Amalan

Inilah MAKSUD Sebenar BIN BINTI Dan BTE di IC Yang Ramai TAK TAHU

Sejak lahir lagi, masyarakat Islam di Malaysia telah kenal sinonim dengan bin binti atau bte pada namanya di kad pengenalan. Tetapi ramai yang masih samar samar bila ditanya apa maksud bin binti dan bte tersebut.

Masih ramai diantara kita yang tidak memahami maksud sebenar Bin, Binti dan Bte, samada dalam istilah barat mahupun dalam Islam

Mari kita rungkai rahsia sebenar disebalik penggunaan istilah-istilah ini.

Sistem Barat

Bin

Bin adalah B=Belong I=In N=Name, merujuk kepada nama keturunan keluarga.

Binti

Binti pula adalah B=Belong I=In N=Name T=To dan I=Initial, ini kerana bagi wanita, mereka sekali sahaja dapat menggunakan nama keluarga mereka, selepas itu anak-anak mereka akan menggunakan nama keluarga suami.

Bte

Bte pula adalah singkatan untuk B=Belong T=To E=Eve, kerana pada pandangan masyarakat Barat di Eropah dulu, wanita adalah keturunan Eve@Hawa iaitu isteri kepada manusia pertama iaitu Adam.

Singkatan ini kemudiannya dirasakan tidak begitu sesuai dengan pandangan masyarakat di Nusantara dan kemudiannya digantikan dengan Binti.

Penggunaannya Dalam Islam

Di dalam bahasa Melayu dan Arab, Bin merupakan satu istilah yang bererti “anak lelaki kepada” manakala Binti pula mewakili “anak perempuan kepada”.

Ia berasal dari perkataan Arab iaitu “ibn” (ابن) yang membubuh gelaran anak lelaki atau “binte” (بنت) bagi anak perempuan.

Sebagai contoh, Mahathir bin Mohamad bererti Mahathir anak lelaki kepada Mohamad.

Ini merupakan satu bentuk patronimik iaitu sistem penamaan menurut susur galur bapa berbanding matronimik yang bererti sistem penamaan menurut susur galur ibu seperti Isa bin Mariam.

Penggunaan perkataan “bin” atau “ibn” dalam bahasa Arab bergantung kepada kedudukannya dalam ayat.

“Ibn” adalah tranliterasi daripada alef-ba-nun yang digunakan pada awalan nama. Sekiranya istilah muncul di tengah-tengah nama, huruf alef ditinggalkan dan istilah itu ditulis sebagai “bin” (بن). Kedua-dua transliterasi sejajar dengan perbezaan sebutan dalam bahasa Arab.

Bin dalam Islam adalah menurut perintah Allah dalam Surah Al-Ahzab, Ayat 5:-

“Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber”bin”kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Dalam pada itu, jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai “maula-maula” kamu dan kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu melakukannya dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah Al-Ahzab, Ayat 5.

Penggunaan sistem patronimik membenarkan susur galur seseorang di susur selagi ada, sebagai contoh Ibn Khaldun memberikan nama penuhnya sebagai Abd ar-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn al-Hasan ibn Muhammad ibn Jabir ibn Muhammad ibn Ibrahim ibn Abd ar-Rahman ibn Khaldun.

Di Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara menggunakan sistem penamaan tanpa “bin” bagi pendaftaran anak angkat.

Contoh Ali Murad bererti Ali merupakan anak angkat kepada Murad. (Ali bin Murad menunjukkan anak sebenar).

Tindakan ini bagi menangani lapo ran akhbar pada 12 Julai 2008, yang telah mela porkan bahawa tindakan ini bersalahan dengan hu kum syarak dan perlu menggunakan bin/binti Abdullah.

Patronimik masih digunakan di kebanyakan dunia Arab khususnya Arab Saudi. Bagaimanapun, kebanyakan Dunia Arab telah beralih kepada sistem nama keluarga. Sebagaimana nama Inggeris, nama keluarga masih berasaskan nama yang dahulunya patronimik.

Di Iraq, nama penuh dihasilkan dengan mencantumkan nama orang perseorangan dengan nama bapa (kadangkala nama bapa ditinggalkan, sebaliknya nama datuk digunakan atau kedua-dua nama bapa dan datuk digunakan) bersama-sama dengan nama bandar, desa, atau suku kaum.

Sebagai contoh, Hayder Muhammed al-Tikriti adalah anak Muhammed yang bernama Hayder dan berasal dari bandar Tikrit.

Dari segi ejaan, perkataan bin/binti dieja dalam huruf kecil, sementara nama sebenar dieja sebagai huruf besar.

Ini kerana dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama ditulis dengan huruf kecil. Hal itu telah disepakati dalam kalangan penyusun.

Wallahualam …

ISU BIN BINTI DAN BTE TERKINI.

Baru-baru, kami amat tertarik dengan sebuah pertubuhan Islam yang telah mendedahkan terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad sekarang. Betulkah sampai begitu sekali?

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, ada pihak tertentu berani tampil untuk mendesak kerajaan supaya menghapuskan keperluan menulis nama Bin Binti, bangsa dan agama ketika orang ramai membuat permohonan sijil kelahiran dan Mykad anak masing-masing.

Dan ini antara sebab-sebab yang lebih terperinci kenapa Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman risau sangat dengan isu ini…..

Beliau berkata, perkara itu menjadi semakin menakutkan apabila kebanyakan daripada enam juta belia di negara ini termasuk orang Melayu dan beragama Islam kini turut dipengaruhi oleh idea globalisasi serta liberalisasi dipelopori oleh negara Barat. Kesannya anak zina atau zuriat dilahirkan tanpa ikatan perkahwinan mengikut hukum syarak pun boleh didaftarkan secara sah, sekali gus menghancurkan institusi kekeluargaan serta akidah umat Islam di negara ini. – Abdullah Zaik Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sebenarnya adalah idea ini berasal dari Barat yang kononnya mampu menyelesaikan masalah perbezaan identiti bangsa, keturunan dan agama. Mereka mahu kita keluar dari fitrah manusia atau dengan kata lain tiada lagi status bangsa seperti Melayu, Cina dan India serta agama. Penghapusan Bin Binti akan menyebabkan semua orang akan menjadi sama, sekali gus mewujudkan persamaan dan kesamarataan. – menurut perlembagaan, Melayu dan islam diberi keistimewaan, even Prof Aziz Bari pun kata Malaysia bukanlah negara sekular.

Kami pun tak pasti apa yang bukti yang menyebabkan Presiden ISMA tiba-tiba sahaja mengeluarkan isu ini. Samada betul atau tidak, hanya beliau sahaja yang tahu. Cuma pada pandangan kami tiada isu apa pun sebenarnya benda ini. Sebabnya tiada paksaan pun untuk mana-mana rakyat Malaysia meletakkan bin ataupun binti pada kad pengenalan.

Letak bin binti “belum tentu Islam”, tetapi orang Islam yang mengamalkan ajaranNya itu lebih dipandang mulia di sisiNya”

Dalam Islam tak wajib untuk seseorang itu meletakkan bin atau binti pada kad pengenalan. Satu lagi, kami agak tak bersetuju dengan “hukuman yang diberikan kepada anak luar nikah”. Kalau ikut pemahaman Presiden ISMA ini; anak luar nikah tak boleh didaftarkan IC? Tak boleh dianggap warganegara?

Dahla…..anak luar nikah ini berpunca daripada kegiatan daripada pasangan tidak ada moral. Kemudian apabila mereka lahir, kita hukum mereka lagi dengan dasar yang seperti ini. Kesian mereka. Mereka pun tidak mahu rasanya dilahirkan sebegini rupa. Anak-anak ini tidak bersalah, mereka tidak sepatutnya dihukum sebegini rupa.

Jikalau disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Ini terbukti apabila terdapat penggunaan bin dan binti dalam masyarakat Kadazan, Dusun yang bukan beragama Islam. Malah di negara Arab juga, penggunaan bin dan binti tidak tertakluk kepada individu yang beragama Islam. Oleh hal yang demikian itu, isu agama tidak wujud dalam hal ini.

Ini semua terpulang kepada rakyat Malaysia, kalau nak guna, dipersilakan. Kalau tidak mahu, tiada paksaan pun sebenarnya. Isu ini bagi kami tiada kena mengena dengan Islam tetapi lebih kepada soal pengurusan dan pentadbiran sahaja. Mengapalah benda khilaf tiada dalam hukum agama menjadi keutamaan dalam pertubuhan ini.

Macam apa yang kami sebelum ini, tak perlu nak beria-ria nak tekankan juga perlunya wujud Bin Binti tu..sedangkan dalam Islam pun, tak perlu. Lainlah kalau memang ianya undang undang negara termaktub dalam perlembagaan negara. Ia lebih kepada HAK INDIVIDU..sebab nama ialah hak masing masing. Kalau nak letak Bin/Binti, letak…..kalau tidak mahu letak, terpulang. Senang kan begitu?

Sumber : ohgebang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *