Hiburan

Vida Tgh Live, Sekali Iqbal Masuk Dedah ‘DSV Wanita Pertama Dan Terakhir Saya Sentuh’

Ingatkan dah selesai isu cinta dan nak kahwin membabitkan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Sekejap nak kahwin, sekejap tak jadi.. sekejap itu, sekejap ini.. warganet pun mula naik hairan.

Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kisah mereka apabila baru-baru ini, Vida ada membuat IG Live bagi mempromosikan produk-produknya serta berinteraksi bersama peminat.

Malah, Iqbal juga turut masuk ke live IG itu dengan muka masam dan langsung tidak bersuara. Namun lebih menjadi perhatian adalah komen yang ditinggalkan Iqbal.

Apa maksud Iqbal ‘sentuh’ Vida tu??

Apa yang mengejutkan dan membuatkan warganet tertanya-tanya apabila Iqbal mengatakan Vida merupakan wanita pertama dan yang terakhir disentuh.

” DSV perempuan pertama dan terakhir yang saya sentuh. Sebab itu saya fikir untuk berkahwin. Kalian fikir sebab harta, tapi DSV tak tunjukkan keseriusan..” komen Iqbal

Ujarnya disebabkan itu juga dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang did4kwa netizen.

Seperti sudah dijangka, komen Iqbal itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen mengenai komen tersebut apatah lagi kenyataan itu boleh mengundang f1tnah.

Rata-rata komen warganet juga bertanyakan apa yang Iqbal maksudkan ‘Vida wanita pertama dan terakhir disentuh’.

” Dia tidur ke sentuh tangan jer? Macam tak betul ker ayat Iqbal tuh.. katanya sentuh pertama dan terakhir..” komen Wanie

” Alaa korang fikir la positif sikit mungkin dia sentuh tangan kot..” – komen Mikeya

Sementara itu, menerusi Insta Story Iqbal memaklumkan sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

Iqbal juga turut berkata drama Vida yang tidak berhenti mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterluan serta meminta usahawan itu berhenti menipu orang ramai.

” Tidak henti lagi dari mulut Dato Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali live beliau saya lihat.

” Cukup-cukuplah pergiunakan masyarakat. Saya dengannya sudah dua minggu langsung tidak berhubung. Saya sudak batalkan segala tempahan dewan hotel.

” Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan malahan masyarakat juga jadi keliru.” tulis Iqbal.

Vida tidak nafikan

Sementara itu menerusi perkongsian berasingan di InstaStory, Iqbal turut mempersoalkan kenapa DSV tidak menafikan kenyataan beliau.

Namun Iqbal tidak menyatakan adakah kenyataan yang beliau maksudkan itu adalah berkenaan ‘DSV wanita pertama dan terakhir disentuh’ atau perkara lain.

Jika Iqbal merujuk kepada kenyataan itu, adakah Iqbal cuba mempersoalkan kenapa DSV tidak menafikannya sekiranya ia tidak betul?

” Kalian perasan, setiap kali isu apa sekalipun, Dato Seri Vida tidak pernah mahu mengalah, sentiasa menang, tetapi setelah saya keluarkan kenyataan sebegitu, beliau tidak menafikan?

” Adakah sebab sabar? atau semuanya benar? Apa yang saya ceritakan itu hanya cebisan saja.

” Selama ini beliau fikir beliau berjaya kerana saya tidak pernah melawan dan tidak pernah bersuara setiap kali mempergunakan saya?

” Akaun Tiktok nama saya yang ini beliau yang buatkan secara senyap.

” Orang kecam saya sebab sudah keluarkan kenyataan putus masih berkata “rindukan DSV”, padahal itu ayat beliau. Ini agenda mahu menjual produk beliau..” akhiri Iqbal.

Sementara itu berdasarkan semakan di Instagram Dato Seri Vida, tidak ada apa-apa kenyataan dibuat berhubung komen Iqbal itu.

Justeru orang ramai dinasihatkan tidak fikir lebih-lebih bila Iqbal cakap dia ‘sentuh’ Vida. Anggap sahaja Iqbal sebenarnya ter’sentuh’ kuku Vida.

Sementara itu, menerusi Insta Story Iqbal memaklumkan sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

Iqbal juga turut berkata drama Vida yang tidak berhenti mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterluan serta meminta usahawan itu berhenti menipu orang ramai.

Sumber:IG Iqbal dan rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *