Amalan CERITA LAMA

Kemas Dapur Arwah Mak Terjumpa Serbuk Koko Luput Tahun 1951, Cuba Bancuh Air Coklat – “Terduduk Saya Minum Secawan”

KUALITI barangan dahulu kala memang tak ada tolok bandingannya, dan mungkin sebab itulah jugalah ia seringkali dijadikan perbandingan dengan barangan yang dijual pada masa kini.

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial, Ezeet Abu Bakar berkongsi rasa kagumnya apabila dia terjumpa barangan dapur yang sudah lama tamat tempoh tetapi masih tersimpan elok di dalam kabinet dapur milik arwah ibunya.

“Saya mencuba sendiri serbuk koko tersebut hari ini, serius boleh diminum lagi dan masih segar rasanya. Mereka jujur dan ikhlas menjaga kualiti produk keluaran mereka,” tulisnya di laman Facebook.

Bercakap kepada mStar, Ezeet berkata, antara barangan lain yang dijumpainya adalah serbuk baking powder jenama Royal yang dikeluarkan sebelum negara mencapai kemerdekaan.

“Terkejut saya bila buka kabinet dapur ibu, ada lagi barang-barang dapur yang masih belum dibuka, masih elok seal dengan aluminium dan selepas dibuka, tiada kulat atau sebarang serangga.

“Saya amati tin-tin tersebut sambil mengenangkan arwah ibu yang membesarkan kami. Kemudian saya ternampak harga dan tarikh luputnya, yang paling saya terkejut, baking powder ibu expired pada 4 Ogos 1951,” ceritanya.

Serbuk koko dan tarikh luputnya (kanan atas) serta tarikh luput pada tin baking powder.

Menurut Ezeet, barangan tersebut ditemuinya ketika dia mengemas rumah arwah ibunya di Muar, Johor, sewaktu negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelasnya, dia sudah hampir tujuh tahun tidak menjejakkan kaki ke rumah tersebut, iaitu setelah kematian ibunya.

Ezeet turut bercerita mengenai satu tin serbuk koko larut jenama Van Houten yang masih elok untuk digunakan walaupun tarikh luputnya adalah pada 1 May 1998, iaitu sekitar 23 tahun lalu.

“Bila saya buka serbuknya masih gebu lagi, jadi saya bancuh dengan susu pekat dan sedikit garam.

“Rasanya memang berbeza dan elok sangat lagi, terduduk saya bila minum secawan, terus saya menangis terkenangkan ibu.

“Saya mengimbau balik keadaan ibu masa tahun 1978, umur saya baru empat tahun, kemudian saya teringat bangunan lama, bazar termasuklah Muar Trade Center dan kenangan saya duduk di kerusi rotan yang diletakkan di atas palang basikal,” katanya, yang juga seorang jurutera mekanikal.

Ezeet turut menjumpai buku dekorasi milik ibunya.

Menurut Ezeet, ibunya yang juga seorang doktor meninggal dunia sekitar enam tahun lepas disebabkan jangkitan kuman.

Katanya, serbuk koko dengan berat bersih 125gram serta lengkap dengan tanda harga ‘RM3’ itu mungkin digunakan ibunya untuk membuat kuih raya.

Ezzet (berbaju biru gelap) berdiri di belakang ibunya Dr Hasni Abd Manaf (baju pink dengan belang) yang meninggal dunia enam tahun lepas.

“Serbuk koko tu rasanya ibu nak guna untuk buat kuih raya tapi keadaannya bila saya jumpa masih belum dibuka, mungkin sebab waktu tu anak-anak sudah berhijrah kerja di Kuala Lumpur.

“Kalau tengok pada tahun itu, dia tinggal sendirian, tiada siapa bantu dia, mungkin sebab itu barangan tersebut tidak terusik.

“Itu yang membuatkan saya terkenang semula, kalau berpandukan pada tarikh luput tersebut mungkin dia beli pada tahun 1995 atau 1996,” katanya, sambil menambah ibu dan bapanya berpisah pada tahun 1987.

Saya menghargai kenangan. Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang.

Selain makanan, Ezeet yang pulang ke rumah bersama isteri dan anaknya turut menjumpai buku resepi lama serta buku dekorasi milik ibunya.

“Buku resepi ini boleh dijilidkan semula sebab masih elok lagi.

“Ia mengandungi resepi tradisi yang tidak menggunakan rempah ratus segera dan ilmu ini boleh dikongsikan dengan generasi terkini,” katanya.

Buku resepi milik ibu Ezeet.

Menurut Ezeet, dia sendiri sememangnya seorang yang gemar mengumpul barangan lama.

Antara koleksi barangan lama yang disimpannya termasuklah kolek atau sampan berukuran sepanjang lima kaki yang dibelinya, bekas tembakau songel, Zippo (segenis pemetik api) dan tempayan.

Kolek sepanjang lima kaki ini boleh memuatkan satu orang.

Ezeet juga ada menerima beberapa barangan lama lain yang dihadiahkan oleh pemilik asal apabila mengetahui tentang minatnya dalam mengumpul barangan lama.

Menurut Ezeet, dia tidak akan pernah menjual koleksi barangan lama yang dimilikinya.

Tempayan (kiri), bekas tembakau songel dan bekas ludah (kanan) yang dimiliki Ezeet.

“Jual? Saya sayang, saya menghargai kenangan.

“Biar tiada duit tak mengapa asalkan saya boleh simpan (barangan antik) untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *