Hiburan

Sam4n Fitn4h Siber 5 Sekawan: Siti Nordiana Naik Mahkamah Sekali Zoey Rahman Pula Kena Panggil

Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes saman fitnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.

Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Bin Samin (Sam Samin) dan Razidah

Binti Ahmad Senusi (Aida G.) menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang saksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.

“Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan kepada Gempak.

Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman fitnah tersebut kerana tiada sebarang pernyataan fitnah yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes saman fitnah yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi semua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitn4h.

“Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” tambah Nurul Hafidzah.

Siti Nordiana adalah saksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan. Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.

Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Siti Nordiana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan yang bicara saman fitn4h tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ianya telah ditangguhkan ke bulan in kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan.

Zoey Rahman minta netizen tak campur kemelut Siti Nordiana dengan lima sekawan – “Jangan siram minyak… biar mereka selesaikan di mahkamah”

SUSULAN kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima rakannya, pelakon Zoey Rahman menasihatkan netizen agar jangan terus menjadi batu api dengan meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 36, netizen tidak seharusnya masuk campur dalam urusan perundangan melibatkan artis berkenaan.

“Sebenarnya saya malas nak komen… saya memang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

“Bagi saya netizen sepatutnya tidak masuk campur, kalau kita tidak tahu apa-apa jangan komen… takut apa yang kita komen itu akan jatuh fitnah.

“Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah… jangan masuk campur dengan siram minyak lagi. Lebih baik netizen fokus pada diri dan keluarga sendiri lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini (pandemik Covid-19),” katanya ketika dihubungi mStar.

Zoey Rahman tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Zoey pesan netizen jangan masuk campur.

Ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda rakan selebritinya itu, Zoey berkata dia berharap agar mereka dapat berbincang dengan baik demi persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

“Mungkin ada masalah dalaman sebenarnya, cuba bincang secara elok… masing-masing dah besar dan sejak remaja dah berkawan.

“Dua-dua belah pihak dah besar, nak buat sesuatu tindakan itu fikirlah apa kesan dia nanti… contohnya ketika buat live tempoh hari.

“Saya tidak memihak pada sesiapa sebab saya berkawan dengan semua orang. Berbaiklah sebab industri seni ini kecil… nanti kalau buat show jumpa juga orang yang sama,” katanya lagi.

Netizen tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah… jangan masuk campur dengan siram minyak lagi.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Siti Nordiana menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada lima individu yang didakwa memfitnahnya.

Lima individu berkenaan iaitu penyanyi Lan Solo dan isteri Sheila Hassim, Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G.

Siti Nordiana saman lima individu susulan dakwaan memfitn4hnya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut lima individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.

Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *