Uncategorized

‘Karen’ buat hal lagi! Selepas KLCC, kat sini pula dia tak nak pakais mask

BARU-BARU ini kecoh tentang seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka di sebuah pusat membeli belah di KLCC.
Kini dia dikesan mengulangi adegan yang sama di sebuah pusat membeli belah di Bangsar.
Rakaman pengguna Twitter @nabilaazzez yang mengesan kehadiran wanita itu sehingga kini mendapat lebih 80,000 jumlah tontonan.
Ketika ditemubual Malay Mail, dia mengakui yakin wanita berbaju biru muda itu adalah individu sama yang telah mencetuskan kekecohan di media sosial di cawangan Dior KLCC pada Rabu.

“Kali ini, dia mahu memasuki BSC (Bangsar Shopping Complex) tetapi dinafikan kerana tidak memakai topeng dan kelihatan seperti bertengkar dengan pengawal kira-kira pukul 10 pagi tadi.

“Dia kemudian meninggalkan pintu masuk selepas selesai merakamnya.
“Saya sempat merakam dia cuba memasuki pintu masuk BSC ketika sedang duduk di sebuah kafe Burrow KL, yang bertentangan dengan pintu masuk pusat beli-belah itu,” katanya.

Selepas kejadian di KLCC, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah memberi respons dengan memaklumkan pihaknya akan mendapatkan maklumat berhubung kejadian itu.

Susulan kejadian terkini di Bangsar, orang ramai meminta menteri berkenaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap wanita berkenaan.
Pada Rabu, wanita itu dirakam bertengkar dengan kakitangan di KLCC yang menghalangnya memasuki cawangan Dior di situ kerana dia tidak memakai pelitup muka

Tak pakai mask, tapi nak masuk butik KLCC. Sekali kena sound dgn KJ
;
Seorang wanita warga asing dilaporkan mengamuk di sebuah pusat membeli-belah terkenal di ibu kota selepas dia dilarang memasuki salah sebuah butik mewah di premis itu berikutan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Malah, wanita itu yang enggan mengenakan pelitup muka ketika berada di dalam pusat beli-belah terbabit turut dilihat bertengkar dengan beberapa petugas butik selepas dia diminta untuk mematuhi SOP digariskan.

Tindakan menjengkelkan wanita itu dikongsi oleh salah seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun yang turut berada di lokasi kejadian ketika insiden tersebut berlaku.

‘Sedang beratur di situ, tidak boleh masuk tanpa pelitup muka, wanita ini mahu masuk juga dan menyifatkan individu memakai pelitup muka sebagai komunis.

“Tahniah kepada petugas butik itu dan buat @Khairykj dan @KKMPutrajaya, cari dan saman dia,” ciapnya tadi.

Dalam pada itu, menerusi dua video yang dimuat naik, wanita terbabit dilihat meminta kepada petugas premis untuk tidak melarangnya masuk memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah negara bebas.

“You can’t stop me, it a free country, do you know me shocked (awak tidak boleh hentikan saya, ini negara bebas, awak tahu saya terkejut),” katanya ringkas.

Susulan itu, rata-rata pengguna media sosial terus melahirkan rasa marah di atas tindakan wanita warga asing berkenaan selepas dia dilihat cuba mencabar SOP ditetapkan oleh kerajaan.

VIDEO:

Pada masa sama, orang ramai turut mempersoalkan bagaimana wanita itu boleh memasuki pusat beli-belah sedangkan SOP diamalkan di situ berada pada tahap maksimum setiap masa.

“Kenapa orang tak pakai pelitup muka boleh masuk mall? Kalau orang tempatan pengawal keselamatan tidak bagi masuk,” soal @meeloshake.

“Mall itu perlu memberi penjelasan bagaimana wanita itu boleh memasuki premis itu,” minta @Muhammadhafiz.

Penggunaan perkataan ‘Karen’ merujuk kepada sekelompok individu di luar negara yang menggunakan keistimewaan sebagai kaum kulit putih untuk beberapa perkara seperti tidak mahu mengenakan pelitup muka dan kebenaran memotong barisan.

“Di Rom ikut cara mereka tapi di Malaysia, tolong pakai pelitup muka!” – KJ beri am4ran patuhi SOP di negara ini

KALAU berada di Rom, ikut cara mereka (tapi) kalau di Malaysia, tolong pakai pelitup muka.

Itu amaran yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung insiden seorang warga asing yang dikatakan bertengkar dengan pekerja di KLCC kerana keengganannya memakai pelitup muka.
Khairy berkata, kementeriannya kini sedang mendapatkan lebih banyak maklumat daripada pihak KLCC.

“Bila berada di Rom ikut cara mereka.
“Bila berada di Malaysia, tolong pakai pelitup muka. Tak kira apa pun peraturan di tempat lain.

“KKM sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada KLCC,” tulisnya di akaun Twitter.
Terdahulu tular video seorang wanita warga asing yang berang apabila dilarang masuk sebuah premis di KLCC.

Video yang dikongsikan pengguna Twitter, @DFEfiercefun itu tular sehingga menyebabkan #Karen dan #KLCC menjadi trending.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *