Entertainment

‘Tuhan Tarik Nikmat’ Selepas 6 Tahun, Sharifah Sakinah Dedah Benda Yg Dia Dah Tak Boleh Buat Sampai Sekarang

Seperti mana yang kita telah ketahui, pelakon Sharifah Sakinah kini dalam raw4tan untuk peny4kit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya. Penghidap peny4kit ini kebiasaannya mengalami masalah kurang daya tumpuan dan hiperaktif. Disebabkan gangguan yang dihadapinya itu, Sakinah mengambil keputusan tidak memandu kereta kerana sering hilang fokus.

Menerusi posting terbarunya di Instagram, Sakinah berkongsi sebuah foto gambaran bagaimana risiko bagi seseorang yang menghidapi ADHD sekiranya memandu.

Tujuannya berkongsi hal ini bagi menangkis dakwaan orang sekeliling yang melabelkan dirinya terlalu manja dan malas kerana tidak mahu memandu.

“Orang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk TIDAK MEMANDU lagi. Saya boleh memandu dan mendapat lesen yang sah malah saya dah memandu selama 6 tahun. Tapi orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.”

“Masa memandu tak boleh nak fokus, berangan, cuai, makin tua makin paranoid, anxiety semua ada. Naik grab or minta orang lain drive is a better choice walaupun tak convenient. Duduk jadi passenger pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain.”- tulisnya di Instagram.


Foto: Instagram @sharifah_sakinah

Dalam pada itu, menurut Sakinah lagi, bekas suami dia pernah kena pick up tepi jalan raya gara-gara beliau terkena panic attack

“yup, panic attack atas jaln raya paling bahaya . I remember my ex husband kena pick up tepi jalan raya”

Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan daripada doktor dan bukan melalui kajian sendiri menerusi enjin carian Google.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata bahawa dia telah mendapatkan pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya.

“Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia mengambil masa sehingga tiga minggu untuk melalui beberapa proses bersama doktor untuk mengesahkan penyakit mental yang dialaminya.

“Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

“Proses itu tidak semudah seperti menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenalpasti sebarang simptom,” ujarnya.

Jumpa doktor kalau ada masalah ment4l – Sharifah Sakinah

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu bahawa masyarakat sering menganggap masalah ADHD menyebabkan seseorang itu menjadi hiper semata-mata.

“Tapi sebenarnya ADHD adalah lebih kompleks seperti selalu berfikir yang bukan-bukan (overthinking), tergesa-gesa (impulsive) dan masalah mengatur emosi,” katanya,

Dalam perkongsian itu juga, Sakinah menasihatkan individu yang telah disahkan menghidap ADHD supaya mengikut saranan dan nasihat yang telah diberikan doktor walaupun mengakui sukar untuk menjadi seorang yang berdisplin.

“Paling penting adalah dengan mendapatkan sokongan yang baik untuk berdepan dengan cabaran harian.

“Dunia mungkin tidak memahami kamu, siap boleh kena label mengada-ngada atau over (keterlaluan). Tapi akhirnya kita perlu jadi baik untuk diri sendiri. Penerimaan diri sendiri adalah kuncinya,” katanya.

Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen.

Menurut Sakinah, masalah ADHD yang dihidapinya sejak

Terdahulu, Sakinah memberitahu telah pun menyedari peny4kit itu selepas tamat persekolahan. Katanya lagi, dia mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan dan sukar untuknya fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.

Sumber : murai,my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *