah yang ramai beratur kat pintu masuk masjid time solat Jumaat. Kebanyakan mereka sihat tu buh badan, kuat, muda-muda. Tambah pula dengan teknik bawa anak kecil dan baby duduk tengah panas sebab nak wujudkan rasa kasihan. Padahal mereka menyek sa budak-budak tu semua. Dan mereka semua adalah dari sindiket yang mempergunakan wanita Rohingya untuk minta sedekah.

Sumber: Shahril Jantan via mysumbermaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *