Hiburan

Dah naik meluat! Ini perminttan Mustaqim Bahadon Kepada Iqbal

” Orang petik nama dia, dia marah. Jadi saya rasa lebih baik dia berehat dari sosial media..”

Itu nasihat ikhlas dari pelakon Mustaqim Bahadon meminta usahawan kontroversi, Ahmad IqbaI Zulkefli agar berehat daripada menggunakan media sosial buat sementara waktu.

Menurut Mustaqim, beliau mewakili suara netizen mengakui ramai sudah meluat dengan cerita-cerita peribadi yang dipaparkan di media sosial dan mencadangkan IqbaI muhasabah diri buat seketika.

” Saya terfikir bila dia terlalu banyak tengok sosial media, dia cepat panas hati.

” Orang sentuh atau petik nama dia, dia marah. Jadi saya rasa lebih baik dia berehat dari tengok sosial media.

” Saya tak salahkan media yang menulis sebab itu cerita sensasi sekarang… saya cuma mewakili netizen dah sampai tahap meluat dengar cerita dia.

” Kita ni sampai tahap, mula-mula okay cerita cinta tak kesampaian tapi lama-lama cerita dia makin banyak, fasal kucing la, fasal kereta la fasal jam la… orang jadi meny4mpah!

” Bila dia meIatah, media akan cover cerita itu. Itu membuatkan orang lebih meny4mpah dan meIuat dengan cerita dia,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Mustaqim menulis komen di Instagram mStar Online Official meminta IqbaI berehat seketika daripada menggunakan media sosial dan menjalani kehidupan normal.

Luahan itu ditinggalkan menerusi muat naik artikel bertajuk ‘Bukan propa, IqbaI nak parking kereta mewah RM1 juta depan muka Michael Ang’ yang diterbitkan mStar pada Selasa.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini turut meminta IqbaI merendah diri dan tidak terlalu menunjuk-nunjuk kekayaan di media sosial.

” Saya pun ada kawan-kawan yang betul-betul kaya, kaya giIer! Tak ada pula macam dia nak menunjuk-nunjuk…. rileks sudah! kalau IqbaI cool sahaja, saya yakin orang lagi suka dia.

” Kalau dia merendah diri sahaja, guna inisiatif dengan menderma ke? Tubuh yayasan membantu orang tua dan sebagainya, lagi ramai orang suka dia.

” Cuba buat ke arah kebaikan, mungkin orang akan bercakap juga tapi kalau ikhlas mesti ramai lagi akan sokong. Hentikan drama-drama cinta ni,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustaqim turut memohon maaf jika komen yang ditulis olehnya menggores hati ahli perniagaan berasal Kelantan itu.

” Saya minta maaf sebab komen begini, saya bersuara bukan sebab tak suka… saya pun tak kenal dia tapi sebab ramainetizen cakap meIuat dengar cerita dia tu.

” Saya sebelum ini skip sahaja berita tentang dia, cuma ternampak hari ini dan rasa nak bersuara. Selepas satu, satu cerita keluar!” katanya.

 

Sementara itu semalam, IqbaI tampil mempertahankan dirinya selepas penerbit dan pengarah Michael Ang mendkwa dia sengaja mencipta kontr0.versi untuk menarik perhatian netizen.

Antara yang dipersoalkan oleh Michael ialah mengenai jenama kereta yang dipakai IqbaI dan kemampuan usahawan itu untuk menjadi seorang penyanyi.

” Baca statement saya tu betul-betul mengenai kenyataan tak suka kereta sporty tu.

” Jika h1na sangat Honda Civic yang saya guna, saya boleh saja tunjuk kereta yang saya bawa pergi pasar RM1 juta yang saya beli tu.

” Ramai sangat hina fasal kereta terutama kereta Axia yang saya post di Instagram… kereta Axia tu saya beli secara tunai untuk kegunaan adik-adik saya.

” Cuma saya masih belum tunjuk lagi kereta mewah saya beli tu, kalau nak tahu harga nombor plat sahaja dah sama sebuah Civic…

” Geram sangat bila dengar statement dia tu, rasa nak pergi parking kereta depan muka dia. Inilah punca yang membuatkan saya terpaksa tunjuk segalanya,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Michael menerusi sesi siaran langsung mempertikaikan beberapa kenyataan bercanggah IqbaI antaranya mengenai kereta yang dipakai pemuda berasal Kelantan itu.

” Kau cakap tak serupa bikin… sekejap kau kata kau tak suka kereta walaupun kaya tapi pakai Honda, tiba-tiba cakap kereta idaman Bentley RM3 juta.

” Apa kau propa? Kalau nak kaya buat cara kaya betul bukan kaya imaginasi,” soal Michael.

Sumber:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.