Entertainment

“Hulur celah jeriji, tapi buka pintu” -Babak pelik filem ‘Frontliner’ buat netizen pening

Baru sahaja menemui penonton di tayangan Netflix, filem Frontliner yang mengisahkan suka duka sewaktu awal-awal negara ‘diserang’ pandemik Covid-19 telah mendapat pelbagai maklum balas penonton.

Walaupun filem tersebut menuai pujian sesetengah pihak kerana menceritakan perihal pengorbanan barisan hadapan negara, namun ada juga yang melemparkan kritikan terhadap filem tersebut.

Pelik kenapa boleh macam tu.

Antara respon yang diperoleh daripada penonton adalah adegan yang dilihat tidak masuk akal dan sedikit menjejaskan sudut teknikal filem berkenaan.

Hal ini dikongsikan seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @darryIskandar apabila memuat naik sedutan daripada filem Frontliner.

Banyak benda tertanya-tanya

Menurutnya, adegan berkenaan harus diteliti dengan lebih lagi terutamanya tindakan menghulurkan makanan ke celah jeriji pintu sedangkan selepas itu jeriji pintu berkenaan dibuka luas.

Pelbagai komen diterima di ruangan TikTok @darry Iskandar yang rata-rata mengakui banyak adegan pelik ditonjolkan dalam filem berkenaan.

“Aku pun loading sekejap”

Mungkin saja nak buat jadi viral

Banyak sebenarnya scene tak masuk akal lagi, Saja nak lengahkan masa la tu

Dua2 tangan dia pegang air lah
Walau bagaimanapun, ada juga yang memberikan penjelasan bahawa mugkin tangan pelakon wanita itu penuh dan perlu menghulurkan terlebih dahulu pinggan ke luar sebelum membuka pintu.

Benda macam ni selalu je jadi di realiti, Perempuan tak pernah salah

“Skrip Kelaut Dalam, Boring, Nak Tunjuk Entah Dekat Watak,”-Lakonan Azhan Rani Dikut.uk

Terbuka apabila lakonan dikatakan tidak menjadi, pelakon Azhan Rani mengakui berdepan cabaran ketika menjayakan watak dalam filem terbaharunya Frontliner kerana terpaksa berpanas dalam pakaian perlindungan diri (PPE).

Malah Azhan, 45, yang membawakan watak sebagai seorang doktor turut akur dengan selera penonton selain dia tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

“Saya tak nafikan apa yang orang cakap, setiap lakonan mungkin ada orang suka dan tak suka.

“Cuma saya ambil positif kerana niat asal cerita tu untuk mengangkat tema semangat frontliners… kita hormat dan rasa terima kasih kepada mereka.

“Segala kelemahan tu saya mohon maaf dan mengakuinya. Saya memandang daripada sudut positif dan kalau kita tengok, ramai sahaja yang menerima dengan positif berbanding negatif,” katanya kepada mStar.

Azhan berkata demikian bagi mengulas komen netizen yang mempersoalkan kualiti filem berkenaan yang dikatakan tidak memuaskan sama ada daripada kekuatan skrip dan watak pelakon.

“Frontliner. Bukan tak nak sokong tapi tu lah entah apa-apa.

“Skrip kelaut dalam, boring, apa benda nak tunjuk entah dekat watak Azhan Rani. Korang rasa macam mana? Atau aku sorang je rasa macam ni?

“Tambahan… kalau tak ada watak Wan Maimunah, lagi teruk aku rasa. Wan Maimunah punya lakonan aku bagi 8/10,” tulis netizen di Facebook.

Sementara itu, Azhan mengakui banyak kekurangan yang terpaksa dilalui ketika penggambaran filem berkenaan termasuk lokasi dan pakaian yang sepatutnya.

Bagaimanapun, pelakon drama Nur ini menganggap kesulitan yang dilalui sebagai satu cabaran untuk mereka menjayakan filem berkenaan.

“Masa penggambaran dilakukan, banyak benda yang terbatas dan kami tidak dimaklumkan ia akan ditayangkan untuk Netflix.

“Saya difahamkan banyak benda yang tak dapat… contohnya kami tak dapat hospital yang betul, polis dan askar bantuan yang betul. Sudahnya terpaksa buat baju polis sendiri.

“Banyak benda yang dirancang tak dapat, agensi kerajaan ketat dengan SOP,” ujarnya.

Filem arahan Razif Rashid dan terbitan D Alpha Legacy ini mula ditayangkan di saluran Netflix bermula 30 September.

Karya yang mengangkat perjuangan petugas barisan hadapan ketika penularan Covid-19 sejak hampir dua tahun ini sebenarnya sudah disiapkan lebih setahun lalu.

Selain Azhan, filem ini turut menampilkan lakonan Emma Maembong, Beto Khusyairy, Farah Ahmad, Achey, Wan Maimudah dan Ashraf Muslim. -CARI

Sumber: Mstar Online

Sumber: @darryiskandar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *